Friday 12 April 2013

Persidangan Ketua-ketua Penolong Pengarah Dakwah Seluruh Malaysia Bil 1/2013



Pada 5 hingga 7 April 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Dakwah Seluruh Malaysia Bil.1/2013 di Felda Residence Kuala Terengganu, Terengganu.
 
Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk:
 
1.   Mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu dakwah yang tidak mematuhi undang-undang dan
       Peraturan Negara.
 
2.   Menyelesaikan isu dan masalah berhubung pengurusan dakwah yang tidak seragam berasaskan undang-undang.
 
3.   Menyelaras peraturan mengenai urusan dakwah di antara agensi-agensi yang terlibat.
 
4.   Mempertingkatkan keberkesanan proses urusan dakwah orang Islam, bukan Islam dan saudara muslim di Malaysia dan di luar negara.
 
5.   Memperkasa gerak kerja dakwah secara bersepadu untuk semua peringkat mad’u dalam pelbagai medium dakwah.
 
Persidangan yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Penolong Pengarah Dakwah di Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia ini telah membincangkan tiga (3) tajuk kertas kerja yang dibentangkan oleh tokoh yang berwibawa dalam bidang dakwah dan perkongsian tiga (3) kertas makluman program dakwah oleh Jakim iaitu:
 
Pembentang Kertas Kerja:
 
1.           YBhg. Dato’ Dr. Abdul Razak bin Kechik
Presiden Malaysian Relief Agency
 
2.           YBhg. Prof. Dr. Firdaus binti Ahmad Azzam
CEO My Global Intellect
 
3.           YBhg. Prof. Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani
Dekan Fakulti Dakwah dan Kemimpinan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
4.           YBhg. Tuan Haji Mohamad bin Mohd Zin
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Cawangan Pengembangan
Bahagian Dakwah, Jakim
 
 
5.           YBhg. Tuan Haji Hashim bin Salleh
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Dakwah Khas dan Saudara Muslim
Bahagian Dakwah, Jakim
 
6.           YBhg. Tuan Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Inovasi dan Ketamadunan
Bahagian Dakwah, Jakim
 
Selain itu, ahli persidangan juga telah dibawa melakukan lawatan kerja ke Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) melihat perkembangan dakwah yang dijalankan di negeri Terengganu. Lawatan ini memberi banyak idea dalam merealisasikan dakwah di peringkat Bottom Line dimana anak-anak seusia 5 tahun diberi pendedahan pendidikan Islam melalui sistem pembelajaran yang selari dengan zaman mereka. Lawatan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ini juga mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli.
 
Kesepakatan ahli persidangan diperlengkapkan lagi dengan resolusi yang dicapai iaitu:
 
Pertama   : Memperkasa kerjasama dan penyelarasan
     pelaksanaan program dakwah antara Jakim dan JAIN;
Kedua      :  Memantapkan kerjasama secara lebih bersepadu
     program dakwah kepada Masyarakat Orang Asli,
     Bumiputera dan saudara muslim antara Jakim, JAIN
     dan Ngo’s Islam;
Ketiga      : Memanfaatkan media baru sebagai satu medium
    dakwah yang perlu diberi perhatian; dan
Keempat  : Melestarikan pendekatan gerakan dakwah secara
     holistik bertunjangkan pendidikan dan tidak
                     menyimpang dari ekosistem (fitrah).
 
Selanjutnya, majlis perasmian penutup persidangan ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jakim. Beliau dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di atas inisiatif mengadakan persidangan kali ini, khususnya kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu yang sudi menjadi tuan rumah serta berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja dakwah.
 
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana para peserta berjaya mencapai kata sepakat memacu pengurusan dakwah dalam memastikan survival agama Islam serta ummah terus terpelihara. Selanjutnya beliau menyeru agar Jakim, JAIN / MAIN, dan Ngo’s Islam mempergiatkan usaha meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kecemerlangan dakwah mengikut arus perdana.
 
Secara keseluruhannya, persidangan ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya. Justeru, urusetia ingin merakamkan setinggi - setinggi penghargaan kepada semua pihak terutama JHEAT dan Yayasan Islam Terengganu atas kerjasama yang diberikan dan penglibatan JAIN dalam menjayakan persidangan ini.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment