Monday, 6 February 2012

SOLAT MAMPU MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG


Semua orang akan merasa takut apabila mendengar penyakit jantung. Apa pun nama jenis penyakit jantung ini sama ada jantung berlubang, lemah jantung dan lainnya ia amat digeruni. Serangan sakit jantung menyebabkan ramai yang mati secara tiba-tiba dan mengejut. Jutaan manusia di dunia mati kerana masalah penyakit jantung. Penyakit jantung dianggap antara pembunuh nombor satu di dunia sekarang ini. Banyak kempen-kempen kesihatan diadakan untuk mencegah penyakit ini. Ratusan juta ringgit digunakan samaada oleh pihak kerajaan atau individu untuk menangani dan mengubati penyakit ini. Namun  kita terlupa Islam mempunyai formula tersendiri untuk menangani perkara ini tanpa modal tapi  berkesan. Ya, amalan solat boleh menyihatkan jantung anda semua.

Bagaimanakah solat mampu memelihara jantung kita. Kita semua maklum bahawa jantung selamanya bertugas untuk mengepam darah dan mengedarkan ke seluruh tubuh badan. Antara pekerjaan jantung yang paling sulit ialah mengedarkan darah kekepala kerana kedudukan kepala adalah berlawanan dengan tarikan graviti bumi. Apa yang berlaku, ketika seseorang itu mendirikan solat terutamanya ketika sujud, jantung akan mudah mengedarkan  darah ke otak, mata, hidung, telinga dan lainnya kerana untuk sementara waktu kedudukan bahagian kepala berada lebih terkebawah daripada jantung. Sudah pasti, sujud yang lama (melalui ta’maninah) akan memudahkan jantung dan melancarkan kerjanya.

Keadaan posisi jantung berada di atas dan kepala di bawah hanya berlaku ketika seseorang itu melakukan sujud dalam ibadah solat. Dalam keadaan lain cthnya; seperti berbaring, duduk atau tidur posisi jantung masih berada di kedudukan terkebawah. Ertinya jantung tetap memerlukan tenaga yang banyak untuk mengedarkan darah keseluruh anggota badan termasuk otak. Jantung sentiasa bekerja kuat dan stresss.

Dalam keadaan sujud, jantung bekerja seolah-olah kenderaan yang bergerak kearah jalan yang menurun. Pada posisi ini darah dapat berjalan cepat dan dipam dengan baik. Dengan demikian, aliran darah semakin cepat mengalir dan berkumpul di pembuluh darah besar atau aorta. Ketika bangkit dari sujud, darah yang tadinya berada di aorta akan mengaliri pembuluh-pembuluh darah di seluruh tubuh. Jantung dalam keadaan ini merasa terbantu.

Posisi sujud juga membantu  paru-paru untuk melakukan pengaliran oksigen pada tubuh dan membuang karbondioksida. Sujud juga membantu pengedaran darah dari jantung ke paru-paru dan sebaliknya. Pada saat sujud, beban kerja jantung agak berkurang. Ertinya, jantung agak beristirehat dan hal ini akan mengurangkan serangan jantung secara mendadak.

Demikianlah, kelebihan ibadah solat dalam kontek memelihara kesihatan kita terutamanya berkaitan kesihatan jantung. Yang penting kita hendaklah melakukannya (solat)  dengan penuh keikhlasan, mudah-mudahan kedua-dua manfaat akan diperolehi iaitu kesihatan rohani dan kesihatan jasmani (jantung). Seterusnya tertunai hak Allah yang dipikulkan ke atas kita.

No comments:

Post a Comment