Wednesday 9 May 2012

Malaikat sentiasa menunggu lafaz Selawat anda di udara Untuk Rasulullah SAW


Setiap kita mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W. Namun kita gagal membuktikannya. Saya mahu menunjukkan satu amalan yang cukup mudah utk membuktikan bahawa kita ini benar-benar ingat dan cinta Rasulullah S.A.W. Amalan itu ialah dengan kita melakukan amalan berselawat. Kata Said Hawa seorang Muslim itu paling tidak berselawat kepada Rasullullah sehari semalam sebanyak 100 kali.


Ya. para Malaikat sedang ternanti-nanti selawat daripada kita semua untuk disampaikan kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Bayangkan kalau orang lain sentiasa mengirimkan selawatnya dan Rasulullah menerimanya setiap hari TAPI kita pula tidak pernah mengirimnya lalu bagaimana agak halnya kita bila berjumpa dgn Rasulullah S.A.W diakhirat kelak ? Malunya ? Dahlah tu nanti kita mahu minta tolong dan minta Safaatnya ! Jadi jangan tunggu lagi. Mulakan Hari ini juga;


http://www.j-85.com/photoshop/des/Moled-Alnabi-07.jpg
Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.”
( Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban )
Rujukan:
http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/05/himpunan-hadis-hadis-rasullulah_29.html

No comments:

Post a Comment