Tuesday 1 October 2013

Pelancaran Buku “Mengenal Hakikat Syiah”


Majlis Pelancaran Buku “Mengenal Hakikat Syiah” hasil penulisan Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 September 2013 di Aras 9, Blok D7, Jakim.
 
Majlis ini turut di hadiri oleh Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Mustapa bin Othman, Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tan Sri Dato' Syaikh Hj Ismail bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan warga Jakim.
 
Buku ini memuatkan koleksi tulisan Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh mengenai fahaman Syiah. Antara tajuk-tajuknya ialah Sejarah Perkembangan Syiah Dan Perkaitannya Dengan Ahli Bait, Ahlu Bait Menurut Pandangan Sunah dan Syiah, Fahaman Syiah Jauh Bercanggah Dengan Ahli Sunnah, dan lain-lain. Salah satu tulisan merupakan artikel yang diterjemahkan daripada tulisan asal berbahasa Arab oleh Syekh Mahmood Sa’ad Nasih.
 
Buku ini dipersembahkan untuk bacaan awam yang ingin mengenali apa itu fahaman Syiah dan mereka yang prihatin terhadap perkembangan Syiah yang semakin nyata gerak sarafnya sejak akhir-akhir ini. Buku yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri ini telah dicetak untuk edaran percuma kepada orang ramai. Sidang media turut diadakan sejurus selepas Majlis Pelancaran Buku tersebut.
 
 
Antara tetamu dan pihak media yang hadir
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment