Monday, 9 September 2013

Selipar Terpakai Jadi Mas Kahwin

by SUPER ADMIN on 9 SEPTEMBER 2013
Selipar Terpakai Jadi Mas Kahwin
Kuala Lumpur : Selipar terpakai, duit RM2, sudu, buku atau apa saja barang yang ada ketika majlis akad nikah dijalankan, boleh dijadikan mas kahwin. Lebih memalukan, ada antara pernikahan itu hanya sah selama 30 minit. Selepas tempoh itu, pasangan berkenaan akan bercerai secara automatik.
Majlis pernikahan secara mutaah (kontrak) ini mungkin perkara biasa di negara yang majoriti penduduknya pengikut Syiah seperti Iran dan Iraq. Bagaimanapun, pernikahan yang sekadar mahu menghalalkan zina ini turut berlaku di Malaysia.
Ini diakui Suhana, 34, yang pernah tiga kali bernikah secara mutaah sepanjang dua tahun menjadi pengikut Syiah sebelum bertaubat setahun lalu.
Katanya, kali pertama dia berkahwin secara mutaah untuk tempoh empat bulan, kedua tiga minggu dan kali ketiga bagi tempoh dua bulan.
Suhana berkata, dia yang sebelum itu janda anak tiga, dipelawa mengikuti kumpulan Syiah itu menerusi kenalan lelakinya yang juga rakan perniagaan. – Webberita | Terkini via Metro

No comments:

Post a Comment