Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam .
Ini adalah satu kejayaan yang amat menbanggakan buat negara Malaysia.
Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak].
[Lihat Video di bawah] ....bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan menyembur air arak terhadap satu sama lain.
Tanpa membuang masa beliau terus lari dari situ.
Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupa satu riadah yang digalakan oleh agama dan bukan menyusahkan umatnya. -batuvskayu
Ulasan UM
Banyak acara sukan boleh menjadikan penganut sesuatu agama tersinggung. Ketika pembukaan soal olimpik 2012 baru-baru ini upacara tersebut dijadikan propaganda Yahudi untuk menunjukaan kehebatan. Maka sambutan ditonjolkan dengan simbul-simbul Iluminiti> Apa tujuannya hanya Yahudi yang tahu.Bagi orang Islam ia adalah satu yang amat sensiti.
Acara meraikan kemenangan dengan semburan arak selepas pertandingan Grand Prix juga boleh menyinggung penganut satu-satu agama lebih-lebih lagi Islam. Ia akan menjadi lebih hina bila melibatkan orang Islam. Dalam Islam arak bukan sahaja kerana meminumnya tapi rangkaian berkaitan arak juga turut haram.
Dalam kes ini kenapalah penganjur pemenang-pemenang di podium Sepang baru-baru ini dengan semburan champagne.Malaysia adalah negara Islam. Di sini jelas bahawa penganjur langsung tidak sensitif dan tidak peduli hal berkaitan dengan Islam.Kenapa kita tidak meniru Bahrain. Di litar Sakhir, Bahrain.. tiada semburan champagne sebaliknya digantikan dengan air minuman berperisa ros tetapi acara podium tetap meriah.
Petikan dari wikipedia: Although alcoholic beverages are legal in Bahrain, the drivers do not spray the traditional champagne on the podium. Instead, they spray a non-alcoholic rosewater drink known as Waard
Tindakan Zulfahmi lari daripada podium untuk mengelak sambutan percikan arak amat dipuji. Rupanya masih ada lagi ahli sukan dan anak muda yang mencintai agama. Insyaa Allah contoh tauladan dari beliau akan diikut oleh anak muda dan ahli sukan lainnya. Mungkin beliau akan lebih banyak memperolehi kemenangan denganm berkat doa umat Islam lainnya.
No comments:
Post a Comment