Tuesday 4 September 2012

97 PELAJAR DARUL QURAN KE TIMUR TENGAH


web-Untitled-1
30 Ogos 2012 - Pada  29 Ogos telah diadakan Majlis Meraikan Pelajar Ke Timur Tengah bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, dan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran serta pegawai-pegawai kanan Darul Quran.
Majlis yang penuh meriah tersebut dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Tuan Haji Paimuzi dan diikuti ucapan perasmian serta amanat daripada Tuan Haji Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Razali bin Shahabuddin telah mengingatkan para pelajar yang akan menyambung pengajian ke Timur Tengah agar dapat memanfaatkan peluang semasa di luar negara dengan mempelajari dan menguasai sebanyak mungkin ilmu agama dari sana dan mendoakan kejayaan mereka kelak.
Sempena majlis ini juga, Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, JAKIM disertai Pengarah Darul Quran turut menghantar para pelajar di KLIA. Dalam amanat Y.Bhg. Dato’ Haji Othman, beliau mengingatkan kepada para pelajar agar menjaga diri sebagai seorang “Hafiz” serta mengambil peluang mempelajari dan mendalami ilmu di sana.
Seramai 97 orang pelajar akan berlepas ke Timur Tengah. 67 orang pelajar telah berlepas ke Mesir malam tadi  untuk menyambung pengajian dalam bidang Qiraat di Universiti al-Azhar. Manakala seramai 30 orang pelajar telah selamat berlepas ke Jordan bagi menyambung pengajian di pelbagai institusi pengajian di sana seperti di Universiti al-Bayt, Unversiti Mu’tah dan Universiti Yarmouk, Jordan.

web-DSC_2528
web-DSC_2548
web-DSC_2554
web-DSC_2563
web-DSC_2602
web-DSC_2637
web-DSC_2664
Foto: Muktasyaf Ibrahim AnNami

No comments:

Post a Comment