Wednesday 4 January 2017

Turki gagalkan 339 serangan pengganas sepanjang 2016


HARAKAHDAILY | .

Pasukan Keselamatan Turki mencegah sebanyak 339 insiden keganasan besar sepanjang 2016, Menteri Dalam Negeri Turki mengumumkan semalam, lapor Anadolu Agency.

"313 insiden dirancang oleh PKK, 22 oleh ISIS, 4 kumpulan kiri radikal," kata Suleyman Soylu pada sesi di Parlimen Turki membincangkan keselamatan dalam negeri.

"247 bahan letupan improvisasi, 61 kenderaan bom disita dan 23 suspek pengebom bunuh diri ditangkap bersama dengan 42 anggota kumpulan pengganas yang mempersiapkan sebuah serangan. Dalam tiga bulan terakhir saja, 80 insiden signifikan berjaya dicegah."



Menurut Soylu, jumlah individu bergabung dengan PKK - yang dilantik sebagai kumpulan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah - menurun daripada 3,572 pada 2015 menjadi 559 pada tahun 2016. Beliau menambah hanya 5 orang bergabung dengan PKK dalam dua bulan terakhir 2016.

Mengenai operasi anti-ISIS pada tahun 2016, Soylu mengatakan bahawa 1,338 termasuk 694 orang asing ditangkap di Turki atas tuduhan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas.

Beliau menambah bahawa Turki akan meneruskan perjuangan anti-keganasan kepada semua kumpulan sehingga mereka berhasil dikalahkan. [Islampos]

No comments:

Post a Comment