Thursday 18 October 2012

“Dinamik Huffaz Perintis Kehidupan, Bersama Masyarakat Di Bawah Langit Ilahi”


13 Oktober 2012 - Darul Quran JAKIM melalui Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) telah mengadakan Program Bakti Huffaz 2012 bermula pada 6 hingga 13 Oktober bertempat di Kampung Lamir, Pekan, Pahang. Tema Bakti Huffaz kali ini “Dinamik Huffaz Perintis Kehidupan Bersama Masyarakat di Bawah Langit Illahi” menjadikan program khidmat masyarakat ini diterima baik oleh seluruh penduduk Kampung Lamir,Pekan, Pahang. Peserta yang terlibat terdiri daripada 120 pelajar Diploma Tahfiz al-Quran dan pelajar Pensijilan Tahfiz daripada Darul Quran.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran JAKIM. Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Haji Paimuzi menyentuh berkenaan objektif utama program Bakti Huffaz diadakan iaitu memberi pendedahan kepada para pelajar Darul Quran mengenai situasi sebenar masyarakat. Justeru, mereka dapat membuat persiapan yang sewajarnya sebelum mereka keluar dalam masyarakat.
Antara program-program yang diadakan sepanjang program tersebut ialah Program Keluarga Angkat, Program Motivasi Kecemerlangan Kepada Pelajar Sekolah, Malam Kesenian Islam serta Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang menampilkan panel-panel yang terkenal seperti, Ustaz Badli Shah Alaudin, Ustazah Fatimah Sharha Mohd Noordin serta Kumpulan Nasyid UNIC memeriahkan Majlis Kesenian Islam.


Majlis Perasmian Penutup program tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Encik Ibrahim bin Awang Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Pahang. Dalam ucapan beliau, YB Encik Ibrahim mengharapkan semoga program ini dapat memberikan impak yang positif kepada penduduk kampung dan kawasan sekitar, seterusnya semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Melalui program ini, perasaan masyarakat setempat amat gembira dapat menerima anak-anak angkat dari golongan huffaz ini, sehingga pada hari terakhir Program Bakti Huffaz ini, keluarga angkat ini sebak dan terharu untuk ditinggalkan. Mereka berharap agar silaturrahim yang terjalin akan kekal hingga ke akhir hayat.
Turut hadir dalam Majlis Perasmian Penutup Bakti Huffaz 2012 Y.Bhg Ustazah Zawanah Binti Mohammad, Timbalan Pengarah Cawangan Ijazah, Y.Bhg Dato’ Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Pahang serta Ustaz Mat Lazim Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar.
web-IMG_9009
web-IMG_9016
web-IMG_9020
web-IMG_9029
web-IMG_9043
web-IMG_9064
web-IMG_9272
web-IMG_9332
web-IMG_9358
web-IMG_9388
web-IMG_9425
web-IMG_9461
web-IMG_9482
web-IMG_9489

No comments:

Post a Comment