Friday 24 February 2012

Wardina TV 3 Telah Menjadi Pendakwah ?

Program  Raikan Cinta anjuran JAKIM berjaya menyerlahkan seorang lagi celebriti yang berbakat besar untuk menjadi pendakwah. Orang yang dimaksudkan ialah Wardina personaliti TV 3 yang tidak asing lagi di negara ini. Keupayaannya membaca al-Qur'an dengan bertaranum benar-benar menarik perhatian ramai. Bukan itu sahaja sepanjang perjalanan program beliau telah berjaya mengupas ayat-ayat al-Qur'an dan Hadis yang dibaca dengan jelas dan berfakta.



Program Raikan Cinta ini diserikan juga  dengan persembahan dari artis-artis  ternama seperti Nash, Aishah, Demascus dan juga Aiman.  Setiap lagu yang dinyanyikan  mempunyai mesej-mesej kesedaran dan nasihat yang berguna kepada semua.

Program anjuran JAKIM berjaya menarik lebih 1500 orang. Mereka telah datang dan  memenuhi Dewan Muktamar Pusat Islam untuk menyaksikan Program Raikan Cinta. Program ini telah berlangsung pada 11 Februari 2012, dan bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program Raikan Cinta ini adalah sempena Kempen AWAS! Jerat Valentine’s Day 2012 dan perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dato’ Othman Bin Mustapha. Pada pelancaran Kempen tersebut , Ketua Pengarah JAKIM telah menyerahkan kit kempen Awas! Jerat Valentine’s Day kepada perwakilan beberapa institusi, NGO yang melibatkan remaja dan belia untuk disebarkan. Dengan adanya program seumpama ini, diharapkan agar remaja mempunyai kesedaran dan jati diri yang baik serta mampu membuat keputusan yang tepat mengikut syariat. 
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image
jakim image

No comments:

Post a Comment