Friday 24 July 2015

JAKIM bangunkan Dasar &Pelan Tindakan Wanita Islam Malaysia





Kuala Lumpur – 12 - 14 Jun 2015 (Jumaat - Ahad), telah berlangsung Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Islam (PTPWI) siri kedua yang diadakan di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bengkel siri kedua ini diadakan bagi memurnikandraf Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Islam Negara yang telah dibangunkan pada November yang lalu.
Selain itu, bengkel kali ini dianggap berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu bagi memurnikan perancangan strategi dan jalinan kerjasama antara agensi dalam meningkatkan kesedaran berkaitan hak-hak dan tanggungjawab wanita menurut kerangka Islam.
Diharapkan, pelan tindakan yang akan dibaca bersama Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara ini akan  dapat memberi panduan kepada pembuat dasar dan pihak-pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita Islam dan mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif bagi mencapai objektif penubuhan PISWI yang telah ditetapkan.
Bengkel kali ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan lebih 35 orang panel pemikir daripada kalangan pakar-pakar dalam bidang syariah, undang-undang, media, sains, pendidikan, alam sekitar, perubatan, ekonomi, kekeluargaan, sosial, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), kementerian-kementerian, badan bukan berkanun serta agensi-agensi yang berkaitan.Dalam usaha memantapkan Pelan tindakan ini, ia dijangka akan dibentangkan dalam satu sidang pakar yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber:Laman Web JAKIM 



No comments:

Post a Comment