Wednesday 1 February 2012

Setiap Manusia Mempunyai Qarinnya (Pendampingnya)




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah saw sendiri tidak terkecuali. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W spt;




¡


¡
¡
IBN MUFLIH AL-MUQADDASI MENCERITAKAN: SUATU KETIKA SYAITAN YANG MENDAMPINGI ORANG BERIMAN, BERTEMANKAN SYAITAN YANG MENDAMPINGI ORANG KAFIR. SYAITAN YANG MENGIKUTI ORANG BERIMAN ITU KURUS, SEDANGKAN YANG MENGIKUTI ORANG KAFIR ITU GEMUK. MAKA DITANYA MENGAPA ENGKAU KURUS, “BAGAIMANA AKU TIDAK KURUS, APABILA TUANKU MASUK KE RUMAH DIA BERZIKIR, MAKAN DIA INGAT ALLAH, APABILA MINUM PUN BEGITU.” SEBALIKNYA SYAITAN YANG MENGIKUTI ORANG KAFIR ITU PULA BERKATA: “AKU SENTIASA MAKAN BERSAMA DENGANNYA DAN BEGITU JUGA MINUM.
DI DALAM HADITH LAIN RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD: “AKU DILEBIHKAN DARIPADA NABI ADAM A.S DENGAN DUA PERKARA, IAITU PERTAMA SYAITANKU KAFIR LALU ALLAH MENOLONG AKU SEHINGGA DIA ISLAM. KEDUA, PARA ISTERIKU MEMBANTU AKAN DAKU TETAPI SYAITAN NABI ADAM TETAP KAFIR DAN ISTERINYA MEMBANTU IA MEMBUAT KESALAHAN.” (HADITH RIWAYAT BAIHAQI).


¡
AISYAH R.A MENCERITAKAN BAHAWA PADA SUATU MALAM RASULULLAH S.A.W KELUAR DARI RUMAHNYA (AISYAH), LALU AISYAH BERKATA: “AKU MERASA CEMBURU.” TIBA-TIBA BAGINDA S.A.W BERPATAH BALIK DAN BERTANYA: “WAHAI AISYAH APA SUDAH JADI, APAKAH ENGKAU CEMBURU?” AKU BERKATA: “BAGAIMANA AKU TIDAK CEMBURU ORANG YANG SEUMPAMA ENGKAU YA RASULULLAH.” SABDA BAGINDA S.A.W: “APAKAH ENGKAU TELAH DIKUASAI OLEH SYAITAN?” AKU BERTANYA: “APAKAH AKU ADA SYAITAN?” SABDA BAGINDA S.A.W: “SETIAP INSAN ADA SYAITAN, IAITU QARIN.” AKU BERTANYA LAGI: “ADAKAH ENGKAU PUN ADA SYAITAN YA RASULULLAH?” JAWAB BAGINDA: “YA, TETAPI ALLAH MEMBANTUKU SEHINGGA QARINKU TELAH MASUK ISLAM.” (HADITH RIWAYAT MUSLIM).
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: “TIADA SEORANG PUN DARIPADA KAMU MELAINKAN SUDAH DIWAKILI BERSAMANYA QARIN DARIPADA JIN DAN MALAIKAT. MEREKA BERTANYA: “ENGKAU JUGA YA RASULULLAH?” SABDANYA: “YA AKU JUGA ADA, TETAPI ALLAH TELAH MEMBANTU AKU SEHINGGA QARIN ITU DAPAT KU ISLAMKAN DAN HANYA MENYURUH AKU DALAM HAL KEBAJIKAN SAHAJA.” (HADITH RIWAYAT MUSLIM DAN AHMAD)

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan  mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismilah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan dan kederhakaan manusia.

Semua yang Allah lakukan ke atas hamba-hambanya adalah semata-mata untuk menguji tahap keimanan mereka.Syurga itu teramat nikmat maka hanya manusia yang benar-benar melepasi ujiannya sahaja yang layak memasukinya. Maka jangan sekali-kali membiarkan Mahluk Qarin ini menguasai kita. Yang penting sekarang ini ialah terus lawan dan mengalahkannya. Lawan dan terus lawan. Buat sesuatu yang menyebabkan Qarin akan kalah dan terus kalah.Antaranya berzikir, berzikir dan terus melakukan zikir ini antara senjata yang boleh melemahkan Qarin.


No comments:

Post a Comment