Oleh SUBKY LATIFSEORANG jamaah di surau memberitahu saya, sebuah bandar besar di Israel terbakar dan api merebak ke beberapa lokaliti. Saya balik melihat stesyen TV CNN. Sepanjang siaran adalah tentang kematian Fidel Castro, pemimpin lbeih setengah abad Cuba. Buka BBC juga tentang kematian Fidel Castro. Al-Jazeera juga tiada berita tentang Israel. Harian yang saya langgan juga tiada mengenainya. Beberapa hari kemudian saya ke kuliah Magrib di masjid. Tok Guru memanfaatkan komputer riba memberi kuliah tentang masjid. Dia menyentuh tentang Masjid al-Aqsa yang baru diharamkan azan oleh Parlimen Israel. Bedebah Israel. Ditunjuknya satu slot sidang Parlimen Israel. Seorang MP Palestin berucap. Muazin dicegah azan di masjid. MP Palestin itu mengambil kesempatan azan dalam perbahasannya. Kecoh. Beberapa MP Israel membantahnya. Dia azan hingga selesai. |
Monday, 5 December 2016
Seperlima Israel terbakar
Assad tidak layak memerintah, kata Menteri Luar Turki


ISTANBUL, 3 Rabiul Awal 1438H, Sabtu – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menggesa genjatan senjata di Syria serta mendakwa rejim Assad tidak layak memerintah kerana bertanggungjawab dalam pembunuhan beribu-ribu orang di negara itu.
“Tidak dapat dinafikan bahawa Assad bertanggungjawab dalam 600,000 kematian dan seseorang yang mempunyai rekod sebegitu tidak layak mentadbir negara,” kata Cavusoglu ketika ditanya mengenai rejim Assad pada sidang akhbar di Beirut.
Sehubungan itu, Cavusoglu berkata, Turki telah berbincang besama sekutu Assad, termasuk Rusia, Iran, Syria dan Lebanon mengenai jalan penyelesaiaan di Syria.
“Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang ‘tragedi kemanusiaan’ di Aleppo bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin melalui panggilan telefon untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu.
“Selepas perbincangan itu, Moscow bersetuju mengenai keperluan untuk menghentikan pertempuran dan peruntukan bantuan di Aleppo, bagaimanapun mereka mengatakan perpecahan dalaman berkaitan konflik itu masih kekal,” kata beliau lapor media antarabangsa.
Pada tahun 2013, rejim Assad memulakan kempen pengeboman secara rambang di bandar hingga mencetuskan krisis kemanusian di bandar Aleppo.
Wednesday, 30 November 2016
Saya tidak khianati Cina Untuk Menyokong RUU 355- King Sing


Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan beliau tidak mengkhianati Cina apabila menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355.
King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata, pindaan akta tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud dan beliau berharap masyarakat Cina termasuk pemimpin parti politik mendalami kandungan akta itu.
Persatuan Ulama Sedunia Bermesyuarat di Qatar


Tn Guru Hj Abd Hadi selaku tim ketua Ulama sedunia bmesy d Qatar bsama Dr Yusof Qardawi, timbalan2 & setiusaha agung. Sblm itu beliau ke India btemu ulama d sana, mnaiki keretapi ke Lucknow. Smoga sukses dlm mnunaikn tugas & misi pjuangn.

Dakwa Suu Kyi Kerana Halalkan Penghapusan Rohingya


RAKHINE: Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi patut diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menghalalkan penghapusan bangsa etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine.
Pendakwaan terhadapnya perlu dibuat sebagaimana kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.
Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson yang dipetik oleh Arakan News Agency berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kalangan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.
Katanya, asas ideologi rejim Myanmar yang bersifat perkauman dan memperlihatkan penduduk Buddha diletak pada peringkat paling tinggi masyarakat, membenarkan etnik minoriti lain diperlakukan sesuka hati dengan apa cara sekalipun.
Banyak Masakan Yang Dimasak Hari Ini Sangat Tidak Sihat


Seperti mana yang kita ketahui, minyak masak mempunyai kelebihan dan ia juga boleh membawa kesan buruk jika bahan asas itu diambil dalam kuantiti berlebihan.
Menurut sebuah artikel yang disiarkan di laman sesawang Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) bertajuk ‘Baik, Buruk Mikyak Masak’, minyak masak adalah baik kerana ia mengandungi lemak, yang merupakan sumber utama tenaga, selain mengandungi komponen yang membantu penyerapan vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Oleh