TURKI adalah "the sick man" (Lelaki yang sakit), demikianlah gambaran yang kami pelajari di sekolah dahulu. Dan Eropah hendak membagi-bagi warisan "the sick man" dengan maksud menampakkan kelemahan Islam.
Turki yang mewakili kebesaran Islam digambarkan oleh mereka sebagai sosok yang rapuh bagaikan laki-laki yang sakit. Pada saat itu Mustafa Kamal Ataturk menjadi salah seorang panglima pasukan Turki di di Palestin. Dia mengadakan persekongkolan dengan Allenby, panglima pasukan Inggeris. Allenby menawarkan misi rahsia kepada Attaturk iaitu "jika kamu mahu membantu kami memukul mundur pasukan Turki, maka akan kami serahkan Turki kepadamu sesudah negara tersebut kami kalahkan".
Dan sungguh Mustafa Kamal membuka pintu masuk Palestin kepada tentera Inggeris yang dipimpin Allenby masuk melalui daerah penjagaannya. Lalu dengan mudah pasukan Allenby menggempur pertahanan belakang pasukan keempat Turki. Dan pada tarikh 17 September 1917 mereka dapat memasuki kota Al Quds. Dalam pertempuran tersebut mereka berjaya menawan 100,000 tentera Turki. Maka selepas kemenangan Allenby, dia berkata dengan puas, "sekarang berakhir perang salib".
Inggeris benar-benar menepati janjinya kepada Mustafa Kamal. Sesudah Turki jatuh dan tentera bersekutu berjaya menguasai Istanbul, Inggeris menyerahkan Turki kepada Mustafa Kamal, melalui perundingan "Luzon" antara kedua-dua belah pihak yang berlangsung selama 3 bulan sejak November 1922 hingga Februari 1923. Pihak Inggeris diwakili oleh Lord Ccrizon Menteri Luar Negeri sedangkan dari pihak Turki adalah Ismail Inonu pembantu Mustafa Kamal.
Ada empat syarat yang diajukan pihak Inggeris kepada wakil Turki dalam rundingan ini:
Harus bersedia menjatuhkan khilafah.
Usaha apapun yang bermaksud menegakkan kembali khilafah harus ditumpas.
Harus bersedia mengambil undang-undang Eropah untuk menggantikan undang-undang Islam.
Harus bersedia memerangi syiar-syiar Islam.
Ismat Inonu menandatanganinya dan kemudian Inggeris menyerahkan Turki kepada Mustafa Kamal. Mustafa Kamal seterusnya berjaya menjadi Presiden Turki. Lalu dia menjalankan syarat-syarat yang diajukan oleh Inggeris kepadanya. Tak ragu lagi tokoh pengkhianat ini "menumbangkan" Islam dengan melarang penduduk Turki mengenakan pakaian muslim di pasar-pasar, para polisi merobek-robek baju Muslim yang dikenakan rakyat Turki dan melepas paksa burdah yang dikenakan wanita muslim. Melarang perbualan, membaca dan menulis dalam bahasa arab, melarang warga Turki pergi haji dan umrah ke Makkah, melarang para pegawai kerajaan melaksanakan solat berjamaah, merubah Masjid Aya Shofia masjid terbesar dan terindah di Turki menjadi bangunan muzium, memaksa penduduk Turki memakai topi ala Eropah dan melarang memakai tarbusyi (songkok) dan serban turki, melarang pemakaian hithah dan ighal jenis ikat kepala yang menjadi ciri bangsa Arab.
Selain kerosakan besar yang dbuat Mustafa tersebut seperti di atas, maka Inggeris membuat pelbagai sandiwara perang yang menaikkan nama Mustafa Kamal di mana dia diletakkan sebagai penyelamat bagi bangsa Turki. Bersama pasukannya menggempur tentera Yunani. Tentera Bersekutu diam dan tidak mengeluarkan reaksi apapun. Jadi nyatalah bahawa ini hanya sandiwara belaka.
Mustafa Kamal tampil tab 'pahlawan, dia berhasil membuat rakyatnya menganggap dia berjaya memukul mundur musuh yang hendak melakukan pencerobohan ke wilayah Turki. Setelah khilafah jatuh pada tanggal 3 Mac 1942, orang-orang Eropah mengatakan, "Ada satu masalah penting yang tidak mungkin kami diamkan dan abaikan dalam keadaan yang bagaimanapun jua. Yakni usaha kaum musllimin menegakkan kembali kekhilafan Islam. Rencana apapun atau kelompok manapun yang mengajak umat Islam untuk menegakkan kembali kekhilafahan Islam di permukaan bumi harus ditumpas habis-habisan...!
No comments:
Post a Comment