Wednesday 2 May 2012

Seminar Kecelaruan Identiti Belia


Pada 15 April 2012 (Ahad) bertempat di Mini Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor telah berlangsung Seminar Kefahaman dan Penghayatan Islam Kepada Belia Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Seminar ini telah disertai seramai 150 orang peserta.
Program ini, bertujuan untuk memberikan kefahaman dan penghayatan Islam kepada belia yang semakin terdedah dengan cabaran semasa. Hal ini disebabkan, golongan belia merupakan tonggak utama agama dan negara. Selaras dengan Sasaran Kerja Strategik JAKIM iaitu memperkasa agenda dakwah Islam ke arah pembentukan khaira ummah.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Encik Suria Affandi, Timbalan Presiden Belia Islam Nasional Cawangan Gombak. Seterusnya, para peserta seminar dihidangkan dengan Persembahan Multimedia yang cukup menginsafkan dan memberi gambaran gejala sosial yang berlaku kepada belia hari ini.
Penyampaian slot ceramah 1 bertajuk : “6 Juta Belia Mengalami Krisis Identiti, Fakta atau Auta?” Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni telah membuka mata peserta seminar dengan penyampaian yang cukup berkesan.
Sesi berikutnya ialah Forum yang bertajuk:Solusi dan Terapi Identiti” telah menghangatkan suasana mini auditorium dengan hujah, pengalaman dan percambahan idea melalui lontaran suara lantang oleh Panel yang terdiri daripada Finalis Solehah TV AlHijrah, Cik Wan Mazuani binti Wan Mokhtar, Dr. Meriam Omar Din, UIAM dan Encik Salman Abdul Rahman, Setiausaha Agong PEMBINA.
Majlis Penutupan Seminar ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd. Adnan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengembangan, Bahagian Dakwah JAKIM. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak urusetia program dan Persatuan PEMBINA yang telah berjaya melaksanakan program ini dan mengharapkan agar program dakwah yang seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi pendedahan kepada Masyarakat Islam ke arah melahirkan ummah yang hebat, berjaya di dunia dan di akhirat.
jakim image
Ucapan Aluan daripada Wakil PEMBINA
jakim image
Ucapan Perasmian oleh Encik Suria Affandi, Timbalan Presiden Belia Islam Nasional Cawangan Gombak.
jakim image
Ceramah 1 bertajuk : “6 Juta Belia Mengalami Krisis Identiti, Fakta atau Auta?” disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni.
jakim image
Sesi Forum bertajuk: “Solusi dan Terapi Identiti”
jakim image
jakim image
jakim image
Antara peserta yang hadir
jakim image
Persembahan Nasyid daripada Pelajar UIAM
jakim image
Ucapan Penutupan Seminar oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd. Adnan, KPP Bahagian Dakwah
jakim image
Penyampaian Cenderahati Kepada Penceramah
jakim image

No comments:

Post a Comment