“Bila dua insan sudah bermadu kasih, maka tiada yang bisa menghalangnya”…
Oleh itu, bagi memastikan perkahwinan orang Islam Malaysia dan orang Islam Republik Indonesia berlaku dengan teratur dan mengikut peraturan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah mengadakan satu perbincangan formal dengan pihak Bimbingan Masyarakat Islam (BIMAS ISLAM), Kementerian Agama Republik Indonesia (Kemenag) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia Kepada Malaysia di Kuala Lumpur (KBRI) pada 1-3 April 2013 bertempat di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor.
Perbincangan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia (YBhg) Tuan Haji Razali bin Shahabudin; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Insan) Jakim ini telah diadakan dalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diwakili oleh wakil dari Republik Indonesia sama ada dari Kemenag mahupun dari KBRI.
Turut dijemput hadir ialah Yang Terhormat (Yth) Bapak Dr. Muchtar Ali, Direktur Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah, Bimas Islam, Kemenag, Yth Bapak Drs Anwar M.A.; Kepala Subdit (KaSubdit) Kepenghuluan di Direkturat Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah, Bimas Islam Kemenag, Yth Bapak Heru Budiarso; Sekretaris Pertama Fungsi Konsuler dan Saudara Agus Subiyantoro dari KBRI Kuala Lumpur. Malah perbincangan ini turut dihadiri oleh wakil dari Kedutaan Besar Malaysia Kepada Republik Indonesia di Jakarta iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Atase Agama di Jakarta.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh semua Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ di negeri-negeri seluruh Malaysia, wakil dari Kementerian Luar Negeri Malaysia, wakil-wakil Jabatan Peguam Negara, wakil-wakil dari Jabatan Imigresen Malaysia, wakil-wakil dari Jabatan Pendaftaran Negara, wakil dari Bukit Aman, wakil dari Majlis Keselamatan Negara, wakil dari PUU Jakim, wakil dari PPUU Jakim.
Urusetia bagi program ini telah diketuai oleh YBhg Puan Hajah Saimah binti Mukhtar, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim.
Insya Allah, dengan adanya perbincangan seumpama ini akan dapat memastikan urusan-urusan perkahwinan rakyat beragama Islam di dua negara berjiran ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan mengikut syariat serta peraturan / undang-undang di kedua-dua negara.
kumpulan 1
kumpulan 2
kumpulan 3
kumpulan 4
YBhg Tuan Haji Razali bin Shahabudin; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Insan)
bersama YBrs Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Atase Agama di Jakarta.
YBrs Puan NorSharin binti Alias; Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara
Yth Bapak Drs Anwar M.A.; Kepala Subdit (KaSubdit) Kepenghuluan di Direkturat Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah, Bimas Islam Kemenag, Republik Indonesia
Yth Bapak Heru Budiarso; Sekretaris Pertama Fungsi Konsuler dari KBRI Kuala Lumpu
No comments:
Post a Comment