Tuesday, 16 August 2016

Hidung sering tersumbat mungkin petanda kanser




Kesihatan

Bukan niat untuk menakutkan, namun itulah kenyataan. Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung.

Kanser yang terletak di kawasan sempit dan tersembunyi antara hidung dan tekak ini, amat sukar dikesan awal kerana kebanyakan simptom bagi penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit biasa.

Antaranya hidung tersumbat yang mungkin dianggap hanya resdung, sakit kepala yang biasanya dikaitkan dengan tekanan atau tidak cukup rehat, dan hilang pendengaran yang mungkin ditafsirkan akibat trauma atau jangkitan kuman pada telinga.

"Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara," kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menggariskan dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk.

Sukar dikesan awal


Setakat ini masih tiada ujian atau 'screening test' khusus untuk mengesan penyakit ini, tidak seperti kanser lain iaitu kanser payu dara, kanser serviks atau kanser usus.

Doktor biasanya mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.

Cara lain ialah dengan ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa dialami pesakit kanser, namun menurut Dr Dalilah tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.




"Jika dapat dikesan awal maka peluang untuk pulih lebih tinggi, namun kebanyakan pesakit hanya diagnos dengan kanser ini pada peringkat dua atau tiga," dedah Dr Dalilah.

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada jumlah kes kanser.

Pada tahun 2012, sebanyak 1,487 kes dikesan dengan bilangan kes tertinggi dalam kalangan kaum Cina dan Bidayuh.

Awas makanan masin, berawet

Menurut Dr Dalilah gaya pemakanan dalam kalangan dua kaum itu, yang cenderung kepada makanan masin dan berawet, dikesan antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarinks.

Beliau turut berkongsi hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian tersebut telah mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

"Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk, dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser ini," pesannya.

Faktor genetik juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit kanser melibatkan perubahan DNA sel.

Faktor risiko lain termasuklah pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan pendedahan berlebihan kepada habuk atau bahan kimia seperti formaldehid.

Kaedah rawatan

Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi, terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu.

Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang, kadangkala sehingga 10 jam, berikutan kedudukan kanser itu di lokasi yang sempit dan tersembunyi, jelas Dr Dalilah.

"Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung kepada tiub untuk beberapa minggu.

"Oleh sebab itu saya berpendapat orang ramai perlu diberi lebih kesedaran tentang kanser ini supaya dapat dikesan awal, sekaligus mengurangkan keperluan untuk pembedahan," katanya.
- Bernama 

1 comment:

  1. Assalamualaikum, sekadar nak berkongsi ikhtiar kesihatan klau ada yg sedang diuji dgn penyakit kanser,cyst,fibroid,buah pinggang,kencing manis,gastrik gerd,batu karang
    Herba Jutawan Herbs ni sesuai utk psakit kanser tahap 1, 2, 3 & 4, dah ada bnyk testimoni, dan jgk sesuai utk psakit yg sdg jalani kimo krana bntu tmbah selera mkn, naikkan platelet drah, rambut tak gugur teruk mcm psakit kimo biasa, bdan lgi cerdas sampai boleh msk, jln2 wlaupun baru sehari lepas kimo.
    πŸ”Ή kanser tahap 1, 2, 3 & 4
    – Dah ada bnyk testimoni
    – Herba ini jgk sesuai utk psakit yg sdg buat kimo
    ✔️ tmbah selera mkn
    ✔️ naikkan platelet drah
    ✔️ rambut tak gugur mcm psakit kimo biasa
    ✔️ bdan lgi cerdas, boleh msk & jln2 wlaupun baru sehari lepas kimo
    πŸ”Ή SELAIN KANSER / SOKONGAN KESIHATAN LAIN
    Herba ini jgk bntu:
    ✔️ kawal kencing manis
    ✔️ sembuh & cepat keringkan luka akibat kencing mnis
    ✔️ naikkan bacaan eGFR buah pinggang
    ✔️ kurangkan buih dlm air kencing
    ✔️ turunkan drah tinggi
    ✔️ bntu kecutkan fibroid & cyst
    ✔️ kurangkan gastrik & GERD
    ✔️ sokong kesihatan hti & bdan keseluruhan
    TESTIMONI PSAKIT YG PERNAH GUNA PRODUK JUTAWAN HERBS
    Nama: Adik Muhd Haziq
    πŸ‘‰ Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4
    Nama: Anak Pn Rashidah
    πŸ‘‰ Kanser Leukimia
    Nama: Haji Ahmad Hasnal (49 thn)
    πŸ‘‰ Bengkak Prostat
    Nama: Pn Syarifah
    πŸ‘‰ Kanser paru-paru tahap 3
    Nama: En Sukrizal bin Idris
    πŸ‘‰ Batu hempedu
    Nama: Che Amat
    πŸ‘‰ Kanser usus tahap 2
    Nama: Muhd Aidil Izzat
    πŸ‘‰ Kanser Burkitt Lymphoma B-cell tahap 4
    Nama: En Iskandar bin Abu Serah
    πŸ‘‰ Ulser lidah
    Nama: Pn Baiti Jannati
    πŸ‘‰ Kanser payudara
    Nama: Pn Faridah (anak sakit)
    πŸ‘‰ Kanser paru-paru tahap 3
    Nama: Pn Mazli (cucu sakit)
    πŸ‘‰ Leukimia Acute ALL B-cell
    Nama: Mohd Hamdan
    πŸ‘‰ Virus kencing tikus
    Nama: Pn Nor Sabariah
    πŸ‘‰ Kanser payudara & asma
    Nama: Amirah (ibu Pn Zuraini)
    πŸ‘‰ Asma
    Nama: Pn Hani (anak sakit)
    πŸ‘‰ Asma kronik
    Nama: En Mohd Asri bin Ahmad
    πŸ‘‰ Kanser usus tahap 2
    Nama: Pn Arbaayah
    πŸ‘‰ Sirosis hti tahap 3
    Nama: Muhd Luqman bin Kamaruzaman
    πŸ‘‰ GIST (spindle type, high grade) tahap 4 — dah sembuh
    Nama: Nor Hayati Abdul Hamid
    πŸ‘‰ Kanser payudara tahap 4 akhir — dah sembuh
    Nama: Mohd Syafwan Syafiy bin Mohd Hishamuddin
    πŸ‘‰ Leukimia ALL tahap 3 — dah sembuh
    Nama: Pn Noraini Yusof
    πŸ‘‰ Kanser payudara tahap 3 — dah sembuh
    Nama: Pn Zalina Ismail
    πŸ‘‰ Kanser payudara agresif — dah sembuh
    Nama: Muhd Afif Aksha bin Maruan
    πŸ‘‰ Kanser Lymphoma tahap 2 — dah sembuh
    Nama: Muhd Ilham Md Mazri
    πŸ‘‰ Leukimia B-cell ALL — dah sembuh
    Nama: Mohd Syafwan Syafi
    πŸ‘‰ Leukimia chronic lymphocytic tahap 3 — dah sembuh
    Nama: Pn Zainani Azra
    πŸ‘‰ Kanser payudara hormon positif tahap 3 — dah sembuh
    Nama: En Ab Kadir bin Ismadi
    πŸ‘‰ Kanser paru-paru tersumbat kronik (COPD)
    Nama: En Sharizal bin Taib
    πŸ‘‰ Kanser Lymphoma B-cell tahap 4 — dah sembuh
    Nama: Suzana binti Ahmad
    πŸ‘‰ Kanser rahim tahap 4 & kanser lidah tahap 4 — dah sembuh
    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah
    πŸ‘‰ Kanser hidung tahap 4
    Nama: Norizah bt Mohd Nor
    πŸ‘‰ Kanser payudara hormon tahap 2
    Nama: Anazilah bt Said
    πŸ‘‰ Kanser payudara tahap 2 — dah sembuh
    Nama: Hafifah bt Arshad
    πŸ‘‰ Kanser payudara tahap 2 — dah sembuh
    Nama: Abdullah
    πŸ‘‰ Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) tahap 4 — dah sembuh
    Nama: En Gmail Udup
    πŸ‘‰ NPC tahap 4 — dah sembuh
    Nama: Muhammad Haziq bin Mohamad Aliff Haiqal
    πŸ‘‰ NPC tahap 4 merebak ke otak — dah sembuh
    Nama: Muhammad Akmal Rizal bin Cik Omar
    πŸ‘‰ NPC tahap 2 — dah sembuh
    Nama: Nor Azian binti Mohd Sarif
    πŸ‘‰ Kanser payudara triple negative tahap 2 — dah sembuh

    Testimoni pesakit Buah Pinggang:

    Puan Fuziah binti Ali – Pesakit buah pinggang Tahap 3B, kini menurun ke Tahap 1

    Zur Iffatin Nadia binti Zara’im – Pesakit buah pinggang Tahap 3B, kini menurun ke Tahap 1



    Hubungi atau WhatsApp saya segera:
    017-468 7570 MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
    Nama syarikat: JUTAWAN HERBS
    Cuba layari laman Jus infiniti blogspot com untuk testimoni lebih banyak dan menarik



    ✨ InsyaAllah kita ikhtiar rwatan smpi sembuh
    πŸ’° Harga mmg mampu milik


    ReplyDelete