Tuesday, 8 May 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan Terperangkap Dalam Perbalahan Politik Kepartian?

 Fatwa oleh 'Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama' yang mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil telah menjadi perbahasan politik terbaru umat Islam. Sebahagian umat Islam mengatakan keputusan ini amat memalukan umat Islam. Memetik sumber orang ramai (umat Islam) antara komen mereka ialah:

"Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, keganasan, huru-hara dan kekacauan".

"Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mahu menconteng arang ke muka umat Islam dengan perbuatannya menghukum tanpa siasat?"

" Muzakarah Jawatankuasa Fatwa memalukan umat Islam sebab belum siasat lagi sudah jatuhkan hukum,"

"Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa menjatuhkan hukuman tanpa siasat itu akan mengakibatkan orang Islam dituduh sebagai agama yang tidak mementingkan siasatan yang adil dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan dan hukuman".


"Satu dunia ada maklumat yang tepat, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tidak ada maklumat dan hanya mahu disuap dengan maklumat sebelah pihak sahaja sahaja?

"Di manakah suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?

"Mengapa membatu dan membisu terhadap daftar pemilih yang tidak bersih? Mengapa tidak ada suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?

"Adakah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih itu tidak haram, tidak mengakibatkan kemudaratan, keresahan, rusuhan, perpecahan malah pertumpahan darah?"



Apapun bagi saya Jawatankuasa Muzakarh Fatwa mesti kena berlaku adil iaitu dengan melakukan siasatan yang telus tanpa berpihak sebelum membuat apa-apa keputusan yang dikaitkan dgn fatwa. Apatah lagi isu itu melibatkan satu yang amat sensitif spt perkara yang berkaitan politik umat Islam.

Majlis Fatwa dalam mengeluarkan fatwa mestilah bertindak secara telus dan bersifat bertanggungjawab. Benar Keahlian J/K Fatwa adalah lantikan dari pihak kerajaan namun tidak semestinya keputusan fatwa mesti memihak kepada pihak kerajaan semata-mata. Majlis fatwa mesti lebih mengutamakan ajaran Islam.Sekiranya Majlis fatwa bersikap telus saya yakin Majlis Fatwa akan menjadi institusi yang dihormati dan dijadikan tempat rujukkan oleh umat Islam keseluruhannya. Segala-galanya terletak kepada bahu Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri.

No comments:

Post a Comment