Tuesday, 1 October 2013

Kerjasama Strategik Bagi Program Penempatan Silang JAKIM Dan SPRM

20 September, Jumaat - Satu kerjasama strategik antara dua agensi telah termetrai dibawah Program Penempatan Silang JAKIM dan SPRM bagi memperkukuh jalinan hubungan sedia ada. Ini merupakan program julung–julung kali diadakan di pihak JAKIM dan akan diperluas di masa akan datang.
 
Tujuan utama kerjasama strategik ini dimemeterai adalah bagi mewujudkan kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah pemindahan/perkongsian pengetahuan dan kepakaran selaras dengan usaha pembangunan modal insan pegawai ke arah peningkatan kompentensi dan budaya berprestasi tinggi.
 
Ruang lingkup kerjasama ini adalah melaksanakan Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program) yang merangkumi perkongsian dan pertukaran pengetahuan dan kepakaran dalam aspek pengesanan, penyiasatan dan penyaluran maklumat serta usaha-usaha pembangunan modal insan pegawai bagi kedua-dua pihak.
 
Menurut Ketua Pengarah JAKIM, penempatan silang ini bukan sahaja membantu para pegawai menimba pengalaman dan mempertingkatkan kompetensi masing- masing malah ialah adalah projek perintis bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan. Usaha ini juga membantu memperluaskan laluan kerjaya pegawai – pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam.
 
Program ini melibatkan dua pegawai JAKIM dan dua Pegawai SPRM dimana penempatan silang ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2013 selama setahun. Pegawai – pegawai tersebut adalah :
A)   Siti Razmah binti Idris , ILIM JAKIM
B)   Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof, ILIM, JAKIM  
C)   Ahmad Shafik bin Abdul Rahman, SPRM; dan
D)   Mohamad Nasir bin Mat Jam, SPRM.
 
Majlis menandatangani Kerjasama Strategik ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato’ Zakaria bin Jaffar disaksikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustapha dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jurufoto: Jamal, Bahagian Penerbitan

No comments:

Post a Comment