Saturday 20 October 2012

MALAYSIA BOLEH MENJADI NEGARA KRISTIAN ?


Sejak kebelakang ini telah dihebohkan oleh pihak tertentu kononnya wujud gerakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Tanpa hujah dan fakta-fakta ilmiah mereka mendakwa usaha ini dilakukan secara terancang dan akan dicapai dalam beberapa tahun lagi. Diayah ini telah menimbulkan ketakutan dan kebimbangan ramai pihak terutamanya penganut Islam. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan di kalangan penganut-penganut agama di negara ini.Apapun niat atau tujuan pihak yang menimbulkan perkara ini ia mudah ditelah melainkan kerana kepentingan politik. Persoalannya betul ke dakwaan mereka? 

Sekadar mahu menganalisa situasi ini secara adil di sini saya cuba untuk menunjukkan data-data berkaitan.Sila lihat data-data kependudukan penganut-penganut agama di negara ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2010 seperti berikut;

POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA TAHUN (2010)

AGAMA
ISLAM
KRISTIAN
BUDHA
HINDU
LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA
61.3%
9.2%
19.8%
6.3%
3.4%
JOHOR
58.2%
3.3%
29.6%
6.6%
2.3%
KEDAH
77.2%
0.8%
14.2%
6.5%
1.3%
KELANTAN
95.2%
0.3%
3.8%
0.2%
0.5%
MELAKA
66.1%
3.0%
24.2%
5.7%
1.0%
N. SEMBILAN
60.3%
2.4%
21.2%
13.4%
2.7%
PAHANG
74.9%
1.9%
14.4%
4.0%
4.8%
PERAK
55.3%
4.3%
25.4%
10.9%
4.1%
PERLIS
87.9%
0.6%
10.0%
0.8%
0.7%
PULAU PINANG
44.6%
5.1%
35.6%
8.7%
6.0%
SABAH
65.4%
26.6%
6.0%
0.1%
1.9%
SARAWAK
32.2%
42.6%
13.5%
0.2%
11.5%
SELANGOR
57.9%
3.8%
24.4%
11.6%
2.3%
TERENGGANU
96.9%
0.2%
2.5%
0.2%
0.2%
KUALA LUMPUR
46.4%
5.8%
35.7%
8.5%
3.6%
LABUAN
76.0%
12.4%
9.0%
0.4%
2.2%
PUTRAJAYA
97.4%
0.9%
0.4%
1.0%
0.3%

    SUMBER: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Berdasarkan statistik Islam merupakan agama majoriti anutan penduduk Malaysia iaitu sebanyak (61.3%) di ikuti Budhha (19.8%), diikuti oleh Kristian sebanyak (9.2%), Hindu (6.3%) dan lain-lain (3.4%).

Dari segi taburan penduduk Muslim melebihi 50% terramai ialah Putrajaya 97.4%, Terengganu 96.9%, Kelantan 95.2%, Perlis 87.9%, Kedah 77%, Labuan 76%,Pahang 74.9%, Melaka 66.1%, Sabah 65.4%, Negeri Sembilan 60.3%, Johor 58.2%, Selangor 57.9% dan Perak 55.3%.

Manakala Negeri yang mempunyai penduduk Muslim kurang dari pada 50% ialah Kuala Lumpur 46.4%, Pulau Pinang 44.6% dan Sarawak 32.2%.

Di segi penganut Buddha teramai ialah Kuala Lumpur (35.7%), diikuti Pulau Pinang 35.6%, Johor (29.6%), Perak (25.4%), Selangor (24.4%), Melaka (24.2%), Negeri Sembilan (21.2%), Pahang (14.4%), Kedah (14.2%), Serawak (13.5%), Perlis (10.0%), Labuan (9.0%), Sabah (6.0%), Kelantan (3.8%), Terengganu (2.5%) dan Putra Jaya (0.4%).

Di segi pengganut Kristian teramai ialah Sarawak (42.6%), Sabah (26.6%), Labuan (12.4%), Kuala Lumpur (5.8%), Pulau Pinang (5.1%), Perak (4.3%), Selangor (3.8%), Johor (3.3%), Melaka (3.0%), Negeri Sembilan (2.4%), Pahang (1.9%), Putrajaya (0.9%), Kedah (0.8%), Perlis (0.6%), Kelantan (0.3%) dan Terengganu (0.2%).

Di sudut penganut Hindu pula teramai ialah Negeri Sembilan (13.4%), Selangor (11.6%), Perak (10.9%), Pulau Pinang (8.7%), Kuala Lumpur (8.5%), Johor (6.6%), Kedah (6.5%), Melaka (5.7%), Pahang (4.0%), Putrajaya (1.0%), Perlis (0.8%), Terengganu (0.2%), Sarawak (0.2%) dan Sabah (0.1%).

Bagi lain-lain agama teramai ialah Sarawak (11.5%), Pulau Pinang (6.0%), Pahang (4.8%), Perak (4.1%), Kuala Lumpur (3.6%), Negeri Sembilan (2.7%), Selangor (2.3%), Johor (2.3%), Labuan (2.2%), Sabah (1.9%), Kedah (1.3%), Melaka (1.0%), Perlis (0.7%), Kelantan (0.5%), Terengganu (0.2%) dan Putrajaya (0.3%).

Dari segi taburan penduduk di negeri-negeri sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia masih didominasi oleh penduduk Muslim iaitu mewakili lebih 50% jumlah penduduk. Bagi negeri-negeri yg majoritinya bukan Islam ialah Sarawak (67.8%), Pulau Pinang 55.4% dan Kuala Lumpur 53.6%.

Sejauhmanakah Kristian menjadi ancaman ? Berdasarkan  statistik Kristian sebenarnya hanya ramai di Sarawak iaitu 42.6% dan Sabah 26.6%. Di lain-lain negeri jumlah mereka tidak melebihi antara 0.2% seperti di Terengganu dan Kuala Lumpur 5.8%. Bahkan di negeri Selangor negeri yang diheboh-hebohkan berlaku gerakkan aktif Kristianisasi mereka hanya mewakili 3.8% penduduk,

Berdasarkan analisis, penganut Kristian sebenarnya adalah penduduk minoriti di negara ini. Bagi jumlah keseluruhan penduduk negara mereka sekadar berjumlah 9.2% sahaja. Mereka sebenarnya hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja dan bukannya di Semenanjung Malaysia.Saya percaya Kristianisasi sememangnya berlaku namun bagi pendapat saya sebahagian besarnya adalah berlaku di negeri spt Sabah dan Sarawak. Utk, mengheboh-hebohkan Kristian secara aktifnya sedang melakukan Kristianisasi di Selangor dan Lembah Kelang seterusnya berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian benar-benar memerlukan pembuktian yang kuat. 

Dalam sudut lainnya, Islam adalah agama Persekutuan. Perkara ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia. Peruntukan ini secara jelas menyatakan bahawa agama negara ini ialah agama negara.Peruntukan ini tidak boleh dicabuli dan dirubah sewenang-wenangnya.Segala perubahan yang melibatkan perlembagaan memerlukan pindaan pada perlembagaan itu sendiri. Ia mesti diluluskan oleh 2/3 anggota Parlimen. Maknanya ia memerlukan sokongan majoriti ahli Parlimen samaada Islam atau bukan Islam. Apakah logik Ahli Parlimen Islam samaada dari pihak Kerajaan dan pembangkang akan menyokong usul tersebut ? Usaha menjadikan Kristian sebagai agama negara untuk mengantikan agama Islam semesti melalui proses demokrasi. Pastinya ia amat sukar kecuali orang Islam  semuanya telah murtad dan sudah menjadi Kristian!

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.Namun Parlimen bukanlah segala-galanya. Sistem pemerintahan Malaysia samasekali tidak boleh melupakan peranan Raja-Raja Melayu samaada Yang Di Pertuan Agong di peringkat persekutuan atau Sultan-Sultan Di peringkat negeri. Kedudukan Raja-raja Melayu tidak boleh diketepikan sama sekali. Maka sebagai ketua Agama apakah mungkin sultan akan berdiam diri kuasanya akan dirampas ?Apakah Sultan-sultan akan berdiam diri Kristian menjadi agama ganti kepada agama negara.Logiknya tidak kecuali semua sultan-sultan tersebut telah murtad dan menjadi penganut Kristian.

Saya bimbang perkara ini disensasikan demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu.Bagi golongan Kristian pula saya nasihatkan mereka juga perlu menghormati undang-undang tubuh sediaada di setiap negeri  yang memperuntukan satu kesalahan untuk mendiayahkan agama bukan Islam kpd orang-orang Islam. Ini demi keharmonian kehidupan kita semua di negara ini.


Apapun yang penting bagi saya umat Islam perlu berkerja kuat untuk menyibarkan agama Islam kepada golongan bukan Islam termasuk golongan Kristian ini. Sememangnya itu pun yang dituntut untuk kita melakukannya. ’Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat- spt maksud Hadis Rasulullah S.A.W. Bayangkan kalau yg menerima satu ayat itu ialah penganut bukan Islam. Tidak mustahil akhirnya mereka akan memeluk agama yang suci ini.

No comments:

Post a Comment