Thursday, 26 March 2015

Tolak Dan Menghina Undang-Undang Syariah Hudud Jejas Akidah!


Sejak pembentangan Kanun Jenayah Syariah Hudud oleh Kerajaan Kelantan baru-baru ini umat Islam dan masyarakt Malaysia telah memberi pelbagai respon. Ada yang positif dan menyokongnya dan ramai juga yang menolak dan menentangnya. Yang paling menyedihkan usaha penentangan Hudud ini antaranya dilakukan oleh Umat Islam sendiri. Ada yang sanggup membuat rakaman video dengan lakonan memperolokannya dan juga ada yang melakukan pelbagai bentuk penghinaan dan cacian melalui kata-kata dan penulisan terhadap undang-undang tersebut.

Perundangan Syariah Hudud adalah Undang-Undang daripada Allah SWT. Perintah pelaksanaan bahkan beberapa jenis hukuman yang terkandung dalam undang-undang Hudud ada dinyatakan dalam al Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW secara nyata. Sebagai contoh, di dalam al Qur'an disebutkan secara jelas hukuman orang melakukan jenayah curi iaitu dipotong tangannya. Begitu juga ada disebutkan hukuman terhadap pelaku zina iaitu dikenakan hukuman sebat. Sebenarnya wujud beberapa lagi hukuman yang dikaitkan dengan hukum Hudud seperti jenayah Murtad dan lainnya.

Perintah di dalam al Qur'an sama ada ia adalah perintah wajib buat atau wajib tinggal ia menuntut agar Umat Islam untuk mematuhinya. Kalau hendak disebutkan contoh disini perintah kefardhuan solat dan menutup aurat bagi seorang Muslim.Islam mewajibkan umat Islam mematuhi perintah tersebut kerana ia diperintahkan dalam al Qur'an. Mengingkari perintah tersebut dengan tidak melakukakannya adalah berdosa. Manakala menafikan wujudnya hukum tersebut atau memperolok-olokkan akan perintah tersebut adalah rosak aqidah.

Begitu juga undang-undang berkaitan Hudud.Ia wajib dilaksanakan. Ia menjadi tanggungjawab pemerintah yang diberi amanah pemerintahan oleh Allah SWT dan bukannya individu..Maka dianggap berdosa kalau mana-mana pemerintah Muslim yang diberi amanah pemerintahan tapi tidak mahu melaksanakan hukum hakam Syariah tersebut. Lalu dianggap rosak akidah seoarng pemimpin yang memperolok, mencerca dan menghina dan menafikan kewajiban terhadap perlaksanaan perundangan tersebut.  Begitu juga adalah rosak aqidah bagi individu yang memperlekeh dan memperolok undang-undang Hudud apabila ia cuba dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang mahu melaksanakannya.

Justru, sebaiknya Umat Islam yang jahil tentang undang-undang Hudud ini hendaklah mendiamkan diri. Perkara ini hendaklah diserahkan kepada pihak yang pakar dan pihak yang berautoriti untuk menangani.Bersikap keras menolak hukum Hudud serta mencerca, menghina hukuman yang diperintah dalam al Qur'an tidakkah bermakna menolak, mencerca dan menghina al Qur'an. Tidakkah ini sama dengan menghina Allah yang menurunkan Al Qur'an? Sayangilah Aqidah kita. Hidup di dunia ini teramat singkat masaNya.Jagalah Aqidah!!



No comments:

Post a Comment