Salah satu untuk mendapat ketenangan hati ialah dengan berzikir atau mengingati Allah sebagaimana Firmannya, “ (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28).
Dalam ayat yang lain, Allah menjelaskan bahawa Shalat bertujuan untuk mengingati Allah, ” Sesungguhnya, Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiku (Thaha:14).
Di sini jelas bahawa solat adalah wasilah untuk mengingat Allah s.w.t. Dengan mengingat Allah jiwa akan menjadi tenang sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an Surah Ar-Rad: 28). Bagaimanakah untuk mengaitkan solat mampu menguatkan anti bodi seseorang di sudut kesihatannya.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Lembaga Kajian Islam di Amerika, ketenangan jiwa yang didapatkan oleh seseorang setelah melakukan ibadat solat dapat memperkuat anti bodi pada tubuh sehingga mampu mempercepat penyembuhan penyakit. Ini terutamanya penyakit disebabkan oleh lemahnya antibodi seseorang yang disebabkan oleh penyakit rematik.
Dapatan kajian juga menjelaskan rata-rata penyembuhan penyakit akan berlaku keatas pesakit dengan lebih cepat sekiranya mereka dapat melakukan ibadat solat. Ini kerana pesakit yang mendirikan solat jiwanya akan lebih tenang, optimis dan dipenihi oleh iman. Dalam keadaan ini ia dapat meningkatkan aktifnya antibodi dalam badan bagi melawan pelbagai penyakit yang menyerang badan.
Para doktor juga berpendapat bahawa gerakkan-gerakkan dalam solat dapat dijadikan sebagai pengobatan alami bagi orang-orang yang cepat mengalami masalah penuaan. Terutamanya bagi orang yang menghadapi masalah penyakit tulang dan masalah sendi mengering. Di sini peranan pengubatan solat berlaku kerana solat ibarat seseorang itu melakukan riadah.
Allah Hu Akhbar, begitulah keindahan Islam. Semua arahan untuk umatnya melakukan rupanya ada hikmah yang tersembunyi. Marilah kita menjaga ibadah solat yang difardhukan kepada kita sesempurna mungkin.
No comments:
Post a Comment