Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.
Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’.
Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja! Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari!
Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!
Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk membersihkan diri.
Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.
Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.
Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat.
Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.
Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya malah ia juga sukar dibendung.
Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.
Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.
Apa yang berlaku pada Kak Julia mendapat perhatian dunia apabila kisahnya kini banyak tersebar dalam blog dan portal luar negara.
-mynewshub
Ulasan UM:
Bagi UM, penyakit yang menimpa penyakit Kak Julia adalah penyakit was-was. Penyakit was-was adalah termasuk di dalam kategori penyakit rohani. Bila dikatakan penyakit rohani ia ada hubungkait dengan bisikan Iblis dan Syaitan. Perkara ini dijelaskan di dalam al Qur'an dalam Surah An Nass " Dia (Syaitan) akan mebisikan was-was di dalam dada manusia'. Maka kaedah rawatan terbaik untuk Kak Julia ini adalah melalui rawatan kerohanian.
Disyorkan Kak julia bertemu para kaunselor Syarie atau para pengamal perubatan alternatif Islam spt pakar terapi al Qur'an atau Ruqyah Al Qur'an. Namun. Kak julia boleh merawatnya sendiri spt melakukan sebanyak-banyaknya zikir "La Ila Ha IlaAllah'. Menurut Ibnu Qayyim Zikir akan menjauhkan dan melemahkan Syaitan. Amalan zikir ini Insyaa Allah akan menjauhkan Kak Julia dari gangguan Syaitan.
Selain itu, Kak Julia perlu mengawal cara berfikir. Berfikir yg betul dalam melawan perasaan was-was ini antaranya jangan sangat diikut apa yg ada dlm fikiran. Pandu dan kawal fikiran ikut hukum yg telah ditetapkan oleh Syarak. Cth: Kalau bersuci (Wuduk)pun disunatkan membasuh anggota wuduk hanya disunatkan boleh tiga kali sahaja, maka bila berwuduk berhenti setakat itu sahaja. Jgn melebihi. Jgn diikut perasaan. Yakinlah Allah menerimanya. Serah pada Allah.Di sini perasaan yakin dan memikirkan peraturan Allah lebih utama.
Wassalam.
gangguan syaitan was was. mai sini nak bagi ubat
ReplyDeletehe he he