Monday, 21 October 2013

ALIM Bakal Jadi Kenyataan


 
Pembinaan Akademi Latihan Imam Malaysia (ALIM) bakal menjadi kenyataan pada masa hadapan. YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melakukan lawatan ke tapak cadangan ALIM di Yan, Kedah pada 7 Oktober 2013 yang lalu.
 
Lawatan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan YBrs. Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim serta beberapa orang pegawai daripada Bahagian Kewangan, Jakim.
 
Semasa lawatan tersebut, YB Menteri telah menyatakan persetujuan untuk meneruskan cadangan projek ALIM dan telah bersetuju dengan tapak yang dicadangkan di satu kawasan di antara Ruat dan Tanjung Jaga, Yan, Kedah. Tapak yang berkeluasan 15.89 hektar (39.28 ekar) dan merupakan tanah rizab Melayu ini terletak di tepi jalan utama Pekan Yan ke Singkir, Kedah. Proses perolehan tanah akan dibuat terlebih dahulu sekiranya permohonan peruntukan untuk projek ini diluluskan oleh pihak Kerajaan memandangkan tapak cadangan masih lagi menjadi hak milik individu.
 
ALIM akan memfokuskan latihan khusus kepada para pegawai yang menguruskan masjid di seluruh negara seperti imam, bilal, noja, ahli jawatan kuasa masjid dan sebagainya. Di antara objektif penubuhan ALIM ialah melahirkan pegawai dan jawatankuasa masjid yang kompeten, komited dan berintegriti, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pegawai dan jawatankuasa masjid sejajar dengan hasrat Kerajaan, dan memantapkan sistem pengurusan masjid di seluruh negara. Ini adalah bertepatan dengan fungsi masjid yang bukan hanya sebagai tempat ibadah semata-mata, tetapi sebagai pusat ilmu, budaya dan tamadun Islam, pusat kebajikan dan menjadi syiar kemuliaan Islam.
 
 
 
 
 

MABIMS Mendokumentasikan Sejarah Sempena Ulang Tahun Ke-25

“Suatu bentuk kesepakatan yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga kebajikan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal politik.” Demikian antara tonggak pencetus tertubuhnya Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang dikenali sebagai MABIMS. MABIMS ditubuhkan pada 7 Ogos 1989, hasil daripada Muktamar Ke-4 Menteri-menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi pada 17 hingga 19 Mei 1989.
 
Kini, hampir 25 tahun MABIMS bergerak memacu misi dan visinya untuk kepentingan umat Islam sejagat khususnya di alam Nusantara. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang meniti usia kematangannya. Satu lagi produk MABIMS yang telah direncanakan dan sedang dihasilkan iaitu projek mendokumentasikan segala aktiviti sepanjang 25 Tahun MABIMS.
 
Malaysia telah diberi tanggungjawab menggalas projek dokumentasi ini yang akan diterjemahkan dalam bentuk buku coffee table. Mengorak langkah pertama untuk melahirkan produk ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 25 Tahun MABIMS yang diurusetiakan oleh Bahagian Penerbitan, Jakim  telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2013 bertempat di Hotel Aston, Nilai, Negeri Sembilan.
 
Pertemuan perwakilan dari keempat-empat negara ini, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura bertujuan membincangkan draf awal kandungan buku coffee table yang akan diterbitkan pada tahun 2014. Seramai lima orang perwakilan dari negara anggota MABIMS telah menghadiri mesyuarat ini iaitu dari Negara Brunei Darussalam, Tuan Haji Abdul Rahman bin Mat Zin danTuan Haji Nor Yusof Ain bin Haji Mohd Noor; dari Republik Indonesia, Drs. Agus Sholeh dan Drs. Amran Arifin; dan dari Republik Singapura Tuan Sharin bin Abdul Rahim. Mesyuarat turut dihadiri oleh lapan orang pegawai dari Malaysia.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Mohamed Salleh, Pengarah, Bahagian Penerbitan, Jakim. Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Mohamed Salleh, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim.

Tahniah! Pelantikan Felo Fatwa dan Pengumuman 92 Kenaikan Gred PTAD


Bertempat di Dewan Syura JAKIM telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Lantikan Felo Fatwa oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis yang diadakan bersempena dengan Perjumpaan YB Menteri dengan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Seluruh Negeri. Majlis turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI, Y. Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-pengarah Bahagian di JAKIM.
 
Felo Fatwa diwujudkan hasil inisiatif daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sebagai medium atau platform bagi memperjelaskan isu-isu hukum yang bersifat segera dan semasa dalam media baru, dan membimbing masyarakat dengan pandangan hukum yang disepakati secara jama’ie sama ada secara atas talian, bersemuka atau melalui bahan penulisan.
 
Pada 9 Oktober 2013  Jakim selaku Urus Setia kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah merealisasikan program Felo Fatwa ini sebagai satu pendekatan bagi memastikan umat Islam dibimbing dengan hukum yang berhikmah berasaskan syarak.Berdasarkan kepentingan tugas dan peranan yang akan dilaksanakan ini, inisiatif Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ini telah mendapat persetujuan penuh dan disambut baik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan juga sokongan padu Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Dua (2) orang telah dilantik sebagai Felo Fatwa iaitu Y. Bhg. Tuan Hj. Lokmanulhakim bin Hussaindalam bidangsyariah dan kewangan Islamdan Y. Bhg. Dr. Mohd. Farid bin Mohd Shahrandalam bidang akidah dan pemikiran Islam. Tuan Hj. Lokmanulhakim, berusia 34 tahun merupakan seorang penyelidik daripada International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), berkelulusan Sarjana dalam bidang Syariah (Fiqh) daripada Universiti Islam Madinah. Manakala Dr. Mohd. Farid bin Mohd. Shahran, berusia 42 tahun merupakan Felo Kanan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)  dan berkelulusan Ph.D. dalam bidang akidah dan pemikiran Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Persidangan Jawatankuasa Bertindak (Focal Point) Menangani Gejala Sosial


          Persidangan yang telah diadakan pada 25-27 September 2013 di Eastin Hotel Petaling Jaya, Selangor ini telah dihadiri oleh wakil Jabatan Agama Islam Negeri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan bahagian-bahagian di Jakim. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim. Objektif persidangan adalah untuk membincangkan aktiviti dan program menangani gejala sosial antara Jakim, JAIN, agensi-agensi kerajaan dan NGO seluruh Malaysia. Seterusnya, menerusi pengemblengan keupayaan, kemahiran dan kepakaran secara sistematik dan terancang di antara agensi-agensi tersebut, dapat menyediakan pelan tindakan menangani gejala sosial khususnya dalam isu Anak Tak Sah Taraf.
 
 
TKPPI sedang memberi ucap utama sempena majlis perasmian persidangan
          Sepanjang persidangan berlangsung, terdapat 6 pembentangan kertas kerja yang memfokuskan kepada tema persidangan pada kali pertama ini iaitu Ke Arah Sifar Anak Tak Sah Taraf. Perbincangan merangkumi perkara-perkara berkaitanMaklumat Anak Tak Sah Taraf Mengikut Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Anda Bijak Jauhi Zina(Raudatus Sakinah), Pendidikan dan Rawatan Remaja Hamil Luar Nikah : Perkongsian Pengalaman (Baitul Rahmah), Penguatkuasaan Jenayah Syariah (Salah Laku Seksual): Perkongsian Pengalaman Bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Menangani Isu-Isu dan Permasalahan Anak Tak Sah Taraf Mengikut Undang-Undang Syariah (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) dan Implikasi Anak Tak Sah Taraf Kepada Pembangunan Institusi Kekeluargaan di Malaysia (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
 
Salah seorang penceramah sedang membentang kertas kerja

Wakil daripada BAKA turut berkongsi pandangan
          Di akhir persidangan telah diadakan sesi perbincangan dan cadangan resolusi bagi merumuskan hasil persidangan tersebut.  Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr. Abdul Ghafar bin Surip, Ketua Penlong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti dan Tuan Hj. Mat Radzi bin Hj. Mat Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah.  Adalah diharapkan persidangan ini dapat menggerakkan usaha menangani isu Anak Tak Sah Taraf dengan lebih efisien selaras dengan tuntutan semasa demi melahirkan ummah berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.
 


Date: 
 Oct 18, 2013

Sekat laman web pesong akidah



  • Sekat laman web pesong akidahAntara laman web dikatakan mengelirukan umat Islam.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu menyekat sebarang laman web yang mengandungi unsur memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Pendakwah, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata,  orang ramai juga perlu segera melaporkannya kepada polis atau kementerian sekiranya menemui sebarang laman web mengenai Islam yang mencurigakan.

Menurutnya,   Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai autoriti untuk menyekat laman web seumpamanya.

"Kemungkinan laman web itu, dibangunkan oleh orang biasa atau pihak tertentu bagi memesongkan akidah orang Islam.

"Kerajaan tidak boleh pandang ringan  kerana ia boleh jadi parah dalam diam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kewujudan beberapa laman web menggunakan nama Islam, al-Quran dan ALLAH di mana kandungannya mencurigakan.

Zaharuddin berkata, dalam pada itu, kewujudan laman web itu sepatutnya tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana ia hanya mempopularkannya.

"Manusia ni pelik, benda yang ditegah itulah lagi suka dilakukan.

"Memang ada baiknya disebarkan tetapi akan menyebabkan orang ramai tahu akan perkara itu seterusnya membanyakkan akses kepada laman web berkenaan," katanya.

Menurut beliau, sekiranya  tidak ada kontroversi, maka orang lain tidak akan tahu  mengenai laman web itu kerana memang susah untuk seseorang yang ada laman web mahu orang lain membaca tulisannya.

"Sebab itu, apabila ada sebaran barulah sesebuah laman web itu menjadi hangat," katanya.

Kalimah ALLAH: Malaysia tegah campur tangan asing



Anifah AmanAnifah Aman
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Anifah berkata sebagai sebuah negara berdaulat campur tangan sebegitu akan hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu dalam menyumbang ke arah memastikan kestabilan dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia.
  
"Perkara ini (isu kalimah Allah) sedang didengar di Mahkamah Rayuan dan semua pihak perlu membiarkan kes itu diputuskan berdasarkan kedaulatan undang-undang negara," katanya.
  
Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian.
  
Sokongan terbuka biskop itu mendapat tentangan hebat beberapa kumpulan Islam yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif dan sangat menghina kepada umat Islam serta rakyat Malaysia. - Bernam

Kedudukan Islam dicabar



Kedudukan Islam dicabar
Dari kiri: Gunawan, Aris, Dr Yusri dan Ismail pada sidang media.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - NGO Islam membantah laporan yang dikemukakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Universal di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad berkata, Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) telah menyuarakan pelbagai pandangan balas terhadap kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak Comango.

"Kita juga telah memutuskan untuk menghantar delegasi ke Geneza untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut.

"Hari ini (semalam), gabungan kami ingin mengemukakan memorandum berkenaan isu ini dan akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Penasihat Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kuala Lumpur, Mohd Gunawan Che Ab Aziz dan wakil delegasi NGO, Aris Zawadi Ahmad.

Beliau berkata, Muslim UPRo menanggap kenyataan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean di dalam sebuah portal online yang menafikan dakwaan mengancam Islam, sebagai usaha untuk mengalih perhatian.

"Ini adalah percubaan tidak jujur pihak Comango untuk berdalih dan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar laporan mereka itu.

"Sesiapapun yang merujuk kepada laporan tersebut akan menemukan secara hitam dan putih beberapa kandungan mengancam Islam dan umat Islam di Malaysia," katanya.

Antara kandungan yang dimaksudkan seperti kebebasan beragama, seks luar tabii bukan lagi dianggap jenayah, hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputra dipersoalkan, mempersoalkan enakmen kesalahan jenayah Syariah dan perkara menyentuh kebebasan beragama dan bersuara.

Pada masa sama, Yusri turut menasihati sesetengah pihak agar menghormati keputusan Mahkamah mengenai isu kalimah ALLAH dalam majalah The Herald, 14 Oktober lalu.

"Tindakan mereka seakan mengancam kredibiliti mahkamah sebagai jalan penyelesaian konflik yang semakin tidak dihormati sehingga membuka pintu kepada ancaman kedudukan Islam dan kesejahteraan negara.

