Wednesday 2 May 2012

Jakim Jalin Kerjasama Dengan Bahagian Pendidikan Islam, KPM


jakim image
 Bahagian Dakwah Jakim telah mengambil langkah proaktif memperluaskan skop dakwah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menggerakkan dakwah dan sosial di Sabah dan Sarawak secara bersepadu dengan menubuhkan satu Sekretariat Dakwah yang turut melibatkan agensi lain.
Idea bernas ini diilhamkan oleh YBhg Tuan Haji Razali Bin Shahabuddin, Timb Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) susulan daripada Bengkel Memperkasa Modal Insan, Sektor Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 21 hingga 23 Disember 2011. Terdapat dua belas (12) inisiatif yang perlu dilaksanakan oleh Bahagian Dakwah antaranya telah bersetuju membuat perancangan agresif tidak hanya di semenanjung tetapi turut melibatkan sabah dan Sarawak.
Hubungan kerjasama ini juga hasil saranan YBhg Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBhg Dato’ Haji Othman Mustapha didalam ucapan pada 29 Julai 2011 sempena Perhimpunan Bulanan, Jakim menggesa Perkhidmatan Hal Ehwal Islam harus meningkatkan kerjasama dan kolaborasi dengan agensi lain untuk berkongsi informasi, sumber (resources), strategi dan sebagainya ke arah Jakim yang membudayakan prestasi tinggi.
Bagi merealisasikan idea ini, Bahagian Dakwah telah mengatur satu kunjungan hormat YBhg Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim ke Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Januari 2012. Pertemuan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pendidikan Islam, KPM turut melibatkan YBhg Datuk Haji Zainal Abidin Abd Kadir (PERKIM), Wakil KAGAT, Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan wakil Jakim.
Wakil Jakim yang hadir ialah Pengarah Bahagian Dakwah, Pengarah Jakim Sarawak, Pengarah Jakim Sabah dan pegawai Bahagian Dakwah, Jakim.
Perbincangan selama 3 jam telah membuahkan hasil yang baik antara kedua-dua pihak dalam menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat khususnya dalam menggerakkan dakwah di Sabah dan Sarawak melalui pendekatan Blue Ocean Strategy. Kedua-kedua pihak telah bersetuju secara dasarnya idea kerjasama dakwah ini dan akan mengadakan program pertama dalam masa yang terdekat.
 
 jakim image 
 jakim image 
 jakim image 
 jakim image 
 jakim image 

No comments:

Post a Comment