Friday, 4 May 2012

SAINTIS TEMUI PASAK BUMI ?




Allah berfirman (maksud): 
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32) 

Allah berfirman (maksud): 
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7) 

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):
“Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15) 

Dalam sesetengah tafsir disebut..
”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak bergoncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”
Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.

Sekarang rujuk siri gambar-gambar di bawah. 
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico. Gua ini dipenuhi dengan batu-batu Kristal yang berbentuk seperti pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan –bangunan besar. Ukurannya ada yang mencecah 12 meter panjang.

Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai .

Gambar di bawah : Naica Giant Crystal Cave



Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia datang untuk melakukan kajian.
Pengarang buku The Earth (BUmi), yang menjadi rujukan banyak universiti di seluruh dunia, Dr. Frank Press, menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah sebahagian daripada ‘sebuah binaan yang besar’ di mana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi.

Dr. Press seterusnya menyatakan bahawa gunung-ganang sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. 
Inilah yang telah dinyatakan oleh Allah menerusi kitab sudi Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
SUBHANALLAH..

No comments:

Post a Comment