"Pembela menyeru agar semua pihak menghormati kebebasan hakim untuk membuat keputusan. Pihak yang berdegil tidak menghormati hakim dan sistem mahkamah harus dikenakan tindakan sewajarnya," katanya

Semenanjung Arab bakal muncul tanah paling subur

Aslani M,20 Okt 2013

KOTA BHARU: Anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutuk utara dan selatan sekarang.

Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.

Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.

Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba’ di mana penduduk negeri Saba’ hidup dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.

Pensyarah Jabatan Matematik UPM, Prof Madya Dr Mat Ropa Ismail berkata, zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang.

“Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak sungai,” katanya ketika membentang kertas kerja pada wacana ilmiah di Al Quran dan Sains di Dewan Teratai hari ini.

Beliau membentang kertas kerja bertajuk “Ayat Al Kauniyyah Dan Keajaiban Alam Kosmos Dan Cakarawala”.

Manakala kertas kerja pertama dibentang Dr Nor Azma Mat Zin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM bertajuk “Penciptaan Manusia Antara Sains dan Al Quran”.

Wacana tersebut dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Perasmian penutup program berkenaan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Datuk Nasuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.

Dr Mat Ropa berkata, penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.

Beliau juga mendakwa Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutuk utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.

Katanya juga Tabu’ sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan kering kontang.

Malah semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.

“Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.

“Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas,” katanya.

Menteri Besar pula berkata, al Quran dan sains tidak boleh dipisahkan, malah kitab itu merupakan mujizat yang diturunkan kepada Rasullah SAW.

Menurutnya juga pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan berpeluang mempelajari lebih banyak penemuan sains dalam al Quran memandangkan mereka sudah mendalami ilmu al Quran

Thursday, 10 October 2013

Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Siri 1: Sistem Mahkamah Syariah OK TAPI Kadar Hukuman KO


Usaha menjadikan Mahkamah Syariah 5 Tahap mungkin akan jadi kenyataan tidak lama lagi. Ini yg diberitahu oleh Menteri Agama semalam dlm perjumpaan dgn Pegawai Tadbir Agama Daerah Seluruh Malaysia. Maknanya Mahkamah Syariah akan setanding dgn Mahkamah Sivil dari segi susun aturnya. Sekarangpun bangunan Mahkamah Syariah pun boleh tahan juga. Cantik dan hebat. Hakimpun hebat2 ramai yg lulusan UIAM dan lainnya. Barisan peguam Syarie rasanya dah ramai juga. Ada pengaruh. Semua ini kita sokong. Tahniah JAKIM melalui Bhg Penyelarasan Undang-Undang Syariah atas usaha yg dilakukan.


Cuma dua perkara (2) yg MESTI diselesaikan juga. Ada hakim hebat, Sistem Mahkamah hebat, barisan peguam hebat TAPI kalau hukuman masih tertakluk 3,5, dan 6 iaitu penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak ebih 5 ribu dan sebat tidak lebih 6 kali sebatan ia dianggap ketinggalan zaman. Penjenayah Syariah rasanya langsung tidak takut atau gerun.Pondanpun boleh ketawa dgn hukuman yg dijatuhkan. 

Satu lagi, jangan lupa jumlah penguatkuasa juga kena ditambah . Sekarang ini Pegawai Penguatkuasa agama Syariah hanya berjumlah 892 orang sahaja seluruh negara. Yg hendak dijaga ialah 17 juta umat Islam. Cuba kira sendiri punya tidak lojik. Memalukan !Kalau mengharapkan penguatkuasa agama utk tagani jenayah Syariah memang perkara mustahil. Utk kawal Syiah yg berjumlah 250 000 orangpun rasanya mereka dah kalah awal2. Mungkin juga takut! Belum lagi geng LGBT dll. Jadi jumlah pegawai penguatkuasa agama kena ditambah berlipat kali ganda lagi. Kalau tidak seramai anggota PDRMpun dpt tambah jadi 10,000 org seluruh negarapun kira ok. 

Hal Islam adalah kuasa negeri. Rasanya kalau negeri tidak mampu pinda Enakment Jenayah Syariah kerana terikat dgn Akta Jenayah Syariah sediaada di Peringkat Persekutuan negeri boleh perkukuh sudut lain. Dlm kes ini negeri boleh lantik Penguatkuasa agama mengikut logik yg boleh diterima oleh aqal. Maka disini telah tioba masanya negeri2 boleh selesaikan perjawatan penguatkuasa agama dahulu. Negeri2 jangan kedekut duit utk lantik pegawai2 penguatkuasa agama. Dlm hal ini kalau negeri lain ada masalah utk bayar gaji pegawai dicadangkan Negeri Selangor boleh mulakan dahulu 

Selangor negeri banyak duit. Simpanan negeri Selangor dimaklumkan lebih 2 billion walau hanya memerintah 5 tahun sahaja. Ini yg diberitahu. Sebagai anak Selangor tulin saya amat bangga dgn pencapaian yg ada. Tidak pernah berlaku sebelum drp ini. Byk hal2 kebajikan telah dibuat dgn duit yg ada. Al Hamdulillah.

Cuma dlm kes ini dicadangkan Selangor guna duit tersebut utk mendaulatkan pelaksanaan Undang2 Syariah. Bukan hdk cadang utk laksana hudud!. Saya tahu memang tidak mampu. Buat menyusahkan fikiran pimpinan dan kerajaan Selangor sahaja. Cuma saya cadangkan buat yg mampu dan logik!.

Hdk sebut sikit di sini, takkan Selangor hanya berpuas hati dgn jumlah 156 orang pegawai penguatkuasa Syariah utk menjaga kedaulatan Islam . 156 orang itu sebenarnya peninggalan kerajaan lama. Tahu tak? Rakyat Selangor berjumlah 5.6 juta orang. Kalau 55% rakyat Selangor Muslim maknanaya penduduk Muslim di Selangor ialah lebih 2.6 juta orang. Apa sangat kita hendak harapkan 156 orang utk jaga 2.6 juta umat Islam! Kalau 2.6 juta org ini kencing ramai2 dan talakan dkt mereka rasanya mati lemas 156 kesemua pegawai penguatkuasa tadi. Itu kalau hdk cakap kasarnya.

Sekarang masa terbaik utk Selangor membuktikan mereka adalah 'model' dlm pentadbiran Islam di negara ini. Pakatan dah memerintah masuk tahun ke enam. Ini masa terbaik kerajaan Selangor utk membuktikannya. Selangor kena tunjukkan mereka serius dgn pelaksanaan Undang2 Syariah. Dgn duit yg ada apa salahnya guna sikit utk memartabatkan pelaksanaan Undang2 Syariah. 

Utk itu dicadangkan, lantik seramai mungkin pegawai penguatkuasa Syariah. Kalau sekarang jumlahnya 156 orang tambah jadi 2500 orang. Lebih cantik lagi terus diwujudkan Jabatan Penguatkuasaan Syariah Negeri. Kalau ini boleh buat rasanya orang akan pandang tinggi dkt negeri Selangor. Jadi 2500 orang ini boleh kita gilir-gilirkan kerja utk menjaga kedaulatan Islam di Selangor termasuk memantau pusat2 maksiat, gerakkan Syaih dll. Hdk harap tutup pusat2 maksiat sediada dah memang tak mampu, yg ini rasanya boleh kot ! Kalau Selangor gagal melakukan perubahan takut orang kata 'SAMA SAHAJA DGN YG DULU'. INI amat bahaya!!

Bab pelaksanaan Undang2 Syariah tanggung jawab semua. siapa sahaja berusaha melakukannya wajib disokong. Kalau semua berusaha keras utk memartabatkan Undang2 Syariah Insyaa Allah satu hari nanti ia akan berjaya juga. Yg penting usaha. Jgn mengalah. Jgn asyik salahkan org lain tak buat itu dan ini. Jgn asyik berpolimik dan berpolitik Kalau kita berjaya laksanakan undang2 Syariah sikit2 Yg untung adalah Umat Islam! Umat Islam akan terpelihara.Islam akan menjadi agama yg berdaulat! Amin!!

Monday, 7 October 2013

Kehebatan iman seekor semut


Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....dan kongsikan kepada yang lain.

