Thursday, 22 November 2012

Jakim Hantar Wakil Ke Majlis Pemasyuran Mufti Bosnia & Herzagovina



Pada hariKhamis, 1 Muharram 1434H telah berlangsung Majlis Pemansyuran Grand Mufti & Raisul-Ulama, bagi Negara Bornia & Herzagovina. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adalah antara tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis yang bersejarah ini. Pada hari tersebut Syeikh Hussin Effendy Kavasovic, 48 telah dimasyurkan sebagai Grand Mufti dan Raisul-Ulama yang Ke 14 menggantikan Syeikh Dr. Mustafa Ceric yang telah tamat tempoh perkhidmatan selama 17 tahun menjadi Mufti Bosnia & Herzagovina. Syeikh Hussin adalah ulama lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau dipilih secara undian oleh masyarakat  Islam Bosnia, dari kalangan 8 orang Mufti sediaada yang terdapat di dalam wilayah-wilayah Bosnia & Herzagovina. Majlis pemasyuran seumpama ini adalah acara tradisi yang telah dilaksanakan di Bosnia & Herzegovina, sejak tahun 1884 M, iaitu ketika di bawah naungan Empayar Uthmaniyah.
 
Majlis diadakan di Masjid Besar Sarajevo, dihadiri ribuan masyarakat Islam serta lebih 500 orang tetamu jemputan dari dalam dan luar Negara. Majlis ini juga mendapat liputan meluas media tempatan, termasuk siaran langsung oleh dua stesen TV tempatan.Turut hadir ialah perwakilan ulama dari Negara-negara OIC iaituTurki, Saudi Arabia, Mesir, Iran, Kuwait, Indonesia, Pakistan dan lain-lain lagi. Malaysia diwakili oleh Tn Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, TKP (Dasar) dan Tuan Mohd Hussain Bakar,  Pemangku Duta Besar Malaysia di Sarajevo. Selepas majlis tersebut diadakan jamuan makan malam yang turut dihadiri oleh Presiden Bosnia & Herzegovine, serta pemimpin-pemimpin tertinggi Katholik dan Protestant Bosnia.
 
Dalam kesempatan tersebut juga TKPD dan Pemangku Duta Besar Malaysia di Sarajevo telahmengadakan kunjung hormat kepada Mufti baru. Pertemuan selama 30 minit itu adalah bagi mengucapkan tahniah bagi pihak Kerajaan Malaysia, di samping membincangkan beberapa isu berkaitan dakwah, pendidikan Islam dan pengurusan halal.  Mufti telah mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang banyak membantu Bosnia selama ini, dan menyatakan harapan yang tinggi kepada Negara-negara Islam, khususnya Malaysia supaya terus memberi sokongan moral dan bantuan bagi membangunkan modal insan masyarakat Islam Bosnia & Herzagovina yang masih dalam keadaan tidak menentu, dari masa ke semasa.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment