Wednesday, 11 March 2015

Berdakwah Mesti Ikut Adabnya

Ramai mengaku sebagai pendakwah. Begitu juga ramai yang terlibat dalam aktiviti dakwah.Sesiapapun yang terlibat dengan dakwah haruslah dipuji. Ini kerana mereka memenuhi satu tuntutan agama. Berdasarkan maksud Hadis Rasulullah SAW "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat". Hadis tersebut secara jelas menunjukan tuntutan berdakwah hendaklah dilakukan oleh semua individu Muslim.

Namun demikian berdakwah bukanlah satu yang boleh dilakukan secara sembrono. Dakwah yang tujuannya untuk menyibarkan Islam sekiranya dilakukan secara sembrono ia tidak akan membuahkan hasil.Lebih menakutkan ia memberi imje buruk kepada agama Islam itu sendiri. Kita biasa mendengar Islam itu indah sewajibnya Islam itu hendaklah dipersembahkan juga secara yang indah dan cantik.

Pendakwah seharusnya mempelajari ilmu dakwah. Termasuk antaranya ialah persoalan strategi dakwah, komunikasi dakwah dan beberapa ilmu lain yang berkaitan. Aspek penting dalam isu dakwah ini ialah pendakwah sendiri hendaklah mempersiapkan dirinya agar memenuhi ciri sebagai seorang pendakwah yang baik.

Pendakwah yang baik paling tidak mereka ialah orang yang mempunyai personaliti yang baik.Bercakap benar.Benar pada percakapan dan tingkahlaku. Ia tidak bersifat Munafik.Cakap lain dan buat lain. Pendakwah adalah "Uswah Hasanah" pada masyarakat. Disini masyarakat akan mengikuti mereka.

Kelahiran ikon-ikon muda terlibat dakwah pada masa kini adalah satu yang mesti dipuji.Tidak kira darimana mereka datang samaada melalui rancang realiti TV, atau bagaimana pastinya kehadiran mereka perlu diberi sokongan.

Walaubagaimanapun, beberapa peringatan juga wajar diberikan kepada para pendakwah selibriti ini. Disebalik kepopularan mereka segelintir daripada mereka ada yang terlibat dengan perkara-perkara yang negatif. Ada dikalangan mereka suka melakukan provokasi sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat. 

Sebagai contoh disini ada segelintir pendakwah ada yang begitu ghairah menimbulkan hukum hakam yang bersifat Khilifiah di dalam masyarakat.Ada yang suka menuduh pihak itu dan ini sebagai pengamal Bid'ah , Syirik dan sesat tanpa bukti-bukti yang sahih.Kesannya telah timbul perpecahan dalam masyarakat. Timbul bermasam muka diantara ahli kariah. Ada yang pulau memulau antara satu sama lain. Semua ini bukanlah tujuan dakwah dilakukan.Dakwah seperti itu adalah dakwah yang gagal.Bahkan mereka adalah golongan yang dihumban kedalam neraka walaupun melakukan kerja dakwah.


No comments:

Post a Comment