Friday, 28 October 2016

Putera Arab Saudi jalani hukuman mati



Luar Negara

Riyadh: Arab Saudi menyatakan ia sudah melaksanakan hukuman mati terhadap seorang putera kerabat diraja negara itu yang didapati bersalah menembak mati seorang lelaki ketika pergaduhan - pelaksanaan hukuman mati yang boleh dianggap jarang berlaku membabitkan kerabat diraja.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi hari ini, pelaksanaan hukuman mati terhadap Putera Turki bin Saud bin Turki bin Saud al-Kabeer itu dilakukan di Riyadh namun tidak menyatakan kaedah hukuman.Pelaksanaan hukuman mati di Arab Saudi biasanya ialah dipancung di khalayak ramai.

Kenyataan itu juga memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan jenayah terbabit, hukuman Syariah menanti mereka.Arab Saudi mencatat pelaksanaan hukuman mati tertinggi di dunia namun pelaksanaan hukuman itu membabitkan kerabat diraja amat jarang dengan kali terakhir pada 1975 apabila Faisal bin Musaid bin Abdulaziz Al Saud dipancung kerana membunuh Raja Faisal.

Tuesday, 25 October 2016

Zakir Naik Kembali Ke Malaysia





PETALING JAYA: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik kembali ke Malaysia untuk menghadiri persidangan tahunan Al-Khadeem di ibu negara pada Ahad.

Berita
Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya.
Pada Isnin, Ahmad Zahid menerusi akaun Instagram beliau memuatnaik gambar bersama Zakir.
Beliau meletakkan kapsyen gambar itu, "penceramah terkenal" telah melawatnya.
Kedatangan Zakir ke negara ini adalah yang kedua tahun ini.
Beliau berada di Malaysia pada April lalu ketika menyampaikan ceramah berkaitan Islam.

Dr Zakir turut menyampaikan syarahan di Terengganu pada April, manakala program di Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang dibatalkan kemudiannya telah mendapat kebenaran polis dengan syarat temanya diubah

Ahli akademik pertahan usul RUU 355 Abdul Hadi sebagai ‘nahi mungkar’ (bersama video)


Berita

KUALA LUMPUR: Seorang akademik mempertahankan rang undang-undang bagi memperluaskan kuasa mahkamah syariah, menyifatkan usaha itu sebahagian daripada “nahi mungkar” (mencegah kemungkaran) yang digariskan Islam.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Sham Rahayu Ab Aziz berkata ia melengkapkan aspek pendidikan Islam dalam membentuk akhlak penganutnya.
“Memang tidak boleh menghukum jika tidak dididik, tetapi pendidikan sahaja tidak lengkap. Ia bergerak selari dan aspek mencegah kemungkaran ini ada dalam undang-undang (syariah),” katanya dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.

Katanya lagi, kebanyakan perkara yang termaktub dalam undang-undang syariah di Malaysia adalah tentang prinsip moral yang ditetapkan sebagai kesalahan dalam undang-undang.

Pemuda PAS Kelantan Sedia Mengundang Dr Rozaimi Ramlee Untuk Penjernihan Isu RUU 355


Posted on Tuesday, October 25 @ 02:45:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Kenyataan Media

Saya menonton rakaman video kuliah Dr Rozaimi Ramlee yang menjawab satu soalan berhubung Rang Undang-undang Akta 355. Saya mendapati terdapat beberapa perkara yang disalah fahami oleh Dr Rozaimi Ramle dan ia memerlukan penjernihan semula samada oleh pihak kerajaan negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 melalui sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas mahupun di pihak Dr Rozaimi Ramlee yang dilihat mempertikaikan beberapa perkara berhubung Rang Undang-undang Akta 355 yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS di Dewan Rakyat. 


Kasihan Kepada 7 Orang Penentang RUU 355 - Ustaz Ahmad Dusuki



Berita

BANGI, 23 Muharram 1438H, Isnin – “Terlintas di kecil hati rasa kasihan kepada mereka yang tidak kasihan kepada diri sendiri.”

Demikian respon pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap aktivis liberal, Siti Kasim yang begitu lantang membantah Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) di Parlimen, pagi tadi.
“Apakah RUU 355 yang di bentangkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan ajaran Al-Quran sehingga patut ditentang?

“Susah sangatkah untuk mengikut apa yang di perintahkan oleh Allah kepada kita semua sebagai hambaNya?
”Undang undang Allah bersifat mendidik bukan bersifat menghukum,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Difahamkan, Siti Kasim atau nama penuhnya, Siti Zabedah Kasim mendakwa kononnya beliau menolak RUU 355 adalah atas dasar tidak mahu rakyat Malaysia tertindas.


Katanya, apa yang penting adalah memperkasakan undang-undang yang sedia ada bukannya meminda Akta 355.

Polis Serbu Pejabat NGO Liberal Sisters in Islam


Berita

PETALING JAYA: Pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SiS) diserbu pihak polis pada Isnin, demikian menurut aktivis Datin Paduka Marina Mahathir.

"Bergegas ke pejabat @SistersInIslam. Atas sebab-sebab tertentu polis berada di sana cuba untuk memecahkan pintu depan," katanya menerusi Twitter pada Isnin petang.

Beliau berkata polis juga bertindak meninggikan suara kepada kakitangan SiS yang berada di lokasi.

"Kami enggan membuka pintu sehingga peguam tiba. Polis mengatakan kami menghalang keadilan," kata Marina dalam tweet berasingan.

Sementara itu seorang ahli SiS memberitahu The Star Online melalui WhatsApp bahawa polis sebenarnya tidak menyiasat organisasi itu sebaliknya seorang kakitangan NGO berkenaan. 

Monday, 24 October 2016

Janet Jackson muncul di khalayak berpakaian wanita Islam


Luar Negara

UNITED KINGDOM: Buat pertama kalinya penyanyi terkenal dunia, Janet Jackson muncul di khalayak awam sejak mengumumkan kehamilannya dengan berpakaian wanita Islam yang dilaporkan Mirror UK.

Janet dilihat berjalan sambil berpegangan tangan bersama suaminya, jutawan Qartar, Wissam Al Manna, 41, yang dikahwininya pada 2012.
Dilaporkan Janet memeluk Islam pada 2015, beberapa tahun selepas berkahwin dengan Wissam.

Anak bongsu daripada keluarga Jackson ini menjadi ikon muzik pop dan simbol seks selama beberapa dekad dengan album terjual lebih 160 juta serta memenangi 5 Anugerah Grammys.

Penyanyi berusia 50 tahun itu kelihatan tenang dan gembira ketika membeli-belah di London awal minggu ini.

Artis Zul Yahya Kongsi Pengalaman Penghijrahannya


Sukan/Hiburan

Kuala Lumpur: Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.
Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya.

Orang Melayu perlu boikot Malaysiakini



Berita

BANGI, 21 Muharram 1438H, Sabtu – Orang Melayu digesa memboikot dan berhenti daripada melayari portal berita liberal Malaysiakini yang bermotifkan anti-Melayu dan Islam.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, portal liberal berkenaan sering memanipulasi isu dan memprovokasikan umat Islam terutama dalam isu-isu berhubung Islam dan Melayu.

"Ini jelas portal Malaysiakini bermotifkan anti-Melayu, anti-Islam, pro liberal dan melanggar semangat Perlembagaan negara.

"Justeru, orang Melayu perlu boikot Malaysiakini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ini berikutan portal lidah liberal berkenaan kerap menyiarkan artikel dan bahan-bahan laporan yang anti-Islam serta Melayu, dan ia konsisten sehingga kini.

Terbaru, isu berkaitan piawaian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi sasaran Malaysiakini untuk menyerang institusi agama itu sekaligus membuka ruang provokasi daripada kumpulan liberal.

Tuesday, 18 October 2016

Kempen Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu Mula di Jalankan di Malaysia?



Selongkar

*Kempen Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu*

Kumpulan Liberal di UK sedang cuba mengubah Solat Jumaat ke hari Sabtu.

*Alasan*Untuk mudahkan mereka bersolat krn Jumaat hari bekerja.

*Siapa Dijemput Solat Jumaat pd hr Sabtu?*Semua orang tidak kira agama atau pun orientasi seksual termasuk gay dan lesbian muslim.

*Apa nama kumpulan mrk?*Saturday Reformist Jumaah.

*Apakah kita hendak berdiam diri kalau Liberal-Liberal ini berbuat sesuka hati berkenaan Islam di Malaysia?*

*Sebelum semua ini bertapak di Malaysia, ayuh bangkit mengambil tahu dan melawan gerakan Pelampau Liberal di Malaysia*

Farouk A Peru yg turut menggerakkan kempen ini aktif menulis di Malaymail Online.
Dia juga terlibat menulis di dalam Buku kumpulan G25 Malaysia.

Friday, 14 October 2016

Umat Islam harus bersatu bela Aleppo - Qaradhawi






Umat Islam di seluruh dunia harus membantu saudara mereka di bandar Aleppo, Syria yang terkepung," ujar Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi kepada Anadolu Agency dalam sebuah wawancara eksklusif.

Syaikh Al-Qaradhawi bercakap kepada Anadolu Agency dalam kunjungannya ke bandar Istanbul Turki, di mana beliau mengambil bahagian dalam sesi ke-26 Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan.

Syaikh Qaradhawi menyeru umat Islam di seluruh dunia merapatkan barisan untuk membela Aleppo dari keganasan rejim Syria dan sekutunya.

"Umat Islam di seluruh dunia tidak dapat dipecah belah. Sebagai Muslim, kita semua harus berkongsi nasib yang sama," tegas beliau.

"Aleppo, yang menderita dan akan terus menderita, adalah masalah paling penting dari zaman kita saat ini," tambah Qaradhawi.

"Aleppo menjadi sasaran dari semua sisi oleh musuh-musuh Islam," tegas Qaradhawi. [Islampos]

AL-KAFI #397: HUKUM MENJUAL PRODUK YANG DIRUQYAH DENGAN ALATAN ELEKTRONIK

Hukum jual produk diruqyah dengan alatan elektronik

http://muftiwp.gov.my/ | .



AL-KAFI LI AL-FATAWI: SOALAN 397 (28 SEPTEMBER 2016M / 26 ZULHIJJAH 1437H)
SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Apa hukum menjual produk yang diiklankan bahawa dirukyah tetapi bacaan itu dibuat secara bacaan elektronik menerusi pemain audio dan sebagainya. Terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial.

Muzakarah berkenaan telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W. menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat Al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.

Wednesday, 12 October 2016

Mahkamah arah pendengaran wanita mahu pengisytiharan 'bukan Islam'


Mahkamah Rayuan mengarahkan pendengaran dibuat dalam kes Rosliza Ibrahim yang mahukan pengisytiharan bahawa dia tidak tertakluk bawah undang-undang Islam.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, mahkamah memutuskan kes itu akan diremit semula kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didengar oleh hakim berbeza.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata fakta kes semata-mata tidak boleh menjadi alasan kepada Mahkamah Tinggi untuk menolak kes itu.

Rosliza, 35, mendakwa menjadi anak luar nikah kepada bapa yang beragama Islam dan ibu beragama Buddha.

Dia berkata dibesarkan sebagai seorang Buddha oleh ibunya manakala bapa kandungnya tidak memberi perhatian kepada kebajikannya.

Dia memohon pengisytiharan tidak tertakluk kepada undang-undang syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah
.

Tuesday, 11 October 2016

Asia Barat: Dari perang dingin kepada perang sebenar






Konflik Asia Barat: Pertembungan Amerika Syarikat dan Rusia Dari Perang Dingin kepada Perang Sebenar

Selepas Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kekalahan Jerman dan Jepun, muncullah dua kuasa besar dunia; Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dua kuasa besar yang memiliki senjata nuklear yang bukan sahaja boleh memusnahkan kedua-dua negara bahkan dunia keseluruhannya. Era 1940-an sehingga 1980-an menyaksikan pertembungan antara kedua-dua kuasa besar ini sehingga melahirkan blok Barat yang mewakili AS dan blok Timur yang mewakili Kesatuan Soviet. Pertembungan antara kedua-dua blok ini merentasi benua bukan sahaja benua Eropah bahkan juga Asia, Afrika, Amerika Selatan dan tidak terkecuali juga Dunia Islam. 

Era Perang Dingin

Era ini dinamakan era Perang Dingin kerana tidak berlaku peperangan sebenar, yang berlaku ialah perang diplomasi, perang mulut, perang media, perang proksi dan seumpamanya. Masing-masing berlumba membuat pelbagai jenis senjata untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan tanpa menghiraukan batas-batas manusiawi. Justeru medan perang diwujudkan untuk menguji senjata masing-masing. Dalam tempoh 40 tahun tidak kurang tiga peperangan besar berlaku yang mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia.

Monday, 10 October 2016

Yahudi berpuasa tetapi tolak hukum jenayah Islam





PERISTIWA Asyura (10 Muharram) mengingatkan kita tentang selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun, kaum dan kezalimannya, serta tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya di dalam laut yang menandakan berakhirnya sebuah pemerintahan yang zalim.

Ini ditunjukkan oleh  orang Yahudi di Yathrib yang berpuasa pada 10 Muharram. Nabi SAW bertanya mereka tentang puasa tersebut. Lantas mereka beritahu bahawa pada 10 Muharram itulah Musa diselamatkan dan Firaun tenggelam, lalu mereka berpuasa sebagai tanda syukur. Nabi SAW menyebut bahawa ‘kami lebih berhak dengan Musa daripada kamu’. Nabi perintah para Sahabat berpuasa 9 Muharram dan 10 Muharram supaya tidak sama dengan Yahudi.

Turki, Qatar hantar 250 tan tepung bantu rakyat Syria



Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) dan Yayasan Bantuan Kemanusiaan Sheikh Thani bin Abdullah Qatar (RAF) dilaporkan telah menghantar 250 tan tepung ke Syria yang sedang dilanda perang.

"Konvoi 50 lori telah berangkat dari wilayah sempadan selatan Turki Hatay menuju ke Aleppo dan Idlib Syria," kata Setiausaha Agung IHH Yavuz Dede, seperti dilapor Memo, semalam.
Pada September lalu, konvoi bantuan PBB telah diserang pada masa akan memasuki Aleppo, di mana 275,000 warga sivil tengah memerlukan bantuan kemanusiaan.

Serangan di Urum al-Kubra, wilayah Barat Aleppo itu mengorbanan Ketua Bulan Sabit Merah Syria, kakitangan sokongan dan pemandu dalam konvoi 31 trak itu.
Syria telah terkunci dalam perang saudara sejak awal 2011 ketika rejim Bashar al-Assad menumpaskan pasukan pembebasan.

Pusat PenelitianSuriah, sebuah NGO yang berpusat di Beirut telah mengumumkan bahawa jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat konflik selama lima tahun telah melebihi 470,000 jiwa. [Islampos]

Di Tangan Erdogan, Turki Bangkit Menuju Negara Islam Yang Maju

Erdogan

Turki yang dibentuk oleh Mustafa Kemal Attaturk selepas meruntuhkan Khilafah Turki Utsmani, direkabentuk sebagai negara sekular. Bahkan, azan pun sempat diganti menjadi berbahasa Turki, Al Quran dibaca dengan dialek Turki, pelajaran bahasa Arab dan agama dihapuskan dari kurikulum pendidikan. Walau bagaimanapun liberalisme dan sekulerisasi itu justru membuat Turki terpuruk.

"Subhanallah, datangnya Presiden Turki yang sekarang ini, Erdogan yang sangat masyhur luar biasa orang ini, semoga Allah menjaganya. Beliau menukar setelah dalam 10 tahun ini, sistem Turki yang sekular menjadi sistem Islam. Menerapkan syariat Islam, "kata Ustaz Khalid Basalamah dalam salah satu ceramahnya.

Khalid kemudian menambah bahawa selepas Erdogan mengubah Turki menjadi lebih islami, dunia mencatat 25 capaian positif. Di antaranya, produk domestik negara Turki pada 2013 mencapai US $ 100 bilion menyamai gabungan tiga negara ekonomi terkuat di Timur Tengah (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Iran), Erdogan membawa Turki melakukan lompatan ekonomi dari kedudukan 111 dunia menjadi peringkat 16 dunia.

sumber tarbiyah.net

10 Salah Faham Mengenai Pindaan RUU AKTA 355 Mengikut Pandangan UMNO



Isu Semasa

Usul persendirian(private bill) yang cuba dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa kali sebelum ini,telah dikemukakan di Parlimen khamis lepas 26/5/16,setelah YB Menteri di JPM membawa usul meminda susunan aturan mesyuarat dgn menaikan/mendahulukan notis usul berkenaan.Dewan seterusnya bersetuju ia di bentangkan dan dibahaskan di sidang Parlimen oktober ini bagi bacaan pertama,kedua dan ketiga menurut peraturan sedia ada.

