Thursday 1 August 2013

Wanita video anjing hari raya ditahan polis, dakwa babi juga halal


maznah mohd yusof 1 

Dog whisperer malaysia kena tidur lokap?
Yang paling menyampah bila dia dakwa BABI pun tidak haram mcm anjing juga. Klik sini baca
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing telah ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
Peguamnya Latheefa Koya berkata Maznah Mohd Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang untuk diambil keterangan. Saya juga tidak pasti berapa lama Maznah akan kekal dalam tahanan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz, dipercayai individu yang memuat naik video Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas di YouTube.
Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya.
– BERNAM

No comments:

Post a Comment