Wednesday, 11 March 2015

Merubah Masyarakat Dengan Dakwah

Rasulullah SAW dibangkit kealam ini adalah untuk mengajak manusia supaya menyembah Allah SWT. Seterusnya Baginda memperbaiki akhlak manusia jahiliah pada masa itu. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dinamakan dakwah. Usaha dakwah yang dilakukan oleh Baginda Rasul dan Sahabat memakan masa selama 23 tahun.Hasilnya cukup berjaya.Ramai yang memeluk Islam. Hidup masyarakat dapat dibaiki. Mereka yang menyembah berhala lalu memeluk Islam dan menyembah Allah. Mereka yang sebelumnya terlibat dengan segala bentuk Munkarat yang pelbagai bentuknya terus berhenti dan menjadi Insan-insan yang soleh dan taat pada Allah SWT.

Dakwah sememangnya mempunyai satu kekuatan yang ajaib. Kesan dakwah adalah satu yang menakjubkan. Ini terbukti dengan kejayaan Rasulullah SAW dan juga kejayaan pendakwah Islam dimana-mana zaman dan dimana-mana belahan bumi. Melalui dakwah pembinaan Insan sehingga terbinanya sebuah tamadun dapat dilakukan. Begitu juga sebaliknya tanpa dakwah individu, keluarga, ummah dan tamadun boleh runtuh.

Justru itu, setiap individu Muslim hendaklah berusaha melakukan dakwah.Selain ia dilakukan kerana memenuhi  tuntutan agama tapi juga perlu difahami ia adalah sumber untuk mempertahan kekuatan Ummah dan Negara.Hilangnya dakwah pastinya ia juga akan memberi kesan pada agama dan juga kehancuran Ummah dan negara.

Namun apa yang penting difahami disini ialah lakukan dakwah berdasarkan keupayan dan bidang kuasa yang ada pada diri masing-masing.Kerajaan melakukan dakwah sebagai kapisiti sebuah kerajaan. Ketua dan pemimpin juga melakukan atas sifat sebagai dia seorang ketua yang ada bidangkuasa kepimpinannya. Begitu juga individu juga perlu melakukan dakwah dalam kapisiti dan keupayaannya.

Kalau ini dapat dilakukan sudah tentu segala bentuk kemungkaran dapat dihapuskan. Begitu juga segala bentuk pembaikan dan pembanggunan juga dapat dilakukan. Maka tidak timbul sikap untuk menudung jari kepada pihak lain terhadap satu kemungkaran atau kejahatan yang berlaku dikeliling kita.In Syaa Allah apa yang kita lakukan hasilnya juga kita akan tuai diakhirat dalam bentuk ganjaran pahala.Syurga adalah balasannya.

No comments:

Post a Comment