*Sumber dari facebook.com

Tuesday, 1 October 2013

Pelajar menengah terlibat pornografi, arak dan zina Harakahdaily, 01 Okt 2013



Kerajaan Selangor mewujudkan berbagai kempen dan program dalam usaha untuk menangani gejala sosial dalam kalangan rakyat. Dr Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri bercakap mengenai perkara itu. Ikuti wawancara Arif Atan dan Saidah Hairan di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, baru-baru ini. 

Harakahdaily: Macam mana SPIES menangani aspek emosi dan sosial? 

Dr Halimah: Emosi dan sosial saling berkait. Anak muda khususnya boleh patut bangunkan negara tetapi ada pula jahanamkan negara. Dia patut jadi buah hati ibu bapanya tapi dia juga sakiti hati orang tua, ambil dadah, zina, rempit, curi barang dan sebagainya.

Itu yang kita cuba tangani dengan menginsankan insan. Sama macam senarai semak. Meter spiritual akan mempengaruhi cara hidup, emosi dan sosial generasi hari ini dan masa depan.

Bina masjid besar, cantik-cantik sebagai contoh mudah. Apa gunanya kalau ahli kariah tidak masuk dan kalau datang pun keluar dari masjid, hati tetap nak marah saja. Macam mana tu? Sampai rumah sambung marah pada isteri dan anak-anak pula. Pergi tempat kerja, gaduh lagi. Ini yang kita cuba hendak bendung dengan berpandukan konsep SPIES (Spiritual, Physical, Intelellectual, Emotional, Social).

Operasi SPIES...

Semua segmen masyarakat terlibat. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK), kepimpinan masjid hinggalah jabatan dan agensi kerajaan. Itu sebab kita masuk kampung. Projek perintis SPIES di kampung ini dapat dilihat di Dun Hulu Kelang, Gombak Setia, Selat Klang.

Dalam masa terdekat di Kampung Sungai Kandis di Parlimen Kota Rajadan Kampung Bukit Kapar pula. Kita laksanakan di kampung yang sudah bersedia mengikuti SPIES. Merekalah yang kemudiannya akan jadi duta SPIES.

Pembangunan insan boleh tangani gejala sosial? 

Gejala sosial wujud sebabnya sistem masyarakat kita tidak mantap dan rapuh. Itu yang jadi sekarang. Sistem nilai kita tunggang terbalik. Orang Melayu, jangankan nilai Islam nilai Melayunya pun cair. Sebabnya jati diri dia begitu pudar sebab itu orang kita tengok macam mana artis sebagai role model.
Mulalah pakai cacak sana, warnakan rambut. Punk, Gothic dan entah apa lagi itu yang diikut sebahagian remaja kita. Sistem nilai yang universal dan murni maknanya orang bukan Islam pun mahu. Apa lagi kita sebagai orang Islam.

Namun, untuk tujuan fokus, saya pilih isu besar tentang buang bayi, jual anak dan berkhalwat bukan muhrim di hotel bajet. Hasilnya, digerakkan "Kempen Anti Zina". Saya fokus tentang zina itu dulu.

Kubur Abu lu'luah pembunuh Saidina Umar Al Khattab


Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh,  Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. 
06.jpg

Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara salah satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. 

Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. 

Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu.


Lihat bagaimana SYIAH mengangkat dia ni? 

Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

Ini adalah wajar kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (بابا شجاع الدين).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan Syiah juga berdoa: “Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah aku bersamanya..”

*Sumber dari facebook Ustaz Nazmi Karim (Original)

Kerjasama Strategik Bagi Program Penempatan Silang JAKIM Dan SPRM

20 September, Jumaat - Satu kerjasama strategik antara dua agensi telah termetrai dibawah Program Penempatan Silang JAKIM dan SPRM bagi memperkukuh jalinan hubungan sedia ada. Ini merupakan program julung–julung kali diadakan di pihak JAKIM dan akan diperluas di masa akan datang.
 
Tujuan utama kerjasama strategik ini dimemeterai adalah bagi mewujudkan kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah pemindahan/perkongsian pengetahuan dan kepakaran selaras dengan usaha pembangunan modal insan pegawai ke arah peningkatan kompentensi dan budaya berprestasi tinggi.
 
Ruang lingkup kerjasama ini adalah melaksanakan Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program) yang merangkumi perkongsian dan pertukaran pengetahuan dan kepakaran dalam aspek pengesanan, penyiasatan dan penyaluran maklumat serta usaha-usaha pembangunan modal insan pegawai bagi kedua-dua pihak.
 
Menurut Ketua Pengarah JAKIM, penempatan silang ini bukan sahaja membantu para pegawai menimba pengalaman dan mempertingkatkan kompetensi masing- masing malah ialah adalah projek perintis bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan. Usaha ini juga membantu memperluaskan laluan kerjaya pegawai – pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam.
 
Program ini melibatkan dua pegawai JAKIM dan dua Pegawai SPRM dimana penempatan silang ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2013 selama setahun. Pegawai – pegawai tersebut adalah :
A)   Siti Razmah binti Idris , ILIM JAKIM
B)   Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof, ILIM, JAKIM  
C)   Ahmad Shafik bin Abdul Rahman, SPRM; dan
D)   Mohamad Nasir bin Mat Jam, SPRM.
 
Majlis menandatangani Kerjasama Strategik ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato’ Zakaria bin Jaffar disaksikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustapha dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul. 
 
 
 

Pelancaran Buku “Mengenal Hakikat Syiah”


Majlis Pelancaran Buku “Mengenal Hakikat Syiah” hasil penulisan Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 September 2013 di Aras 9, Blok D7, Jakim.
 
Majlis ini turut di hadiri oleh Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Mustapa bin Othman, Ketua Pengarah Jakim, Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tan Sri Dato' Syaikh Hj Ismail bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan warga Jakim.
 
Buku ini memuatkan koleksi tulisan Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh mengenai fahaman Syiah. Antara tajuk-tajuknya ialah Sejarah Perkembangan Syiah Dan Perkaitannya Dengan Ahli Bait, Ahlu Bait Menurut Pandangan Sunah dan Syiah, Fahaman Syiah Jauh Bercanggah Dengan Ahli Sunnah, dan lain-lain. Salah satu tulisan merupakan artikel yang diterjemahkan daripada tulisan asal berbahasa Arab oleh Syekh Mahmood Sa’ad Nasih.
 
Buku ini dipersembahkan untuk bacaan awam yang ingin mengenali apa itu fahaman Syiah dan mereka yang prihatin terhadap perkembangan Syiah yang semakin nyata gerak sarafnya sejak akhir-akhir ini. Buku yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri ini telah dicetak untuk edaran percuma kepada orang ramai. Sidang media turut diadakan sejurus selepas Majlis Pelancaran Buku tersebut.
 
 
Antara tetamu dan pihak media yang hadir
 
 
 
 
 

Blue Ocean Strategy : JAKIM dan IPTA


Pada Perhimpunan Bulanan Jakim pada 20 September 2013 yang lepas telah berlangsungnya satu acara Majlis Penyerahan Hasil Kajian Al-Ash’ari Dan Asha’irah Di Nusantara : Sejarah Dan Terjemahan Teks” daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada Jakim. Penyerahan kajian oleh wakil penyelidik UKM, Profesor Dato’ Zakaria bin Stapa kepada YBhg. Dato’ Mustapa bin Othman, Ketua Pengarah Jakim. 
 
Kajian Al-Ash’ari Dan Asha’irah Di Nusantara ini telah dilaksanakan oleh Panel Penyelidik Dari UKM yang terdiri daripada Dr. Abdul Rahman bin Mahmood, Dr. Indriaty binti Ismail, Dr. Wan Fariza Alyati binti Wan Zakaria, Encik Mohd Faizul bin Azmi, Encik Mohd Haidhar bin Kamarzaman dan diketuai oleh Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa.
 
Antara objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan Imam Al-Ash’ari dan aliran Asya’irah dalam sejarah Islam dan sejarah perkembangan di Nusantara. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengetengahkan usul-usul akidah serta pegangan yang terkandung di dalam kitab al-luma’ dan al-istihsan.
 
 
 

BONGKAR!!! Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini [SAKSIKANLAH...]



Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid An-Nabawi.

Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?


Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.



Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?



Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian.



Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.



Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com)



Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan.



Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.