Monday 18 July 2016

Hampir 65 NGO berhimpun tanda sokong RUU355



KUALA LUMPUR: Isu Rang Undang-undang 355 (RUU 355) merupakan adalah satu isu yang tidak semudah yang disangka, demikian kata Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya.

Katanya ia menjadi sukar kerana banyak halangan dan tentangan daripada dua golongan ini iaitu golongan yang menentang Islam dan golongan Islam yang berfikiran liberal.

"Daripada 132 orang Melayu yang diberi mandat untuk bersuara di parlimen, tidak kesemua menyokong RUU355 ini," katanya pada majlis Himpunan NGO-NGO Islam, sempena sambutan Aidil Fitri yang sedang berlangsung di dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Justeru itu, beliau mencadangkan Kongres Rakyat bersama gandingan pimpinan perlu duduk bersama bagi membincangkan isu tersebut.

"Guna segala kemampuan dan kepakaran kita untuk menyampaikan maklumat RUU355," katanya.

Hampir 65 badan bukan kerajaan hari ini berhimpun untuk bersama-sama menyatakan tanda sokongan terhadap pelaksanaan RUU355. –HARAKAHDAILY 17/7/2016

No comments:

Post a Comment