(Mengikut peraturan usul persendirian hanya boleh di kemukakan setelah SEMUA URUSAN USUL KERAJAAN selesai.)

Usul yang dibawa ialah bagi meminda akta sedia ada yaitu Akta 355-satu akta yg mengawal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Mahkamah di negeri negeri)dlm negara kita
Usul ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini.

Pindaan ini berkaitan had jumlah hukuman yg boleh di jatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan( yaitu Hukuman rotan TERHAD kpd maksimum 6 kali sebatan, denda TIDAK MELEBIHI RM 5000 dan penjara MAKSIMA 3 tahun).Sesetengah pihak berpendapat had ini sudah tidak sesuai malah tidak SELARI DGN SYARIAT.(kali terakhir had ini di pinda ialah pada tahun 1984-32 tahun yg lalu)
Pindaan ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak TERPAKAI kepada golongan Bukan Islam.

Inilah Kisah Perjalanan Pendeta Kristen Ortodoks Bulgaria Memeluk Agama Islam



Artikel"

Seorang pendeta Kristen Ortodoks asal Bulgaria bernama Atanas Mihaylov akhirnya memutuskan diri untuk memeluk agama Islam. Atanas kemudian mengubah namanya menjadi Abdullah.

Atanas menunaikan Ibadah Haji atas undangan langsung dari Raja Arab Saudi. Semua berawal dari keraguan yang ada didalam diri atas ideologi Kristen yang menuhankan Nabi Isa As serta ajaran trinitas. Dari kebimbangan tersebut mengantarkan Atanas mempelajari ajaran ketuhanan dalam Islam.

Setelah Ibundanya meninggal dunia pada tahun 2012, Atanas mengalami masalah kesehatan dan kejiwaan setelah ibunya meninggal. 


Saat itu Atanas menemui salah satu ulama Islam di Bulgaria, untuk konsultasi spiritual. Saat itu Atanas menceritakan mimpinya yang sangat aneh, dalam mimpinya Atanas seperti berada di sebuah negeri Arab dahulu kala, di mana orang-orang Arab yang dilihat dalam mimpinya memakai pakaian tempo dulu.

Di antara orang Arab yang ditemuinya itu ada sesorang dengan wajah dan pakaian bersih, memandangnya dalam waktu lama serta mengenalkan dirinya bernama Ahmad.

Ulama Islam yang ditemuinya menyatakan bahwa Ahmad adalah salah satu dari nama Nabi Muhammad SAW nabi akhir zaman.

Sejak kejadian itu Atanas mencari kebenaran dengan mencari tahu tentang Islam, membaca sejarah dan sirah Nabi Muhammad Saw serta membaca Al-Qur’an yang diterjemahkan ke bahasa Bulgaria. Hingga akhirnya menemukan potongan ayat dalam Surat Shaf yang menceritakan pengakuan Nabi Isa AS bahwa akan ada nabi setelahnya yang bernama Ahmad.

Nama Ahmad sama dengan yang pernah dijumpainya dalam mimpi Atanas. Kemudian Atanas memutuskan untuk menjadi muslim.

Sejak memutuskan memeluk agama Islam, Atanas mendapatkan kecaman dan kritikan dari masyarat Bulgaria dan pihak gereja. Bahkan sempat muncul fitnah bahwa keputusan memeluk Islam karena untuk menikah dengan wanita Turki.

Thursday, 6 October 2016

PBB jadi beban bagi masyarakat dunia - Erdogan



Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam sebuah pidato di Ankara mengatakan PBB menjadi beban bagi manusia. Itu kerana struktur dan kekuasaan mereka yang tidak adil.

Majlis Keselamatan PBB ditubuhkan untuk menjamin hak-hak asasi manusia dan menghilangkan ketidakadilan, tetapi hari ini mereka gagal untuk melaksanakan tugas tersebut, lapor HDN.

