Friday, 28 October 2011

Bangsa Melayu Akan Pupus !

'Bangsa Melayu akan pupus". Bunyinya agak kasar tapi fakta membuktikan segala-galanya. Orang Melayu menjadi juara dalam perkara-perkara yang tidak baik. Menagih dadah, jarang sangat yang akan sembuh kecuali ubatnya mati sahaja. Angka-angka di bawah adalah angka yang menunjukan mereka yang akan menjadi mayat . Hanya faktor masa sahaja yang akan menentukan   bila mereka akan menjadi mayat. Namun, sebelum mereka menjadi mayat sebenar sekarang ini sebahagian besar mereka telah menjadi mayat-mayat bernyawa.  Rupanya ramai yang duduk dalam tahanan dan sebahagian besar yang masih bebas adalah mayat-mayat bernyawa. Oh, malangnya bangsaku  !                      

                       Statistik Dadah Mengikut Bangsa Tahun 2006-2010
BANGSA
TAHUN
JUM
2006
2007
2008
2009
2010
Melayu
15849
10522
9562
13705
18693
68331
Cina
3632
1966
1438
951
2279
10266
India
2427
1653
1090
942
2037
8149
Pribumi Sabah
539
236
150
56
456
1437
Pribumi Sarawak
99
29
17
23
29
197
Lain-Lain
265
83
95
59
148
650
JUMLAH BESAR
22811
14489
12352
15736
23642
89030


Berapa banyak duit kerajaan diguna untuk membela mereka di pusat-pusat pemulihan. Kalau duit itu kita guna untuk membina masjid dan sekolah agama sudah tentu banyak bangunan sekolah agama baru dan masjid baru dapat didirikan. Mereka adalah contoh kesan dan akibat orang yg  gagal ke sekolah agama dan tidak menjejakkan kakinya di masjid-masjid. Maka terimalah hukuman Allah .

Buang Bayi Macam buang Sampah. Hinanya Manusia !

Setelah puas buat maksiat, maka berlakulah kes mengandung luar nikah. Yang agak bertanggungjawab mereka telah   menyelamatkan bayi-bayi yang dikandungnya tanpa   pertalian nikah ini dengan membelanya atau diserahkan kepada pihak lain. Namun ada yang telah hilang pertimbangan dan kewarasan lalu membunuh dan membuangnya. Maka semakin banyaklah dosa yang ditanggungnya iaitu dosa berzina dan seterusnya membunuh.    Bila lihat statistik di bawah, terasa amat sedih. Rupanya manusia zaman sekarang sudah hidup sama seperti di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam atau mungkin lebih teruk lagi. 


           Statistik Pembuangan Bayi Mengikut Negeri
                                  Tahun 2009-2010

NEGERI
2009
2010
PULAU PINANG
5
9
KEDAH
3
4
PERLIS
1
0
PERAK
7
7
SELANGOR
16
21
KUALA LUMPUR
0
6
NEGERI SEMBILAN
8
5
MELAKA
0
5
JOHOR
11
10
PAHANG
6
3
TERENGGANU
1
3
KELANTAN
4
4
SABAH
12
6
SARAWAK
5
8
JUMLAH
79
91


Pastinya bayi-bayi tidak berdosa ini akan menuntut haknya di akhirat kelak.Bagaimana agaknya jawapan manusia yang tidak bertanggung jawab ini apabila bertemu dengan bayi-bayi malang ini di akhirat kelak

Thursday, 27 October 2011

Dadah Oh Dadah Bilalah Hendak Terhapus ?

Isu dan masalah dadah masih tidak kunjung padam. Semua pihak pening memikirkan perkara ini. Berpuluh tahun isu ini telah berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian. Berapa banyak agaknya wang kerajaan telah dihabiskan untuk menangani masalah ini. Mungkin Billion ringgit ! Apa yang berlaku penagih tetap ramai, Jumlah pusat Serenti makin bertambah, bangunan AADK semakin tinggi. Namun jumlah penagih tetap wujud dan terus wujud. Data di bawah menunjukkkan apa yang sebenarnya berlaku. Sebenarnya bagi setiap kes tangkapan masih ada 5 orang penagih yang masih berkeliaran di luar sana. Jadi berapa jumlah agaknya. Mohon kira sendiri

Statistik Jumlah Penagih Dadah Mengikut Negeri Tahun 2006 – 2010

NEGERI
TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
Johor
2329
2004
1512
1633
2091
Kedah
2634
1604
1749
2016
2507
Kelantan
2243
884
672
1902
2360
Melaka
619
313
367
327
176
Negeri Sembilan
624
826
602
919
921
Pahang
768
378
361
1064
1198
Perak
2545
1194
1598
1121
2296
Perlis
289
147
171
302
354
Pulau Pinang
5127
3433
1622
2255
3753
Sabah
846
217
119
99
517
Sarawak
712
184
51
76
145
Selangor
1836
1409
1176
1864
3548
Terengganu
202
127
490
481
2377
Kuala Lumpur
2018
1756
1828
1635
1344
Labuan
19
6
19
21
10
Putrajaya
0
7
15
21
45
JUMLAH
22811
14489
12352
15736
23642
JUMLAH KESELURUHAN
89030


Namun setelah berpuluh tahun program membasmi dadah ini berjalan nampaknya masih tidak ada satupun Pusat rawatan di kendalikan menurut cara Islam. Yang adapun, itu milik pihak swasta yang serba kekurangan. Macam tidak percaya sahaja Islam ada kaedah utk merawat masalah penagihan ? Inilah masalah pihak penguasa yang sentiasa tidak percaya Islam adalah penyelesai masalah Ummah. Agaknya sampai hendak tunggu semua orang jadi penagih baru terfikir hendakan Islam?