Monday 28 May 2012

Pakar Kulit Akhirnya Mengakui Kebenaran Al Qur'an




Semasa lawatan ke Arab Saudi, Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai, telah ditujukkan ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon Prof Tajasen adalah bahawa didalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan berkenaan dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau tidak menjumpa perkara tersebut.
Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji-selidik Professor Keith Moore, seorang sainstis Kanada. Jawapan beliau. Memang dia mengenali Professor Keith Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali didalam bidang Embriologi.
Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Mooredimana Prof. Moore telah memberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat didalam al-Quran yang sangat sinonim dengan kajian Sains Moden. Prof. Tajasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat yang berikut telah diperlihatkan oleh beliau :
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah Al-Nisa : 56)
Prof. Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi (kajian kulit) dimana Sains Moden baru sahaja menemui perkara ini, dimana kulit mengandungi semua penghujung saraf, dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seseorang yang terlibat tidak akan merasa sakit lagi. Allah swt tahu akan kajadiannya itu, dan akan menjadikan kulit baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka apabila kulit tersebut hangus.
Prof. Tajasen juga bersetuju bahawa adalah tidak mungkin sumber ini datang dari manusia, dan dilihat dari al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. Dari mana pula timbul ilmu tersebut, Tanya Prof. Tajasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta, maka dari dialah datang ilmu pengetahuan tersebut.
Prof. Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau, lima pelajar beliau telah memeluk Agama Islam.
Prof. Tejasen kemudiannya telah kembali ke Arab Saudi untuk menghadiri sebut Persidangan di Riyad. Disana, beliau telah menyampai ucapannya. Didalam ucapannya, kajian tersebut telah membawanya mempercayai bahawa semua yang ada didalam al-Quran itu adalah BENAR. Beberapa tanda-tanda dari wahyu yang telah diturunkan pada 1400 tahun yang lalu, baru kini Sains Moden dapat membuktikannya. Semua tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh menulis dan membaca, maka ini membuktikan bahawa kebenaran itu telah disampaikan dari penciptanya, iaitu ALLAH. Professor meneruskan ucapannya sambil berkata, telah tiba masanya saya mengumumkan : LA ILLA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH!
Deklarasi yang dramatik itu telah disambut dengan laungan TakbirAllahu Akbar! dari para peserta persidangan tersebut. Professor menyimpulkan ucapannya dengan berkata bahawa beliau banyak mempelajari penemuan sains di persidangan tersebut dan banyak berjumpa dengan kawan-kawan baru, akan tetapi perkara yang tidak ternilai yang dilakukan adalah beliau menjadi seorang Islam.

No comments:

Post a Comment