Thursday, 24 May 2012

PEMANASAN GLOBAL BOLEH MENENGELAMKAN SEBAHAGIAN BESAR DARATAN BUMI


DUA gambar menunjukkan Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, Chile. Gambar bawah dirakam pada 2 April lalu.
SANTIAGO, Chile – Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile ‘ghaib’ dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.
Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.
Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.
Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.
Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.
“Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais,” kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.
Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. – AFP
       
Ulasan:

Berita di atas mungkin adalah sebahagian kecil berita yang dilaporkan berkaiatan kesan pemanasan global. Sebenarnya banyak lagi kesan pemanasan global terhadap alam dan manusia. Pastinya ia membawa kesan buruk dan palin ditakuti ialah malapetaka. Firman Allah " Sesungguhnya segala kerosakkan di daratan dan lautan adalah angkara tangan-tangan manusia". Apakah hubungkait pemanasan global dengan kejahatan manusia.

Sebenarnya 'pemanasan global' hanyalah salah satu 'outcome' akibat kerakusan dan ketamakkan manusia yang hidup di bumi ini. Sikap gelojoh manusia yang berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan dan ketamadunan (kononnya) akibatnya sebahagian mereka sanggup menghapuskan sistem alam yang mereka diami sendiri. Mereka melakukan penebangan pokok dengan secara bebas dan tanpa kawalan,seterusnya melakukan pembakaran dan lainnya. Di sudut pembanggunan industri mereka membina kilang yang terkadang terpaksa membebaskan gas-gas ke alam terbuka tanpa kawalan. Bahkan dalam situasi tertentu mereka menggunakan sumber tenaga yang dilarang seperti nuklear dan sebagainya. Dalam situasai ini, ianya bukan sahaja membawa mudarat kepada manusia sekaligus alam juga menerima akibatnya.

Berita di atas adalah bukti benar untuk mengaitkan kesan pemanasan global kepada alam dan manusia. Bayangkan apa akan terjadi  sekiranya ais-ais di kawasan sejuk samaada kutub utara dan selatan akan mencair. Tidakkah ia akan membawa malapetaka kepada alam dan manusia. Pastinya jika  berlaku  ia akan meningkatkan paras air laut dan situasai ini mampu menengelamkan pulau-pulau dan kawasan-kawasan rendah di muka bumi ini termasuk mungkin sebahagian Malaysia. Pernah saya terbaca dalam satu tulisan beberapa tahun dahulu ..."berkemungkina untuk jangkamasa 50 tahun dari sekarang bandar Kelang dan Miri di Serawak akan lenyap dari muka bumi ini. Alangkah menakutkan berita ini.Kedua-dua bandar ini sememang berada di tepi laut. Ketika itu mungkin saya sudah tiada di alam ini tapi bagaimanakah anak cucu kita. Maka 'SAYAGILAH ALAM INI UTK MASA DEPAN JENERASI KITA'


No comments:

Post a Comment