Friday 12 April 2013

Malam Amal Tahajjud Cinta



 
”Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa”…
 
Cetusan idea serta jalinan kerjasama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga,Sosial dan Komuniti JAKIM, Yayasan Ihtimam Malaysia(YIM), Majlis Aids Malaysia(MAM)  dan Yayasan Aids Malaysia(YAM), maka suatu majlis makan malam yang julung kali telah dianjurkan  iaitu“Malam Amal Tahajjud Cinta” yang telah diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 8 April 2013 bersamaan 27 jamadil awal 1434h.
 
Tujuan penganjuran malam amal ini adalah untuk  mengumpul dana bagi membina rumah perlindungan HIV/AIDS serta memberi bantuan kepada orang yang hidup dengan HIV (PLHIV). Antara tujuan lain adalah sebagai usaha JAKIM dalam menjalankan  ‘Dakwah Korporat’  kepada ahli-ahli perniagaan dan kenamaan di Malaysia. Membuka minda golongan ini betapa pentingnya penglibatan mereka dalam memberi sumbangan dan menyokong usaha menangani isu HIV/AIDS di Malaysia.
 
Program Malam Amal ini juga turut disokong oleh beberapa syarikat korporat antaranya Fareeda Sdn Bhd, NGC Energy Sdn Bhd, Pharmaniaga, Garnea, IREKA, MACP, KP Marketing Printer, Artdin Design, majalah Hello, Lisa dan Kosma. Makan Malam adalah tajaan  penuh oleh pihak Hotel Grand Hyatt sebagai tanda sokongan dalam usaha menangani isu HIV/AIDS.
 
Tetamu VIP pada malam tersebut adalah Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah(pembangunan insan) dan Timbalan Ketua Pengarah(Dasar) JAKIM serta turut dihadiri oleh kenamaan merupakan Ahli Pemegang Amanah YIM dan YAM.
 
Para tetamu dihiburkan dengan persembahan beberapa artis VIP yang dijemput  khas yang merupakan Selebriti Rebon Merah MAC yang terdiri dari Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin, Bob Af, Fahrin Ahmad dan muzik irigan sepanjang persembahan oleh Mohram dan Aubrey suwito. Pertama kali kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza khalayak dengan bertudung penuh dan membawa lagu-lagu yang berunsur dakwah dan Islamik telah menarik perhatian tetamu yang hadir.
 
Pengenalan kepada Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan Yayasan AIDS Malaysia(YIM)
 
YIM -Yayasan Ihtimam Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dan diperakui secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 2012. Fokus perjuangan Yayasan Ihtimam Malaysia adalah pembelaan untuk masyarakat Islam yang terpinggir seperti golongan ibu tunggal, golongan miskin tegar, warga emas yang terabai, remaja yang terlibat dalam kes-kes juvana serta mereka yang terjejas akibat daripada masalah sosial dan kesihatan awam seperti HIV dan AIDS. Selain itu Yayasan Ihtimam Malaysia juga bertindak sebagai penaung kepada NGO-NGO Islam yang turut sama menawarkan sokongan, bantuan dan jagaan untuk kumpulan sasaran yang serupa. Segala usaha yang dijalankan oleh Yayasan Ihtimam Malaysia adalah berteraskan kepada pendekatan Islam serta selari dengan Pelan Strategik JAKIM 2011 – 2014.
 
 
YAM - Yayasan AIDS Malaysia (YAM) ditubuhkan pada tahun 1992 untuk meraih dana dan menguruskan sumber daya untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Ahli-Ahli Gabungan. YAM dinaungi oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. YAM menjalankan aktiviti bagi mengawal penularan jangkitan HIV di Malaysia, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV & AIDS, memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang hidup dengan HIV, membantu kanak-kanak yatim, wanita-wanita dan orang dewasa yang hidup dengan HIV, menjaga hak serta memberi bantuan kepada mereka yang hidup dengan HIV.
 
www.yayasanaidsmalaysia.org.my
 
Doa dan harapan penganjur semoga majlis yang telah dianjurkan mendapat rahmat dan keberkatan dariNya. Penganjur dengan seiklasnya mengharapkan suatu keajaiban dalam ‘tranformasi dakwah’ yang telah dijalankan dan mendapat sokongan dari semua pihak. Segala sumbangan dan kutipan dana akan disalurkan ke YIM dan YAM bagi tujuan berkaitan PLHIV di Malaysia.
 
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TIDAK SEMESTINYA MANUSIA AKAN CINTAKAN KITA JUA. TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH ITU TIADA PENGHUJUNGNYA.
 
~~~SELANGKAH KITA MENDEKATINYA, BERIBU RIBU LANGKAH DIA MENDEKATI KITA~~
 
 
Tetamu Khas - Dato' Othman Bin Mustapha, KP JAKIM
 
 
Dato' Othman bin Mustapha, KP JAKIM dan Isteri, Datin Hajah Rohani binti Mohammad
 
 
Tetamu-tetamu VVIP
 
 
Jalinan Kerjasama Antara JAKIM, NGO dan Pihak Korporat Dalam Menangani Isu PLHV di Malaysia
 
 
Dato' Yazlan Yahya dan Mawar (Pemilik Butik Fareeda)
 
 

No comments:

Post a Comment