Thursday 18 October 2012

Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Ruju’ Seluruh Malaysia Kali Ke-27



                                       
Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), telah berjaya menganjurkan Persidangan Ketua Pendaftar, Nikah Cerai Dan Ruju’ Seluruh Malaysia Kali Ke-27 pada 9-11 Oktober 2012 bertempat di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Persidangan kali ini mendapat kerjasama padu daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor selaku tuan rumah. Objektif persidangan diadakan bagi menghimpun seluruh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Ruju’ (KPNCR) Seluruh Malaysia bagi membincangkan peraturan, merungkai permasalahan berhubung isu-isu pelaksanaan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ umat Islam di Malaysia serta menyelaras isu-isu tersebut agar ianya standard di negeri-negeri.
Pada kebiasaannya, persidangan yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Razali bin Shahabudin telah diamanahkan kepada Yang Berbahagia Tuan Hj. Ali bin Mohammed, Pengarah Bah. Dakwah, Jakim yang mana dalam perutusan beliau menyarankan agar semua pihak berganding bahu dan bersatu tenaga dalam menyelesaikan segala permasalahan berkaitan NCR yang timbul. Kualiti perkhidmatan perlu diberi keutamaan. Tambah beliau lagi, tanpa kerjasama daripada JAIN, JKSM, KAGAT, BAKA dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi yang berkenaan, misi dan visi Jakim tidak akan tercapai dengan jayanya.
Sebanyak 15 kertas telah dibincangkan pada persidangan kali ini. Antaranya, kertas cadangan untuk Penerangan / Ceramah mengenai Undang-Undang Syariah kepada peserta Kursus Pra Perkahwinan (MBKPI) Negeri Kelantan, Isu Pelarian Masyarakat Islam Rohingya di Malaysia : Tumpuan Khas kepada Isu Perkahwinan, Perceraian dan Pendidikan, Kertas Laporan berhubung Penyelarasan Perkahwinan Antara Ketua-ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Ruju’ Di Malaysia dengan Majlis Agama Islam Di Enam Wilayah Selatan Thailand dan banyak lagi.
Selain daripada itu, pihak urusetia turut menayangkan Slide Baru Kursus Pra Perkahwinan (MBKPI), Doku Drama Lestari Kasih serta Iklan : “Sah Nikah, Sah Nasab” untuk makluman serta penambahbaikkan oleh ahli-ahli persidangan sebelum produk baru Bah. KSK ini dilancarkan tidak lama lagi.
Y. Bhg. Tuan Hj. Zakuan bin Sawai mewakili Pengarah Bah. KSK, Jakim bersama
barisan KPPK / KPP.
Y. Bhg. En Masri bin Razali : Pengarah Bah. Sumber Manusia, Jakim turut hadir
bersama ahli-ahli persidangan.
KPNCR Negeri Pahang bersama Atase Agama Di Indonesia dan Wakil JKSM yang turut hadir.
Barisan KPNCR Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
Bergambar kenang-kenangan ahli-ahli persidangan.
Barisan urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan persidangan pada kali ini.

No comments:

Post a Comment