Erdogan mengkritik ketiadaan negara Muslim yang menjadi anggota di Dewan Keselamatan PBB. Beliau menyarankan agar keahlian tetap Majlis Keselamatan PBB perlu dipertingkatkan dari 10 negara hingga 20 negara, sehingga semua 193 negara mempunyai giliran yang sama.

Presiden Turki itu juga mengecam Kesatuan Eropah, kerana gagal menepati janjinya perihal bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria. Beliau mengatakan bahawa dari €3 bilion yang dijanjikan oleh Brussels, baru €179 juta yang sampai sehingga ini.

Walaupun isu pelarian dibincangkan pada sesi terakhir Perhimpunan Agung PBB di New York, namun tidak ada yang benar-benar membincangkannya dengan serius.

Sementara Erdogan menegaskan bahawa Turki akan terus menghadapi tugas kemanusiaan, "terlepas dari apakah Kesatuan Eropah membuat janji atau tidak". [Islampos]

Tuesday, 4 October 2016

Pelakon Terkenal Van Damme Jadikan Rasullullah Sebagai Ikon



Berita

Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon berasal dari Belgia yang terkenal dengan aksi-aksi stunt yang ngeri lagi bahaya.  Dengan tubuhnya yang kelihatan sado dan sihat di usia 55 tahun, Van Damme ternyata memiliki cara yang tak diduga dalam menjaga kesihatan tubuhnya. Van Damme mengaku mencotohi amalan hidup dari Nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah sesi wawancara, Van Damme ditanya mengenai pola pemakanan yang sihat. Van Damme kemudian menjawab bahawa ia mengikuti pola pemakanan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Islam. Beliau berkata, " Bacalah.. Buku-buku dari Muslim, banyak perkara-perkara baik yang boleh dicontohi di situ. Nabi Muhammad sangat cerdas,”  ungkap Van Damme diawal penjelasannya.

Pelakon Terkenal Van Damme Jadikan Rasullullah Sebagai Ikon



Berita

Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon berasal dari Belgia yang terkenal dengan aksi-aksi stunt yang ngeri lagi bahaya.  Dengan tubuhnya yang kelihatan sado dan sihat di usia 55 tahun, Van Damme ternyata memiliki cara yang tak diduga dalam menjaga kesihatan tubuhnya. Van Damme mengaku mencotohi amalan hidup dari Nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah sesi wawancara, Van Damme ditanya mengenai pola pemakanan yang sihat. Van Damme kemudian menjawab bahawa ia mengikuti pola pemakanan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Islam. Beliau berkata, " Bacalah.. Buku-buku dari Muslim, banyak perkara-perkara baik yang boleh dicontohi di situ. Nabi Muhammad sangat cerdas,”  ungkap Van Damme diawal penjelasannya.

Erdogan selar Kongres AS benarkan tuntutan mahkamah terhadap Arab Saudi



Luar Negara

ANKARA 2 Okt. - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mengundi untuk melangkaui kuasa veto yang dimiliki Presiden negara itu, Barack Obama.

Undian itu dibuat bagi meluluskan rang undang-undang yang membolehkan mangsa tragedi 11 September mengemukakan saman terhadap Arab Saudi.


"Keputusan Kongres AS membenarkan tuntutan mahkamah dibuat terhadap Arab Saudi berhubung tragedi 11 September 2001 yang lalu itu adalah sangat malang," kata Erdogan ketika berucap sempena upacara pembukaan sidang Parlimen negara itu semalam. - AFP

Pindaan RUU 355 mampu bendung jenayah syariah, anak luar nikah



Berita

KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini dilihat mampu menangani pelbagai jenayah syariah, termasuk kelahiran anak luar nikah.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSiM), Datuk Mahamad Naser Disa berkata, undang-undang lebih ketat diperlukan bagi membendung kelahiran anak luar nikah, ekoran peningkatan kes itu saban tahun.

Bukti Ilmiah Bahwa Nabi Muhammad Pernah Membelah Bulan Jadi Dua


Umum

Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir dan silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku.

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa suatu ketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakam oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garis rekahan pada bulan.

NASA telah menghantar 3 angkasawannya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bulan pernah terbelah dua!
Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1434 tahun yang lalu.
Saksikan video ini sebentar..