Menurut laporan Reuters, hakim turut mengarahkan penutupan laman sesawang Free Saudi Liberals yang bertujuan untuk membahaskan peranan agama di negara itu.

Pengasasnya, Raif Badawi dilaporkan telah ditahan sejak Jun tahun lalu atas dakwaan melakukan jenayah siber.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW), laman sesawang tersebut turut memaparkan kritikan Raif terhadap tokoh agama termasuk Mufti Besar negara itu

Sumber:
Sinar Harian: 1 Ogos 2013