Friday, 24 July 2015

Darul Quran JAKIM Anjur Simposium Tahfiz Nusantara


DSC_8437

Darul Quran, JAKIM telah menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara dan Multaqa Huffaz Kali ke-4 yang berlangsung pada 1-3 jun 2015 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Program yang dianjurkan dengan kerjasama ILIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu telah dirasmikan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha dan Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Y. Bhg. Dato’ Hj. Razali bin Sahabudin.
Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang terpilih untuk mengikuti simposium selama 3 hari 2 malam ini, kerana banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikongsi bersama tokoh-tokoh dalam bidang Tahfiz dari dalam dan luar negara.
Seramai 200 orang peserta dari seluruh Malaysia dan Nusantara seperti Negara Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura yang terdiri daripada Pengetua-pengetua Ma’ahad Tahfiz Negeri, Pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Al-Quran serta pegwai-pegawai yang berlatar-belakangkan pendidikan tahfiz telah mencurahkan pelbagai idea dan pandangan disempanjang simposium berlangsung.
Bersempena dengan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara kali ini, Darul Quran turut menganjurkan Multaqa Huffaz yang mana penganjurannya akan masuk kali ke-4 bagi tahun 2015. Program ini bakal menghimpunkan semula para huffaz dari dalam negara yang mahir dan memiliki kepakaran dalam pelbagai displin ilmu khususnya pembangunan pendidikan tahfiz al-Quran untuk memberi pandangan berkaitan institusi tahfiz di Malaysia dan seterusnya merangka hala tuju Dewan Huffaz Kebangsaan.
Majlis Penutup Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara ini telah disempurnakan oleh Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Y. Bhg. Dato’ Hj. Razali bin Sahabudin pada 3 Jun 2015.
Sumber: Laman Web JAKIM

JAKIM lancarkan Dasar Dakwah Negara


 

Baru-baru ini sempena kedatangan Ramdhan Jakim telah menjayakan Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan 1436H/ 2015M Peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Dasar Dakwah Negara bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Majlis ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dan telah disempurnakan perasmian pelancarannya oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
Program ini merupakan gabungan 2 majlis utama iaitu Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan 1436H/ 2015M Peringkat Kebangsaan dan Majlis Pelancaran Dasar Dakwah Negara. Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan merupakan program tahunan Jabatan bertujuan mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara Jakim dengan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di samping itu, majlis ini menjadi medan informasi, nasihat dan peringatan mengenai hal ehwal berkaitan ibadah puasa dan perkara-perkara wajib ditunaikan sepanjang bulan Ramadan. Majlis Pelancaran Dasar Dakwah Negara (DDN) pula diadakan bagi memberi penjelasan mengenai DDN dan Pelan Tindakan Dakwah Negara (PTDN) kepada Panel Pemikir Dakwah Negara (PPDN) dan Ahli Jawatankuasa Induk Dakwah Negara (JIDN) yang telah dilantik. Sebagai kemuncak kepada pengisian majlis ini, YB Menteri di JPM telah menyempurnakan upacara perasmian pelancaran Program Ihya' Ramadan 1436H/ 2015M Peringkat Kebangsaan melalui penyampaian sumbangan bantuan Ihya' Ramadan, Pengimarahan, Kebersiahan dan Keceriaan Masjid, Surau jumaat dan Surau Wilayah Persekutuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Begitu juga, Beliau berikutnya melancarkan Dasar Dakwah Negara.
 
Antara program yang menjadi pengisian dalam majlis ini, ucaptama majlis telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dengan kupasan tajuk "Ramadan Pemangkin Semangat Dakwah Dulu, Kini dan Pasca 2020". Berikutnya, majlis diserikan dengan program Wacana Dakwah Negara1436H/ 2015M yang menampilkan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan YBhg. Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai panel jemputan khas manakala, YBhg. Ustaz Zakaria Othman dilantik selaku moderator. Perbincangan adalah berkisar tentang tajuk "Ke Arah Pelaksanaan Agenda Transformasi Dakwah Negara yang komprehensif dan Berkesan". 

 

 
 

 

 

 

JAKIM bangunkan Dasar &Pelan Tindakan Wanita Islam Malaysia





Kuala Lumpur – 12 - 14 Jun 2015 (Jumaat - Ahad), telah berlangsung Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Islam (PTPWI) siri kedua yang diadakan di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bengkel siri kedua ini diadakan bagi memurnikandraf Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Islam Negara yang telah dibangunkan pada November yang lalu.
Selain itu, bengkel kali ini dianggap berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu bagi memurnikan perancangan strategi dan jalinan kerjasama antara agensi dalam meningkatkan kesedaran berkaitan hak-hak dan tanggungjawab wanita menurut kerangka Islam.
Diharapkan, pelan tindakan yang akan dibaca bersama Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara ini akan  dapat memberi panduan kepada pembuat dasar dan pihak-pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita Islam dan mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif bagi mencapai objektif penubuhan PISWI yang telah ditetapkan.
Bengkel kali ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan lebih 35 orang panel pemikir daripada kalangan pakar-pakar dalam bidang syariah, undang-undang, media, sains, pendidikan, alam sekitar, perubatan, ekonomi, kekeluargaan, sosial, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), kementerian-kementerian, badan bukan berkanun serta agensi-agensi yang berkaitan.Dalam usaha memantapkan Pelan tindakan ini, ia dijangka akan dibentangkan dalam satu sidang pakar yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber:Laman Web JAKIM 



Majlis Profesional Halal Menjadi Realiti

Majlis Profesional Halal yang telah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) kali ke 58 yang bersidang pada 16 Disember 2014 telah bermesyuarat buat kali pertama pada 13 Julai 2015. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Syura, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dihadiri sebahagian besar anggota Majlis tersebut yang telah dilantik oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pengerusi Majlis tersebut Y.Bhg Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, JAKIM telah mempengerusikan mesyuarat.
Antara anggota mesyuarat yang hadir adalah Timbalan Pengerusi Majlis Profesional Halal, Y.Bhg Tuan Haji Muhamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM, Y.Bhg Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Fadilah binti Baharin, Ketua Pengarah, Jabatan Standard Malaysia (JSM), Dr. Mohd. Rashid bin Buyong Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK), Prof. Dato' Dr. Mohd Yazid Abd. Manap, Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM, Dr. Harlina Suzana binti JaafarTimbalan Pengarah Halal Supply Chain (HSC),Malaysia Institute Of Transport, UITM. Selain daripada anggota tersebut, mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Pegawai Pejabat Penasihat Undang-undang JAKIM.
         
Majlis yang memiliki keanggotaan penuh terdiri daripada tujuh orang ketua agensi kerajaan yang berkaitan dan tujuh orang kumpulan pakar yang terdiri daripada kalangan ahli akademik serta wakil industri mengadakan mesyuarat ini bertujuan untuk memperkenalkan kerangka Majlis Profesional Halal dan membincangkan berkenaan terma rujukannya. Tujuan penubuhan majlis ini pula adalah untuk menjadi badan yang akan menyelia latihan halal, menentukan halatuju latihan dan memastikan kualiti latihan yang dijalankan mencapai tahap terbaik. Ia juga bagi memastikan segala maklumat yang disampaikan kepada industri oleh semua penyedia latihan adalah seragam.
Melalui mesyuarat yang diadakan kali pertama ini dua jawatankuasa kecil di bawah Majlis Profesional Halal telah dipersetujui untuk ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum Majlis Profesional Halal dan Panel Pengesahan Profesional Halal. Melalui penubuhan jawatankuasa ini diharapkan ia dapat melancarkan fungsi Majlis.

Sumber: Laman Web JAKIM



Subhaanallah, air bersih tidak berhubung dengan atmosfera sejak 1 billion tahun


Ahli saintis telah menjelajah sejauh 2.4 km ke bawah tanah dan menemui sumber air yang tidak berhubung atau bercampur sumber air lain selama berpuluh juta tahun di Kanada. Air ini mempunyai nutrien yang boleh menyokong  hidupan mikrob. Saintis sedang berusaha mencari sebarang hidupan mikrob dalam sumber air tersebut.



Analisis kimia air yang menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan atmosfera Bumi sekurang-kurangnya 1 bilion tahun. 

"Buat masa ini, saya fikir kita terpaksa membuat kesimpulan bahawa terdapat cecair 1.5-bilion tahun terperangkap di dalam kerak." kata Pete Burnard, dari Pusat Penyelidikan petrografi dan Geokimia di Vandoeuvre-les-Nancy

Thursday, 23 July 2015

Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Penciptaan Berpasangan


Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Penciptaan Berpasangan
Seorang saintis Paul Dirac, mencari fakta bahawa material diciptakan secara berpasangan. Dari penemuannya itu, dia dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.

Penemuan yang dikenali sebagai "parité" itu menyatakan bahawa materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-bahan. Anti-bahan memiliki sifat-sifat yang bertentangan dengan materi. Misalnya, berbeza dengan materi, elektron anti-bahan bercas positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah seperti berikut:

"... Setiap zarah mempunyai anti-zarah dengan muatan yang berlawanan dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahawa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat."

Fakta ilmiah ini telah diungkapkan Al-Quran sejak abad ke-7 M. Simak surah Ya Sin [36] ayat 36: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang mereka tidak ketahui." (QS 36:36)

Menurut Harun Yahya, meskipun gagasan tentang "pasangan" umumnya bermakna laki-laki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan "maupun dari apa yang mereka tidak ketahui" dalam ayat di atas mempunyai liputan yang lebih luas. Kini, liputan makna lain dari ayat tersebut telah terungkap.

Subhanallah, sungguh Maha Benar Firman Allah SWT.

- sumber dari republika


Tuesday, 14 July 2015

Hikmah Khusyuk Dan Takmaninah Dalam Solat Menurut Pandangan Sains

Tidak ada yang meragukan manfaat solat untuk kesihatan badan. Salah satu manfaatnya ialah untuk kesihatan tulang belakang. Sebuah kajian di Universiti Winscosin, Amerika Syarikat berkata, solat dengan Tumaninah akan menyembuhkan sakit belakang yang kronik.

Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan Allah tiada yang sia-sia, bahkan jika mampu mensyukurinya akan menambah iman seseorang.

Itulah yang difirmankan Allah dalam surat Ali Imran 191, "Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi hingga (bersyukur). Ya Tuhan kami sungguh tiada yang sia-sia atas apa yang Engkau ciptakan. Maha Suci Engkau, maka pelihara kami dari seksa neraka. "

Di dalam solat ada dua aspek manfaat iaitu manfaat fizikal atau jasmani dan rohani atau spiritual. Manfaat fizikal dilhat dalam gerakan-gerakan solat yang tumaninah, sedangkan manfaat rohani dilihat dari kekhusyukan solat yang dilakukan.

Manfaat atau fadilah tersebut terangkum seperti yang disampaikan sebelumnya. Oleh kerana itu sangat penting melakukan solat dengan tumaninah dan khusyuk sehingga yang melakukan solat akan mendapat fadillah seperti yang dibuktikan ilmu pengetahuan dan dijanjikan Allah.

Ada empat gerakan pokok di dalam solat, iaitu: Qiyam (berdiri tegak), Rukuk (membungkukkan tubuh), sujud (meletakkan 7 rukun sujud di sejadah) dan duduk (diantara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir).

Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran

"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "[Qs. Ar-rum: 23]

Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.

Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.


Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.

Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.

5 Waktu tidur yang dilarang oleh Rasulullah SAW

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgepevwYK9oibhb_rKH71rqqib5uiKZX3fwIFr9Y7LXHLWCQ2xpXPhlXW0bNVLKXF8VSTH5Teq2hsItvQOJ6Wh5TPQfb-1nngpRQhry8NEeFui5x1ITz8qCUexEl-wIHHGx9_k1d70Z5B4/s1600/%D9%88%D8%B6%D8%B9%D9%8A%D8%A9+%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%88%D9%85+%D8%A7%D9%84%D8%B5%D8%AD%D9%8A%D8%AD%D8%A9+(3).jpg
1- Tidur selepas makan.
2- Tidur sepanjang hari.
3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
4- Tidur pada waktu asar.
5- Tidur sebelum solat Isyak.
Nota :
Tidur  dalam gambar ketiga yang dilarang oleh Rasulullah SAW
Kitab Mengapa Rasulullah SAW Tidak Mudah Sakit   M/S : 44-46.
sumber blog peribadirasulullah

Misteri Umur 40 tahun menurut Al-Quran

Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari "Jurnal perubatan Britain" yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur atau hujung 40-an.

Penyelidik mengatakan bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga kemungkinkan kecil untuk dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah dilaporkan dalam satu penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta setiap tiga atau empat tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting kerana membuktikan ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika digunakan ketika muncul gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.

Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi kongnitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut boleh berlaku pada pertengahan usia.

Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.

Maha suci Allah! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu. 

Allah swt berfirman:

"... Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a:" Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan ... "(Surah Al-Ahqaaf: 15)

Diterjemah dari sumber islampos.co

Sambut Aidilfitri ikut cara Nabi...

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


Monday, 13 July 2015

20 Rumah yang Tidak Dimasuki Malaikat


Dalam pelbagai hadis, Rasulullah mensabdakan adanya rumah-rumah tertentu yang tidak dimasuki malaikat. Tentu maksudnya adalah malaikat rahmat. Sedangkan malaikat maut, ia boleh masuk rumah dan bangunan apapun, tanpa boleh dihalang.

Rumah-rumah bagaimana yang tidak dimasuki oleh malaikat rahmat? Mari kita semak hadis-hadisnya berikut ini:


سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Aku (Abu Thalhah) mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan (atau) gambar patung”. (HR. Bukhari)


عَنْ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ
Dari Abu Thalhah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar.” (HR. Muslim)


عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَلَائِكَةُ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلَا كَلْبٌ وَلَا جُنُبٌ
Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Malaikat tidak masuk rumah yang padanya terdapat gambar dan anjing serta orang yang junub.” (HR. An Nasa’i, dishahihkan Al Albani)


عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ
Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” (HR. Ibnu Majah, dishahihkan Al Albani)

Tips Melepasi Titian Sirat


Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~ Banyakkan bersedekah

~ Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
سم الله الرحمن الرحيم

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Kisah Habib Bourguiba: Berpuasa Mengurangkan Hasil Negara



Pada bulan Mac 1974, dunia Islam digemparkan oleh arahan Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, apabila  mengeluarkan perintah melarang rakyat Tunisia, terutama dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa dalam bulan Ramadan.

Malah untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan arahan tersebut, Habib Bourguiba telah muncul bersama-sama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadan dan mereka makan beramai-ramai demi membuktikan apa yang mereka kata. Alasan Habib Bourguiba kerana puasa mengurangkan produktiviti negara malah syariat berpuasa dianggap sebagai batu penghalang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa Habib Burguiba ini?

Bourguiba diangkat sebagai presiden pada 1957 setelah berakhirnya pemerintahan beraja Bey Muhammad al-Amin, Raja Tunisia. Akibat terpengaruh pemikiran Barat, Habib Bourguiba selalu menghina Islam. Secara eksplisit beliau menentang pemahaman dan ketentuan syariat. Ketentuan syariat yang sudah jelas dilarang dan dihina. Saat berpidato di depan mahasiswa mengenai sejarah perjuangan Rasulullah SAW, beliau menyatakan bahawa al-Quran mengandungi sekian banyak kekeliruan. Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang kebanyakan mengembara dan mendengar hikayat, dongeng, dan legenda murahan.

Friday, 10 July 2015

NASA Sembunyikan Fakta Ilmiah Malam Lailatul Qadar


Lailatul Qadar merupakan malam Istimewa dimana pada malam 
tersebut lebih utama dari seribu bulan. Selama ini umat Islam 
mempercayai kebenaran adanya keberadaan malam Lailatul 
Qadar karena bersumber dari Al-Quran dan hadist. Sehingga 
tidak begitu peduli dengan fakta-fakta ilmiah yang mungkin saja
 terjadi di alam semesta terkait sains yang membenarkan 
adanya malam Lailatul Qadar.

Kehadiran malam Lailatul Qadar sejatinya menjadi rahasia 
Allah SWT. Hanya ada sedikit informasi yang disampaikan 
Nabi Muhammad kapan datangnya malam mulia ini. Diantaranya terjadi pada 10 malam terakhir 
Ramadhan dan antara malam-malam ganjil. Sementara ciri-ciri fisiknya dapat terlihat dari suhu yang
 sedang, pada pagi harinya udaramatahari bersinar cerah namun tidak terasa panasnya, serta pada malam
 harinya tidakterlihat bintang. 

Sebenarnya ciri-ciri fisik ini sudah ditemukan oleh Badan Nasional Antariksa Amerika
(NASA). Tetapi mereka tidak mempublikasikan tentang kebenaran adanya fenomena
ini untuk menghindari kepercayaan terhadap Agama Islam. Hal ini diungkapkan oleh
Kepala Lembaga Mukjizat Ilmiah Al- Quran dan Sunnah di Mesir, Dr. Abdul Basith
As-Sayyid. 

Abdul Basith As-Sayyid menegaskan, kurang lebih 12 tahun lalu NASA pernah menemukan
ciri dari malam Lailatul Qadar sesuai yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia
menyayangkan hal ini tidak langsung ditanggapi cepat oleh para jutawan Arab
yang memiliki sumber dana untuk melakukan kajian yang mendalam. 

Pernyataan tersebut mengutip ucapan seorang pakar NASA, Carner, seperti yang
 dikutip oleh harian Al-Wafd Mesir. Carner pada akhirnya masuk Islam dan harus
 meninggalkan jabatannya di NASA karena mengungkapkan kebenaran tersebut
kepada harian Al-Wafd Mesir.

Menurutnya NASA menemukan fenomena aneh pada suatu malam karena tidak ada
meteor yang jatuh ke atmosfer bumi serta suhu udara sedang. Padahal di malam-malam
biasanya, jumlah meteor yang berjatuhan ke atmostfer bumi sekitar 20 meteor. 

Thursday, 9 July 2015

SIAPA LAYAK DAPAT KELEBIHAN LAILATUL QADAR?


UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).
Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa.