Wednesday, 6 November 2013

Masuk Islam setelah temui rahsia sujud solat



Ahli neurologi, Dr. Fidelma O'Leary berasal dari Amerika Syarikat mendapat hidayah untuk memeluk Islam kerana kajiannya terhadap saraf otak manusia. Ketika membuat penelitian, terdapat beberapa urat saraf manusia yang tak dimasuki darah. Untuk berfungsi secara normal, setiap inci otak manusia perlu kepada pengaliran darah.

Dia berminat untuk terus mengkaji. Kajiannya tak sia-sia setelah lama mengkajinya. Dia menemui kesimpulannya, ternyata darah tidak akan sempurna memasuki urat saraf otak kecuali ketika seseorang sujud ketika solat.

Urat saraf tersebut memerlukan darah untuk beberapa ketika sahaja, iaitu darah akan memasuki bahagian urat saraf tersebut dengan mengikuti waktu solat. Sujud yang thomaninah akan dapat mengalirkan darah yang kaya dengan oksigen ke otak. Ia mempengaruhi kecerdasan dan daya fikir seseorang.

Dr Fidelma semakin berminat tentang solat dan Islam. Dia mendalami melalui buku-buku berkaitan Islam serta berbincang bersama rakan-rakan muslimnya. Akhirnya hatinya terbuka untuk menerima Islam.

By rosiisma on 05 November 2013 

Monday, 4 November 2013

Jakim Menyertai Delegasi Negara Ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) Di Geneva, Switzerland

“Saya ingin menjelaskan kepada ahli sidang sekalian bahawa, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dalam Perlembagaan Malaysia juga menegaskan bahawa Raja-raja Melayu merupakan ketua agama bagi setiap negeri dengan penuh hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif.”

 
Demikian ucapan pembukaan yang tegas daripada Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam Universal Periodic Review atau Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pusingan Kedua Malaysia di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013 baru-baru ini. Turut hadir ialah wakil tetap JAKIM dalam hal ehwal triti dan konvensyen antarabangsa, iaitu Nik Muhd Marzuki bin Muhd Nor daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
 
Bagi mewakili Islam dan kepentingan ummah Islam di Malaysia, JAKIM berada di Geneva, Switzerland dan bekerjasama rapat dengan agensi lain selama 10 hari, iaitu dari 21 Oktober 2013 sehingga 30 Oktober 2013.
 
UPR ialah proses melibatkan semakan terhadap rekod hak asasi manusia dalam kalangan 193 negara ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Ia dijalankan oleh Kumpulan Kerja UPR yang merangkumi 57 negara ahli Majlis Hak Asasi; namun negara ahli PBB boleh melibatkan diri dalam perbincangan dan dialog berhubung negara yang disemak berdasarkan tiga sumber, iaitu Laporan Negara, Laporan PBB dan Laporan Masyarakat Madani atau CSO(Civil Society Organizations), seperti COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process). Semua negara telah menjalani Pusingan Pertama UPR. Pusingan Kedua UPR bermula sejak Mei 2012.
 
Dalam sesi kedua tersebut, Delegasi Malaysia yang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) bersama JAKIM, Jabatan Peguam Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), SUK Sarawak dan agensi lain telah memberi maklum balas terhadap isu-isu yang menyentuh bidang kuasa agensi masing-masing. Antara isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama ialah isu kalimah Allah, kebebasan beragama, murtad, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender) dan undang-undang keluarga Islam.
 
Manakala, terdapat sembilan (9) syor baharu daripada negara ahli PBB yang memerlukan maklum balas khusus JAKIM untuk Pusingan Ketiga UPR Malaysia yang akan datang. Antaranya ialah mengenai inter-religious dialogue, kebebasan beragama, Syiah dan LGBT.
 
Y.Bhg. Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dalam kenyataan medianya baru-baru ini turut menyatakan akan memperhalusi dan mempertimbangkan syor-syor di atas selagi mana tidak bercanggah dengan Syariah dan Perlembagaan Persekutuan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa parameter ini juga bertepatan dengan Deklarasi Keherah Hak Asasi Manusia Islami (CDHRI, 1990) dan pendirian negara semasa meratifikasikanthe Convention on Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW).
 
JAKIM mengucapkan terima kasih kepada Ketua Delegasi Malaysia, iaitu Y.Bhg. Dato’ Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Bahagian Hal Ehwal Multilateral, Kementerian Luar Negeri yang telah memberi peluang kepada JAKIM untuk turut serta dalam misi pada kali ini. Penghargaan juga dirakamkan kepada Penganti Ketua Delegasi Malaysia, iaitu TYT Dato’ Mazlan bin Muhammad, Wakil Tetap di Misi Tetap Malaysia ke PBB yang telah memberikan kerjasama dan kemudahan logistik sepanjang Semakan UPR berlangsung. Dengan kejayaan misi ini, peranan JAKIM di peringkat antarabangsa semakin terserlah dan diperlukan pada masa akan datang.
 
Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Jakim sedang menyampaikan pendirian Malaysia berkaitan isu-isu agama.
 
Dewan Persidangan Semakan UPR
 
Ruangan Legar di Majlis Hak Asasi Manusia, Palais des Nations, PBB
 
Semakan rekod hak asasi bagi Malaysia yang berlangsung selama 3 jam 30 minit
 
Delegasi Malaysia bersama Dato' Ho Mei Yong; Ketua Delegasi Malaysia   
 
 
Sumber Oleh : Nik Muhd Marzuki Hj. Muhd Nor
                       Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI)

Friday, 1 November 2013

EKSPEDISI KASIH QURBAN & AQIQAH KE KEMBOJA & VIETNAM TAHUN 2013

Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jakim dengan kerjasama Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) telah berjaya mengadakan Ekspedisi Kasih Qurban & Aqiqah ke  Kemboja & Vietnam  pada 16 hingga 20 Oktober 2013 bersamaan 11 hingga 15 Zulhijjah 1434H.  Ekspedisi ini diketuai  oleh Y.Bhg Tn Hj Paimuzi bin Yahya Yang Di Pertua PKPU dan telah disertai oleh seramai 123 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan juga golongan pesara kerajaan. Ekspedisi ini adalah merupakan ekspedisi yang kelima semenjak dari tahun 2009.

Para peserta ekspedisi selain dari ahli PKPU adalah terdiri dari kakitangan Yayasan Taqwa MAIWP, Jabatan Agama Johor, Bank Simpanan Nasional (BSN), Majlis Sukan Negara (MSN), Masjid Muhammadi Angkasapuri, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM), Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR), Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI), Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM), JW United Sdn Bhd dan Percetakan Nasional Berhad (PNB). Kebanyakan para peserta ekspedisi tersebut adalah mewakili agensi masing-masing dalam menyediakan sejumlah sumbangan dana bagi menjayakan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja dan Vietnam pada kali ini. Rakan-rakan media dari Bahagia Media Jakim, TV Al-Hijrah dan Utusan Malaysia juga turut membuat liputan di sepanjang perjalanan ekspedisi ini.

Misi utama ekspedisi ini adalah untuk membawa harapan dan hasrat rakyat Malaysia yang berhajat untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja dan Vietnam. PKPU telah berjaya melaksanakan korban dan aqiqah di Kemboja dan Vietnam sebanyak 317 ekor lembu dan 38ekor kambing. Wakil Yayasan Taqwa telah menyumbangkan wang tunai  berjumlah RM15,000 kepada imam-imam masjid dan golongan miskin.  Pelbagai agensi telah menyumbang sebanyak 92 buah pam air bagi kegunaan masyarakat di pedalaman Kemboja dan Vietnam.Di samping itu, PKPU turut menyampaikan sumbangan untuk pembinaan Kompleks Pendidikan CMIA yang berjumlah RM60,000.00.

Secara keseluruhannya ekspedisi ini telah diselaraskan oleh Y.Bhg Ustaz Mohamad Farid Hosen selaku Executive Chairman CMIA. Beliau telah banyak membantu memastikan kelancaran semua aktiviti yang disusun di Kemboja dan Vietnam terutama yang melibatkan aktiviti ibadah korban dan aqiqah serta pelbagai bentuk bantuan yang telah disampaikan kepada pihak yang memerlukan di Kemboja dan Vietnam. Para peserta ekspedisi sangat berpuas hati dengan Ekspedisi Kasih Qurban & Aqiqah ke  Kemboja & Vietnam Tahun 2013. Semoga segala matlamat dan objektif yang telah dirancang tercapai serta mendapat keredaan Allah SWT.

Hari Bersejarah Turki, 4 Ahli Parlimen Wanita Bertudung Ke Parlimen


Empat ahli parlimen wanita dari parti pemerintah Islam Turki memakai tudung kepala Islam di Parlimen pada hari Khamis lalu dalam cabaran kepada tradisi sekular di negara ini.

Parti lawan sekularis hanya mampu sekadar membuat bantahan lemah dan tidak bermaya,jauh dari kejadian huru-hara pada tahun 1999, kali terakhir MP wanita memakai tudung kepala di parlimen.

Tudung kepala adalah simbol emosi di Turki, dilihat oleh golongan sekular sebagai lambang politik Islam dan rupa gaya dalam kehidupan awam sebagai satu penghinaan kepada Turki asas sekular Republik itu yang ditubuhkan oleh pengasas bapa sekular Mustafa Kemal Ataturk.

Tiada sekatan tertentu pada memakai tudung kepala di Parlimen . Tetapi tentangan dari golongan sekular serta larangan dalam institusi negeri yang lain, yang telah ditarik balik pada bulan ini, pernah menghalang wanita daripada memakai mereka.

