Wednesday 2 May 2012

R&R Bersama Buku Jakim


Dalam usaha mengembangkan ilmu pengetahuan terutama dalam bentuk media cetak, Bahagian Penerbitan Jakim mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat lebuh raya dengan menyalurkan sumbangan bahan bacaan terbitan Jakim. Bahan-bahan cetakan ini ditempatkan di kawasan R&R di lebuh raya terpilih untuk bacaan para pengguna lebuh raya yang singgah di kawasan rehat (R&R).
Simbolik penyerahan bahan terbitan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman Mustapha bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim pada 23 April di Auditorium D8, Putrajaya. Syarikat lebuh raya yang menerima bahan-bahan terbitan Jakim tersebut ialah:
BIL.
SYARIKAT
LEBUH RAYA
1.           
Maju Expressway Sdn. Bhd.
MEX
2.           
Sistem Lingkaran - Lebuh Raya Kajang Sdn. Bhd.
Kajang SILK
3.           
Plus Expressways Berhad
PLUS
4.           
Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn. Bhd.
Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
5.           
KESAS Sdn. Bhd. Wisma KESAS,
Lebuh Raya Shah Alam (LSA) – Kinrara dan Awan Besar 
6.           
Grand Saga
Lebuh Raya Cheras – Kajang
7.           
Lebuh Raya Kajang – Seremban Sdn. Bhd. (IJM)
Lebuh Raya Kajang – Seremban
8.           
Besraya (M) Sdn. Bhd.
Lebuh Raya Besraya
9.           
New Pantai Expressway Sdn. Bhd.
NPE
Semoga dengan perkongsian bahan-bahan ilmiah ini dalam memberi manfaat santapan rohani kepada orang ramai terutama semasa berehat di kawasan rehat di lebuh raya.
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
Wakil dari syarikat lebuh raya bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim, dan Pengarah Penyelarasan Undang-Undang, Tuan Haji Ghafani Awang Teh

No comments:

Post a Comment