Bahagian Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Draf Asas Modul Bantuan Kendiri pada 21 hingga 24 September 2012 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Rabau, Sabah .
Bengkel ini merupakan bengkel ketiga yang dilaksanakan bagi pembangunan Modul Bantuan Kendiriyang bertujuan melahirkan para pegawai Jakim yang produktif dan mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang. Bengkel ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Cancelor Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).
Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Fariza binti Md. Sham dari Universiti Kebangsaan Malaysia , serta Dr. Wan Marzuki bin Wan Jaafar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), sebagai fasilitator yang membantu Jakim dalam pembangunan modul ini. Para peserta lain yang turut terlibat dalam menjayakan pembangunan modul ini adalah terdiri daripada para pegawai Jakim.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang dirancangkan iaitu melengkapkan dan mengemaskinikan Draf Asas Modul Bantuan Kendiri. Pihak Bahagian Pembangunan Insan, Jakim mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan bengkel ini.
Sebahagian fasilitator dan peserta yang menjayakan pembangunan modul
No comments:
Post a Comment