"Kita akan menyaksikan permulaan era yang penting dan kami akan memainkan peranan utama , kita akan menjadi standard - pembawa , ini adalah amat penting," Nurcan Dalbudak , kata salah satu daripada empat ahli parlimen AKP , sebelum menghadiri Parlimen.

Pembangkang utama Turki dan Parti sekular Rakyat Republikan (CHP ), berkata ia akan membuat tentangan dan bantahan.

Tindakan penggubal undang-undang ' berlaku hanya beberapa minggu selepas AKP mengangkat larangan dekad - lama di wanita yang memakai tudung kepala di institusi kerajaan sebagai sebahagian daripada pakej pembaharuan kerajaan mengatakan adalah bertujuan untuk meningkatkan demokrasi.

Tetapi perdebatan pergi ke tengah-tengah ketegangan antara golongan elit agama dan sekular, satu garis salah dalam kehidupan masyarakat Turki.

Monday, 21 October 2013

ALIM Bakal Jadi Kenyataan


 
Pembinaan Akademi Latihan Imam Malaysia (ALIM) bakal menjadi kenyataan pada masa hadapan. YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melakukan lawatan ke tapak cadangan ALIM di Yan, Kedah pada 7 Oktober 2013 yang lalu.
 
Lawatan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan YBrs. Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim serta beberapa orang pegawai daripada Bahagian Kewangan, Jakim.
 
Semasa lawatan tersebut, YB Menteri telah menyatakan persetujuan untuk meneruskan cadangan projek ALIM dan telah bersetuju dengan tapak yang dicadangkan di satu kawasan di antara Ruat dan Tanjung Jaga, Yan, Kedah. Tapak yang berkeluasan 15.89 hektar (39.28 ekar) dan merupakan tanah rizab Melayu ini terletak di tepi jalan utama Pekan Yan ke Singkir, Kedah. Proses perolehan tanah akan dibuat terlebih dahulu sekiranya permohonan peruntukan untuk projek ini diluluskan oleh pihak Kerajaan memandangkan tapak cadangan masih lagi menjadi hak milik individu.
 
ALIM akan memfokuskan latihan khusus kepada para pegawai yang menguruskan masjid di seluruh negara seperti imam, bilal, noja, ahli jawatan kuasa masjid dan sebagainya. Di antara objektif penubuhan ALIM ialah melahirkan pegawai dan jawatankuasa masjid yang kompeten, komited dan berintegriti, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pegawai dan jawatankuasa masjid sejajar dengan hasrat Kerajaan, dan memantapkan sistem pengurusan masjid di seluruh negara. Ini adalah bertepatan dengan fungsi masjid yang bukan hanya sebagai tempat ibadah semata-mata, tetapi sebagai pusat ilmu, budaya dan tamadun Islam, pusat kebajikan dan menjadi syiar kemuliaan Islam.
 
 
 
 
 

MABIMS Mendokumentasikan Sejarah Sempena Ulang Tahun Ke-25

“Suatu bentuk kesepakatan yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga kebajikan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal politik.” Demikian antara tonggak pencetus tertubuhnya Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang dikenali sebagai MABIMS. MABIMS ditubuhkan pada 7 Ogos 1989, hasil daripada Muktamar Ke-4 Menteri-menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi pada 17 hingga 19 Mei 1989.
 
Kini, hampir 25 tahun MABIMS bergerak memacu misi dan visinya untuk kepentingan umat Islam sejagat khususnya di alam Nusantara. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang meniti usia kematangannya. Satu lagi produk MABIMS yang telah direncanakan dan sedang dihasilkan iaitu projek mendokumentasikan segala aktiviti sepanjang 25 Tahun MABIMS.
 
Malaysia telah diberi tanggungjawab menggalas projek dokumentasi ini yang akan diterjemahkan dalam bentuk buku coffee table. Mengorak langkah pertama untuk melahirkan produk ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 25 Tahun MABIMS yang diurusetiakan oleh Bahagian Penerbitan, Jakim  telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2013 bertempat di Hotel Aston, Nilai, Negeri Sembilan.
 
Pertemuan perwakilan dari keempat-empat negara ini, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura bertujuan membincangkan draf awal kandungan buku coffee table yang akan diterbitkan pada tahun 2014. Seramai lima orang perwakilan dari negara anggota MABIMS telah menghadiri mesyuarat ini iaitu dari Negara Brunei Darussalam, Tuan Haji Abdul Rahman bin Mat Zin danTuan Haji Nor Yusof Ain bin Haji Mohd Noor; dari Republik Indonesia, Drs. Agus Sholeh dan Drs. Amran Arifin; dan dari Republik Singapura Tuan Sharin bin Abdul Rahim. Mesyuarat turut dihadiri oleh lapan orang pegawai dari Malaysia.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Mohamed Salleh, Pengarah, Bahagian Penerbitan, Jakim. Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hamid bin Mohamed Salleh, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim.