Pendahuluan
Amalan berselawat ke atas
Baginda Rasulullah S.A.W adalah amat dituntut oleh Syariat Islam. Perintah
melakukan amalan berselawat terdapat di dalam al Qur’an dan Sunnah Rasulullah
S.A.W. Amalan berselawat mempunyai banyak kelebihan bagi pengamalnya.
Definisi
Dari segi Bahasa: Bermakna
doa, rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah.
Dari Segi Syarak: Mengakui
kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan
ke atas Baginda SAW.
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam
sesuai dengan firman Allah SWT:
Maksudnya
: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu
ke atas NAbi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Azhab: 56)
Kesimpulannya, berselawat itu
ada perbezaan takrifannya. Jika daripada
Allah (terhadap hamba-Nya yang beriman) bererti memberi rahmat. Jika daripada malaikat bererti meminta
keampunan Allah dan jika daripada orang beriman bererti doa kesahteraan
seperti:
“Ya Allah limpahkanlah
rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW.”
Kelebihan Berselawat
1.
Ia merupakan salah satu amalan paling utama.
2.
Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3.
Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan
akhirat serta syafaat Nabi SAW.
4.
Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5.
Selamat daripada huru-hara hari kiamat.
6.
Menjadi penyebab hajat, doa, dan amalan baik
diterima Allah.
7.
Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas
daripada perhisaban yang rumit.
8.
Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak
mampu bersedekah.
9.
Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta
mendampingi Baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan
di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas segala
yang mendukacitakan.
Hadith Tentang Kelebihan Berselawat
Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari
kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya
Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapus-kan daripadanya
sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.”
(Riwayat Ahmad, al-Nasa’I dan al-Hakim daripada Anas r.a)
“Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200
selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun.”
(Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a)
“Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi dan sepuluh
kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda’ r.a)
“Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya
selawat itu sampai kepadaku.”
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a)
Masa dan Tempat Dianjurkan Berselawat
Umat Islam digalakkan memperbanyak selawat ke atas Nabi
SAW, terutama pada waktu dan tempat berikut:
o
Sesudah laungan azan
o
Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid
o
Dalam solat jenazah
o
Dalam takbir-takbir Hari Raya
o
Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam
solat
o
Pada awal dan akhir bacaan doa, sesuai dengan hadis
riwayat al-Tirmizi yang bermaksud:
“Bahawa
doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit
sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi SAW.
o
Pada khutbah dan semasa bacaan doa Qunut
o
Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW
o
Tiap pagi, petang , ketika mengadakan majlis
ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.
RAWATAN
Pelbagai jenis selawat boleh
digunakan sebagai kaedah Ilaj untuk penyakit jasmani dan rohani.
Selawat-selawat ini telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat, dan
menjadi amalan para solehin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa
terpaut kepada Allah dan Rasul-Nya.
Berikut ini diutarakan
beberapa jenis selawat yang mashyur dan diamalkan secara meluas sejak
zaman-berzaman:
1.
Selawat
Munjiah (Penyelamat)
Ia diamalkan selepas selesai solat fardu dan boleh
dijadikan wirid harian. Akan dijauhkan
segala bala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada masa-masa yang
genting, insya-Allah. Selawatnya ialah;
2. Selawat
Tafrijiyah
Diamalkan 11 kali selepas tiap solat fardu; 41 kali selepas
solat Subuh, atau 313 kali pada setiap hari.
Fadilatnya: Mustajab segala doa, meluaskan rezeki. Dijauhkan bahaya dan
menghilangkan segala dukacita. Selawatnya ialah;
3. Selawat
al-Fatih
Ia menjadi amalan waliyullah agung, Sheikh Abdul Qadir
Jailani. Diamalkan bacaannya sebanyak
mungkin setiap hari. Insya-Allah
tercapai segala hajat, dihilangkan kesusahan, dan menolak segla yang buruk.
Selawatnya ialah;
4. Selawat Nur
Insya-Allah, apabila menjadi amalan harian, diluaskan pintu
rezeki, ditunaikan hajat dan dijauhkan segala bala bencana. Selawat ini lebih dikenali sebagai Selawat
Badawi. Selawatnya ialah;
15.
Selawat
Syifa (Pengubatan / Kesembuhan Penyakit / Tibi)
No comments:
Post a Comment