Tuesday 21 February 2012

Benarkah Gerakan Kristianisasi Mengancam Islam Di Malaysia?


Sejak kebelakang ini telah dihebohkan bahawa penganut Kristian telah melakukan usaha-usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam. Ramai dikatakan Murtad dan memasuki agama Kristian. Sehingga timbul desakan-desakan dari pihak tertentu supaya kegiatan Kristianisasi ini mesti dibendung sebelum keadaan menjadi parah. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan di kalangan penganut-penganut agama di negara ini. Persoalannya betul ke suasana ini benar-benar berlaku. Tanpa menafikan sememangnya kristianisasi boleh berlaku di mana-mana namun wajar untuk kita melihat situasi ini secara lebih rasional.

Saya sekadar mahu menganalisa situasi ini berdasarkan data-data kependudukan penganut-penganut agama di negara ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini.

POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA TAHUN (2010)

AGAMA
ISLAM
KRISTIAN
BUDHA
HINDU
LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA
61.3%
9.2%
19.8%
6.3%
3.4%
JOHOR
58.2%
3.3%
29.6%
6.6%
2.3%
KEDAH
77.2%
0.8%
14.2%
6.5%
1.3%
KELANTAN
95.2%
0.3%
3.8%
0.2%
0.5%
MELAKA
66.1%
3.0%
24.2%
5.7%
1.0%
N. SEMBILAN
60.3%
2.4%
21.2%
13.4%
2.7%
PAHANG
74.9%
1.9%
14.4%
4.0%
4.8%
PERAK
55.3%
4.3%
25.4%
10.9%
4.1%
PERLIS
87.9%
0.6%
10.0%
0.8%
0.7%
PULAU PINANG
44.6%
5.1%
35.6%
8.7%
6.0%
SABAH
65.4%
26.6%
6.0%
0.1%
1.9%
SARAWAK
32.2%
42.6%
13.5%
0.2%
11.5%
SELANGOR
57.9%
3.8%
24.4%
11.6%
2.3%
TERENGGANU
96.9%
0.2%
2.5%
0.2%
0.2%
KUALA LUMPUR
46.4%
5.8%
35.7%
8.5%
3.6%
LABUAN
76.0%
12.4%
9.0%
0.4%
2.2%
PUTRAJAYA
97.4%
0.9%
0.4%
1.0%
0.3%

    SUMBER: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Berdasarkan statistik Islam merupakan agama majoriti anutan penduduk Malaysia iaitu sebanyak (61.3%) di ikuti Budhha (19.8%), diikuti oleh Kristian sebanyak (9.2%), Hindu (6.3%) dan lain-lain (3.4%).

Dari segi taburan penduduk Muslim melebihi 50% terramai ialah Putrajaya 97.4%, Terengganu 96.9%, Kelantan 95.2%, Perlis 87.9%, Kedah 77%, Labuan 76%,Pahang 74.9%, Melaka 66.1%, Sabah 65.4%, Negeri Sembilan 60.3%, Johor 58.2%, Selangor 57.9% dan Perak 55.3%.

Manakala Negeri yang mempunyai penduduk Muslim kurang dari pada 50% ialah Kuala Lumpur 46.4%, Pulau Pinang 44.6% dan Sarawak 32.2%.

Di segi penganut Buddha teramai ialah Kuala Lumpur (35.7%), diikuti Pulau Pinang 35.6%, Johor (29.6%), Perak (25.4%), Selangor (24.4%), Melaka (24.2%), Negeri Sembilan (21.2%), Pahang (14.4%), Kedah (14.2%), Serawak (13.5%), Perlis (10.0%), Labuan (9.0%), Sabah (6.0%), Kelantan (3.8%), Terengganu (2.5%) dan Putra Jaya (0.4%).

Di segi pengganut Kristian teramai ialah Sarawak (42.6%), Sabah (26.6%), Labuan (12.4%), Kuala Lumpur (5.8%), Pulau Pinang (5.1%), Perak (4.3%), Selangor (3.8%), Johor (3.3%), Melaka (3.0%), Negeri Sembilan (2.4%), Pahang (1.9%), Putrajaya (0.9%), Kedah (0.8%), Perlis (0.6%), Kelantan (0.3%) dan Terengganu (0.2%).

Di sudut penganut Hindu pula teramai ialah Negeri Sembilan (13.4%), Selangor (11.6%), Perak (10.9%), Pulau Pinang (8.7%), Kuala Lumpur (8.5%), Johor (6.6%), Kedah (6.5%), Melaka (5.7%), Pahang (4.0%), Putrajaya (1.0%), Perlis (0.8%), Terengganu (0.2%), Sarawak (0.2%) dan Sabah (0.1%).

Bagi lain-lain agama teramai ialah Sarawak (11.5%), Pulau Pinang (6.0%), Pahang (4.8%), Perak (4.1%), Kuala Lumpur (3.6%), Negeri Sembilan (2.7%), Selangor (2.3%), Johor (2.3%), Labuan (2.2%), Sabah (1.9%), Kedah (1.3%), Melaka (1.0%), Perlis (0.7%), Kelantan (0.5%), Terengganu (0.2%) dan Putrajaya (0.3%).

Dari segi taburan penduduk di negeri-negeri sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia masih didominasi oleh penduduk Muslim iaitu mewakili lebih 50% jumlah penduduk. Bagi negeri-negeri yg majoritinya bukan Islam ialah Sarawak (67.8%), Pulau Pinang 55.4% dan Kuala Lumpur 53.6%.
Sejauhmanakah Kristian menjadi ancaman ? Melihat  statistik Kristian sebenarnya hanya ramai di Sarawak iaitu 42.6% dan Sabah 26.6%. Di lain-lain negeri jumlah mereka tidak melebihi antara 0.2% seperti di Terengganu dan Kuala Lumpur 5.8%. Bahkan di negeri Selangor negeri yang diheboh-hebohkan berlaku gerakkan aktif Kristianisasi mereka hanya mewakili 3.8% penduduk,

Berdasarkan analisis, penganut Kristian sebenarnya adalah penduduk minoriti di negara ini. Bagi jumlah keseluruhan penduduk negara mereka sekadar berjumlah 9.2% sahaja. Mereka sebenarnya hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja dan bukannya di Semenanjung Malaysia.
Saya percaya Kristianisasi sememangnya berlaku namun bagi pendapat saya sebahagian besarnya adalah berlaku di negeri spt Sabah dan Sarawak. Utk, mengheboh-hebohkan Kristian secara aktifnya sedang melakukan Kristianisasi di Selangor dan Lembah Kelang, benar-benar memerlukan pembuktian yang kuat. Saya bimbang perkara ini disensasikan demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu.
Bagi golongan Kristian pula saya nasihatkan mereka juga perlu menghormati undang-undang tubuh sediaada di setiap negeri  yang memperuntukan satu kesalahan untuk mendiayahkan agama bukan Islam kpd orang-orang Islam. Ini demi keharmonian kehidupan kita semua di negara ini.

Apapun yang penting bagi saya umat Islam perlu berkerja kuat untuk menyibarkan agama Islam kepada golongan bukan Islam termasuk golongan Kristian ini. Sememangnya itu pun yang dituntut untuk kita melakukannya. ’Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat- spt maksud Hadis Rasulullah S.A.W. Bayangkan kalau yg menerima satu ayat itu ialah penganut bukan Islam. Tidak mustahil akhirnya mereka akan memeluk agama yang suci ini.

No comments:

Post a Comment