Akhbar The Star melalui Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari 2012 telah menyiarkan gambar yang menghiris hati umat Islam. Dengan menyiarkan gambar Erykah Badu dengan bertatu Kalimah Allah mengambarkan akhbar The Star tidak menghormati hati dan perasaan umat Islam di Malaysia. Bagi orang Islam kalimah mulia Allah ini yg menjadi Tuhan sembahan sama sekali tidak boleh dipermainkan dan di perolokkan. Apatah lagi sekiranya ia dilakarkan dalam bentuk Tatu ditubuh seorang yang berpakaian separuh bogel. Perbuatan tersebut kalau dilakukan oleh orang Islam maka orang berkenaan boleh menjadi KUFUR.
The Star sepatutnya mengetahui perkara-perkara asas dalam ajaran Islam. Kita amat bimbang sekiranya sikap memperolok-olokkan agama Islam akan membawa punca kemarahan dan hilang pertimbangan sesetengan orang Islam..Sekadar mengambil cth, perbuatan biadab tentera Amerika membuang al-Qur’an di dalam lubang sampah dan kemudiannya membakarnya telah menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Persoalan agama adalah amat sensitif bagi umat Islam walau apapun status dan kedudukan mereka.
Di pihak kerajaan mereka sepatut menghalang penyanyi seperti Erykah Badu daripada membuat persembahan di Negara ini. Kebenaran yang diberikan kepada, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu bagi mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan sekaligus juga menghina Islam. Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.
Kerajaan sepatutnya mematuhi garis panduan hiburan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau kerajaan sendiri tidak mahu mematuhi maka siapa lagi yang hendak mematuhinya. Di sini saya sekadar menurunkan apa yang di fatwakan oleh MFK Malaysia berkaitan hiburan utk panduan semua pihak;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-2 pada 12 - 13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
1. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
2. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus