Thursday, 22 September 2011

TERAPI IBADAH (SOLAT)

Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim. Ia adalah tiang agama itu sendiri. Berdasarkan hujah Syarak samaada yang terdapat di dalam al-Qur’an, Hadis Rasulullah s.a.w, pandangan ulama dan kajian sains moden, solat telah terbukti mempunyai sejuta hikmah tersembunyi. Penulisan tajuk ini bermaksud untuk melihat bagaimana solat boleh berperanan untuk merawat penyakit zahir dan juga batin (Fizikal dan rohani).


Fadhilat Solat

Beberapa ayat dari al-Qur’an menjelaskan fadhilat solat seperti berikut;

Firman Allah “ Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) apa yg diwahyukan kepadamu daripada al Qur’an dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.( Al Ankabut 45)

Firman Allah:” Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman yg khyusuk dlm solat mereka dan yg menjauhkan diri drp perbuatan dan perkataan yg sia-sia dan mereka yg menunaikan zakat dan yg menjaga kemaluan mereka…(Al Mu’minun :1-11)

Firman Allah bermaksud: “ Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia menerima kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yg mereka itu tetap mengerjakan solatnya”. (Maarij: 19-23).

Seterusnya terdapat keterangan daripada Hadis Rasulullah menjelaskan Fadhilat solat antaranya ialah;

Abu Zar berkata bahawa Rasulullah bersabda:” Suatu ketika Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan drp sebatang pokok maka daun2 tersebut mulai gugur dgn lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, “Wahai Abu Zar” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian baginda bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solat utk mendapat keredhaan Allah dosanya gugur sebagaimana gugurnya daun-daun ini dari pokok (Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah katanya Rasululah bersabda ‘Jika sebatang anak sungai mengalir dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran ? Para sahabat menjawab “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran”. Rasulullah bersabda, “Maka demikian juga solat lima waktu, melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Drp Huzaifah menyatakan , bahawa Rasulullah apabila mengalami suatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat (Riwayat Ahmad dan Abu Dud)

Seorang tokoh ulama Fazlur Rahman (1992) ketika mengulas amalan solat beliau menyatakan seperi berikut

"Solat biasanya menghasilkan kebahagiaan dan kepuasan dlm fikiran. Solat menyingkirkan perasaan gelisah dan memadamkan api kemarahan. Solat menambahkan kecintaan pada kebenaran dan menambahkan kerendahan hati kepada manusia. Solat dapat menjadi penawar tekanan kerana melaluinya muncul kualiti diri yang positif seperti kesabaran, daya tahan dan keteguhan hati ketika menghadapi cabaran hidup".


Berdasarkan keterangan-keterangan di atas adalah jelas menunjukkan solat bukan sebarang Ibadah melainkan ia adalah amalan yang boleh berperanan untuk menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu khususnya penyakit dalaman dan luaran manusia. Solat adalah penyuci diri drp dosa, benteng diri dari melakukan maksiat dan mungkar sekaligus pemangkin seseorang untuk berjaya di dunia dan juga akhirat.

Pandangan Sains

Berikut diutarakan beberapa pandangan sains berkaitan kekebihan ibadah solat antaranya ialah;

Solat adalah riadah terbaik;

Bagaimanakah  solat boleh dikatakan sebagai riadah terbaik ? Menurut doktor kesihatan, kita perla melakukan riadah paling tidak 3 kali seminggu di mana setiap kali perlu memakan masa 30 minit. Kalaupun tidak kita perlu berjalan 10,000 langkah setiap hari. Pasti teramat sukar untuk dilakukan terutama bagi mereka yang sibuk. Bagi setiap Muslim mungkin mereka tidak perlu melakukan itu semua kerana mereka sebenarnya telah berriadah setiap hari iaitu dengan melakukan amalan solat. Dengan bersolat sebenarnya kita sudah melakukan pergerakan yang baik untuk kesihatan.

Benar, kesihatan tidak mungkin diperolehi melainkan apabila kita bergerak. Antara ciri-ciri mutlak makhluk yang hidup adalah bergerak. Tidak ada satu kompenen dalam tubuh kita yang tidak bergerak. Benda yang padat seperti tulangpun juga mengalami pergerakan internal iaitu saat elemen-elemen selularnya mengalami regenerasi. Apabila tubuh kita bergerak kita berhenti menyimpan lemak dan mula membakarnya. Perubatan moden mensyaratkan keadaan tubuh yang sehat sebagai ‘mengalir bebas’ iaitu tanpa halangan,dekongestan oedema yang menimbulkan banyak masalah patologi bagi tubuh.

Kejadian ginjal, pundi kencing dan hempedu yang mengandungi batu karang terjadi kerana deposit meneral yang terkumpul iaitu tidak bebas melepasi tubuh. Koronaria plaquƩ iaitu timbunan yang menyumbatkan saluran darah diotak menjadi sumber penyakit jantung ataupun embolisme saluran darah di otak yang menyebabkan strok dan mengancam jiwa.

Dengan bersolat lima waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat lainnya kita telah melakukan satu riadah yang terbaik iaitu dengan mengerakkan anggota badan kita. Gerakkan-gerakkan di dalam solat wajib dalam sehari terdiri daripada 17 rakaat. Sejumlah 17 rakaat itu memberikan 119 poustur fizikal setiap hari atau 3570 postur setiap bulan dan 43,435 postur setiap tahun. Jumlah gerakkan ini akan bertambah sekiranya kita banyak melakukan solat sunat seperti sunat wuduk, tahiyatul masjid, rawatib, tahajud, duha dan lainnya. Solat sunat harian yang lazim ini mampu menjadikan jumlah postur fizikal ini bertambah sehingga 280 postur setiap hari

Apa yang menarik keseluruhan pergerakkan solat itu tidak ada satupun yang aneh atau menyakitkan. Semua pergerakkan itu mudah dan ringgan untuk dilakukan, tanpa halangan termasuk faktor usia. Mereka yang ada halangan di benarkan untuk bersolat sambil duduk dan seterusnya. Menurut pakar seperti Dr Keneth Cooper pergerakkan ringan dan senaman ringan adalah baik untuk jantung. Kini terbukti senaman yang berat terbukti memberikan beban berat ‘stress’ yang berlebihan kepada tubuh. Ia terbukti memberikan kesan sampingan lain seperti pembentukan radikal bebas dan penurunan kadar pH badan. Senaman berat yang memaksa badan lebih membahayakan kesihatan.

Menurut Pro. Shahid Athar gerakan rekaat solat mampu membakar 10 kalori atau sekitar 200 kalori setiap 20 rakaat sunat tarawikh ketika bulan Ramadhan. Berikutan jumlah pembakaran kalori beginni gerakan solat dapat disamakan dengan senaman yang berintesiti rendah.

Seterusnya gerakkan solat mempengaruhi sistem organ tubuh kita terutamanya otot, tulang rangka dan sendi. Manakala perubahan posisi yang dilakukan mempengaruhi organ dalaman tubuh seperti peredaran darah, jantung, sistem limfatik, memberikan tekanan pada rongga dada dan perut mempengaruhi sistem pernafasan, gerakan saluran penghadaman, saluran kencing dan sebagainya. Gerakan solat mengaktifkan otot-otot tubuh. Terdapat 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami perengangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan otot.


Solat Menyihatkan otak

Sebut sahaja otak kita terbayang organ paling penting dalam tubuh kita. Kita sanggup untuk menempuh penyakit-penyakit lain dalam tubuh kita tapi jangan sesekali kita berhadapan dengan penyakit berkaitan otak. Penyakit seperti strok dan gila ia ada kaitan dengan organ otak kita. Mari kita llihat bagaimana solat akan menyehatkan organ otak kita.

Sistem peredaran darah manusia menyebabkan oksigen dan ‘zat makanan’ teredar ke seluruh tubuh. Perbuatan sujud di dalam solat adalah satu-satunya mekanisme terbaik untuk menyalurkan darah keorgan otak secara sempurna. Sujud meningkatkan aliran darah ke kepala. Secara otomatiknya ia meningkatkan kandungan oksigen dalam otak sehingga melancarkan metabolisme dalam otak. Aliran darah meningkat akibat sujud juga memberikan penambahan tekanan pada saluran darah. Ini melatih dinding-dinding saluran darah di kepala supaya lebih bersedia menghadapi tekanan sehingga mampu menjadi lebih kuat apabila menghadapi trauma.

Pada badan yang menghadapi kejutan, khususnya anafilaktik shock di mana tekanan darah ke otak menurun. Antara rawatan yang dilakukan adalah pemposisian pesakit dengan meletakkan kepala lebih rendah kebawah. Ini bertujuan meningkatkan aliran darah ke kepala. Keperluan oksigen dalam otak penting kerana sel-sel saraf otak akan mati dalam masa lima minit apabila tidak dapat oksigen. Pesakit strok yang mengalami kelumpuhan anggota badan akibat gangguan peredaran darah ke otak tidak dapat dipulihkan lagi.

Sujud yang wajib sebanyak 34 kali dalam sehari ketika solat menjamin aliran darah ke otak khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan kekuatan kontraksi dan degupan jantung meningkat sehingga dapat mencegah terjadinya strok. Seperti sistem limfatik, saluran vena tidak memiliki kekuatan kontraksi internal bagi mengepam darah. Berbeza dengan saluran arteri yang memiliki kemampuan kontraksi pada dindingnya. Oleh itu, aliran darah dalam vena juga dibantu oleh posisi tubuh dan kontraksi otot.

Kontraksi daripada otot rangka yang membantu pergerakan darah di dalam saluran vena meringankan beban kerja jantung mengepam darah. Jantung kita yang berdenyut 70 sehingga 80 kali setiap minit perla dijaga. Apabila mencapai umur 80 tahun bererti jantung kita telah berdetik 3 juta kali tanpa istirehat. Oleh itu, posisi sujud dalam solat juga menyumbang kepada jantung yang sehat.

Kita telah megetahui kelebihan ibadat solat dalam kontek terapi dan penjagaan kesihatan.Marilah kita mendirikan solat sesempurna yang mungkin, agar mendapat pahala daripada Allah juga kurnia-kurnia lainnya termasuk kesihatan rohani dan jasmani kita. Allah Hua'lam.

TERAPI IBADAH (DOA)

Melakukan amalan doa adalah dituntut di dalam Islam. Allah menyeru agar hamba-hambanya sentiasa melazimkan diri untuk berdoa. Amalan berdoa sememangnya mempunyai kelebihan dan khasiatnya sendiri.

Fadhilat Doa

Beberapa ayat al-Qur'an dan Hadis telah menjelaskan tentang amalan berdoa seperti berikut;

Firman Allah maksudnya “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaku berkenaan Aku maka (beritahu kpd mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kpd mereka), Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila mereka berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kpdku supaya mereka menjadi baik serta betul.

Hadis

Dari Abu Hurairah bahawa, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Barangsiapa yg tidak mahu meminta kepada Allah, maka Allah murka terhadapnya (Riwayat Tarmizi)

Anas sering mendengar Rasulullah berdoa “ Aku berlindung padamu ya Tuhan dari rasa sedih dan gelisah, lemah dan malas, sikap bakhil dan pengecut, cengkaman hutang dan penindasan orang lain”.
Rasulullah bersabda: “ Jarak yang paling dekat antara hamba dengan Tuhannya iaitu ketika ia sedang bersujud maka perbanyaklah doa di dalamnya” (Riwayat Muslim)

Dari Said al-Khudri beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak seorang Muslimpun yg berdoa dengan doa yg didalamnya tidak berisi dosa dan memutuskan Silaturrahim melainkan Allah memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan menyegerakan permohonannya itu atau menyimpannya untuknya di akhirat kelak, atau Dia memalingkan darinya keburukan yg setimpal dengan doanya itu.”

Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda: “ Janganlah kamu enggan utk berdoa, kerana tidak ada seorangpun yg celaka kerana berdoa (Riwayat Ibnu Hibban, Hakim dan Dhiya)

Dari Salman al Farisi Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya Allah yang Maha Hidup dan Maha Pemurah sangat malu bila ada seorang yang mengangat kedua tangannya, lalu Dia membiarkan keduanya kosong tidak menghasilkan sesuatupun (Abu Daud dan Tarmizi)


Cadangan Amalan Doa:

Memohon kekuatan iman
Dihindari Syaitan, jin dan nafsu jahat
Keteguhan Iman,
Mendapat hakikat iman,
Mencapai tahap iman org Mukminin sebenar
Mati dlm iman,
tidak dipalingkan drp iman,
Dihindari drp Syirik dan kufur
Dihindari was-was
Menjadi kekasihnya
Keampunan
Dosa diri, ibubapa keluarga dan sekian Muslimin dan Muslimat
Mohon dilindungi drp Syaitan
Mohon diberi kekuatan utk beribadah

Keselamatan Dunia dan akhirat:

-Hati yg tenang
-Umur yg berkat
-Dihindari drp api neraka
-Kesihatan jasmani, rohani, intelek dan emosi
-Dihindar dari bala dan wabak
-Kesejahteraan keluarga dan keturunan
-Mendapat keturunan yg baik
-Anak yg soleh dan solehah

TERAPI IBADAH (ZIKIR)

Zikir adalah amalan sunat untuk dilakukan oleh seorang Muslim. Walapun ia ringan di sudut perbuataan namun di sisi Allah ia adalah berat di sudut timbangan. Amalan zikir mempunyai beberapa kelebihan dan khasiat sebagaimana yang diterangkan oleh al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Fadhilat Zikir

Menurut al-Qur’an terdapat beberapa kelebihan kerana melakukan zikir antaranya ahila :

Allah berfirman yang bermaksud: ‘Iaitu orang-orang yg beriman dan tenang tenteram hati-hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram”- (ar-Ra’d:28)

Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yg beriman itu ialah mereka apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”- (Al-Anfal:2)

Berdasar beberapa Hadis Rasulullah mereka yang berzikir akan mendapat beberapa Fadhilat antaranya;

Orang yg berzikir itu hidup dan tidak berzikir itu mati.
Apa-apa yg Allah akan lakukan terhadap seseorg adalah mengikut sangkaannya terhadap Allah.
Amalan yg paling baik dan paling suci.
Ditingkatkan darjat di sisi Allah.
Org yg sibuk berzikir akan dikerumuni oleh Malaikat, diliputi rahmat, diturunkan ketenangan atas mereka.
Allah berbangga dgn mereka yg berzikir dan memujinya.
Ahli majlis zikir akan diseru oleh Malaikat dari langit dgn berkata bangunlah dan keampuinan utk kamu.
Tujuh golongan mereka yg dilindungi dibawah rahmat Allah antaranya ialah org yg berzikir
Iblis akan binasa dgn kalimah Toiyibah dan Istighfar
Seseorang yg mengucap kalimah Tiyyibah akan masuk dalam benteng Allah lalu terselamat dari azab Allah

Menurut Hafiz Ibnu Qayim r.a terdapat lebih seratus kelebihan zikir antaranya;

Zikir menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
Zikir menyebabkan keredaan Allah.
Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan dlm hati.
Zikir menguatkan hati dan badan
Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
Zikir menarik rezeki
Org yg berzikir akan diberi kehebatan dan kemanisan (org yg memandang akan merasa kehebatan dan kemanisan)
Zikir melahirkan cinta terhadapa Allah
Zikir membawa hakikat muraqabah (membawa seseorg kemartabat Ikhsan)
Zikir membawa seseorang kembali kpd Allah dan akhirnya Allah menjadi pelindung dan pembantu dlm setiap keadaan.
Zikir menghampirkan seseorang kepad Allah.
Zikir membukakan pintu ‘makrifatuAllah’.
Org yg berzikir disebut Allah dlm majlisnya.
Zikir menghidupkan hati
Zikir membersihkan karat
Zikir adalah makanan roh dan hati
Zikir menjauhkan dosa dan maksiat
Zikir menjauhkan sifat keraguan seseorg terhadap Allah
Sesiapa yg mengingati Allah dlm kesenangan dan Allah akan mengingatinya dlm kesusahan
Zikir menyelamatkan seseorg drp azab Allah
Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah
Majlis zikir adalah majlis para Malaikat sebaliknya majlis lalai adalah majlis Syaitan
Seseorg yg berzikir secara Istiqamah akan terselamat dari melupakan diri sendiri
Zikir meningkatkan kerohanian seseorg
Nur Zikrullah akan bersama seseorg itu samaada di dlm kubur atau ketika meniti Titian Sirat
Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati
Zikir adalah punca persahabatan dgn Allah sebaliknya kelalaian adalah punca permusuhan
Allah menurunkan rahmatnya utk org-org berzikir dan para Malaikat berdoa utk mereka
Sesiapa yg ingin berada di taman-taman Syurga ketika di dunia ini maka hendaklah berada di dlm majlis-majlis zikir
Majlis zikir ialah majlis para Malaikat
Allah berbangga terhadap org-orag yg berzikir dihadapan para Malaikat
Sesiapa yg banyak berzikir dia akan masuk Syurga Allah sambil tersenyum-senyum. Dengan berzikir setiap yg susah akan menjadi senang. Bebanan berat menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
Segala ketakutan dan kebimbangan akan terlenyap melalui zikrullah
Wajah org yg berzikir akan berseri di dunia dan akan bercahaya di akhirat


Amalan Zikir harus mengandungi;

Bacaan Al Qur'an,
Tahlil (La Ila Ha Ila Allah)
Selawat
Isdtighfar
Lafaz Taqdis
Lafaz Tahmid
dll

Beberapa Himpunan Amalan Yg boleh diguna ialah;


Zikir Mathurat,
Zikir Manzil,
Zikir Saidina Ali,
Zikir Imam Al Ghazali


TERAPI IBADAH (AL QUR'AN)

Al-Qur’an sebagai Kalam Allah. Merupakan Mukjizat agong yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Al-Qur’an merupakan panduan hidup bagi setiap Muslim. Sebagai Mukjizat agong ia mengandungi pelbagai ajaran di dalamnya. Tajuk ini sekadar untuk melihat secara ringkas bagaimana ayat-ayat al-Qur’an boleh dijadikan bahan terapi untuk merawat penyakit fizikal dan rohani.

Fadhilat al-Qur'an

Terdapat beberapa ayat al-Qur'an yang menjelaskan fadhilat membaca ayat-ayat al-Qur'an antarnya ialah;

Allah berfirman maksudnya:
“Dan kami turunkan dari al-Qur’an suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (al-Isra’:82).

Allah berfirman maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu (al-Qur’an) dan penyembuh bagi penyakit di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman (Yunus:57).

Allah berfirman maksudnya: Dan menyembuhkan hati orang-orang yang
Beriman ( at Taubah:14)

Allah berfirman maksudnya : Katakanlah: Dia (al-Qur’an) itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman (Fusilat:44)


Seterusnya Hadis Rasulullah juga menyebutkan mereka yang membaca ayat-ayat al-Quran akan mendapat fadhilat antaranya;

Rasulullah bersabda yang bermaksud, ‘Yg terbaik dikalangan kamu ialah yg membaca al-Qur’an dan mengajarkannya (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Daripada Abu Zar neriwayatkan “Aku telah berkata, wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya.” Rasulullah bersabda “Bertaqwalah kepada Allah kerana taqwa adalah asas bagi segala amalan”. Saya berkata lagi, “tambahkanlah untuk saya.” Bagindapun bersabda, “ Ambil beratlah untuk membaca al-Qur’an kerana al-Qur’an adalah ‘nur’ untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu dilangit (pada hari kiamat) (Riwayat Ibnu Hibban)


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”. Baginda ditanya “ya Rasulullah, apakah pengilapnya?” Rasulullah bersabda “banyak ingatkan maut dan membaca al-Qur’an (Hadis Riwayat Baihaqi)

Daripada Hazrat Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah (masjid), membaca al-Qur’an dan membaca seorang daripada mereka kepada orang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ keatas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Pernah ketika masuk kerumah Siti Aishah ketika itu Saidatina Aisyah sedang diubati lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ubatilah dia dengan Kitab Allah (al-Qur’an)

Daripada Abdullah bin Mas’ud Rasulullah s.a.w bersabda:Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan iaitu dengan menggunakan madu dan al-Qur’an.


Ayat-ayat al-Qur’an Sebagai Penawar:
•Dalam Fatihah ada penawar utk segala penyakit (Riwayat Darimi dan Baihaqi)

•Sesiapa membaca Surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan (Riwayat Darimi)

•Sesiapa membaca Surah al-Waqi’ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selamanya (Riwayat Baihaqi)

•Ada satu surah dlm al-Qur’an yg terdiri drp 30 ayat yg akan memberi Safaat kpd seseorg pembacanya sehinggalah dia diampunkan.Surah itu ialah Surah Tabarak al-Lazi (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

•Basmalah: Barangsiapa yg membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insyaa Allah akan terpelihara drp godaan dan ganguan Syaitan, drp bencana manusia dan jin, drp kecurian dan kebakaran dan drp kematian mengejut.

•Surah Al-Fatihah: Sesiapa yg membaca sebanyak 41 kali antara solat sunat Subuh dan Fardhu Subuh, Insyaa Allah permintaannya diperkenankan, Jika sakit sembuh dan Insyaa Allah dikasihi oleh makhluk dan ditakuti musuh.

•Ayat kursi: Barangsiapa yg membacanya sekali selepas tiap-tiap solat fardu, Insyaa Allah terpelihara drp tipudaya dan gangguan Syaitan.


•Surah al-Baqarah: Barangsiapa yg membaca dua ayat yg terakhir dari surah ini sebelum tidur, ia akan terselamat drp sebarang bala bencana dan bahaya Insyaa Allah. Barangsiapa yg membaca keseluruhan surah ini sewaktu naik rumah baru. Insyaa Allah rumah akan diberkati dan terhindar dari gangguan.

•Surah Ali Imran: Barangsiapa membaca tiga ayat pertama dari surah ini, Insaa Allah ia akan kecapi keihatan drp sebarang penyakit dan terselamat drp ganggun jin.

•Surah Thahaa: Barangsiapa membaca ayat 25-28 sebanyak 21 kali selepas solat Subuh, Insyaa Allah otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna


•Surah al-Mukminun: Barangsiapa yg membacanya keatas air, lalu diberi minum kpd org yg selalu minum minuman keras, Insyaa Allah ketagihannya akan hilang dan dia tidak akan meminumnya lagi.

•Surah an Nur: Barangsiapa yg membacanya, Insyaa Allah ia akan terhindar drp mimpi-mimpi buruk

•Surah al-Qasas: Barangsiapa yg membaca ayat 51-55 dari surah ini, Insyaa Allah otaknya akan cerdas, sempurna dan budi pekertinya akan menjadi halus.

•Surah al Hasyr: Barangsiapa yg membaca ayat 20 sehingga akhir surah ini, Insyaa Allah akan mendapat kejernihan jiwa dan ketenangan hati.

•Surah al Kafirun: Barangsiapa membacanya setiap pagi dan petang, Insyaa Allah ia akan dijauhi dari syirik, bid’ah, buruk sangka dan kepercayaan karut.

•Surah al-Falaq: Barangsiapa membacanya, Insyaa Allah akan terpelihara dari penyakit ‘ain’, sihir, hasad dengki dan fitnah orang.

•Surahan Naas: Barangsiapa membaca Surah an_Nass akan terpelihara drp was-was dan kerasukan Syaitan.

Wednesday, 21 September 2011

Proses dan Teknik Rawatan Dlm Kaunseling Syarie

Unsur Insan

Roh (Tidak diketahui bentuk dan letak tempat duduknya. Hanya Allah sahaja yg mengetahui keadaannya)

Firman Allah yg bermaksud: “ Mereka bertanya kepadamu berkenaan roh.Katakan, Roh itu adalah urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja (Al Isra: 85)

Aqal (Dlm organ otak)
Jasad (seluruh anggota tubuh badan)
Ketiga-tiga anggota tersebut wujud pada setiap tubuh manusia. Ia memerlukan penjagaan utk kesehatan dan kesejahteraan. Sekiranya ia gagal dijaga ia juga akan mengalami sakit.

Punca Penyakit

(1) Dalaman (Rohani)
(2) Luaran (Fizikal)

(1) Dalaman
(1.1) Permusuhan Syaitan:

“Dan sesiapa yg tidak mengendahkan pengajaran al-Qur’an yg diturunkan oleh Allah yg maha Pemurah maka kami akan adakan baginya Syaitan (yg menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu rakan yg tidak renggang daripadanya-(az-Zukhruf:36).

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka sehingga mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah. Mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah, bahawa puak Syaitan itu sebenar-benarnya orang yg rugial-Mujadalah:19)

“ Sesungguhnya Syaitan itu hanya bertujuan mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian anatara kamu dgn sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu drp mengingati Allah dan drp mengerjakan solat.Oleh itu mahukah kamu berhenti? (al-Maidah:91)

(1.2) Nafsu
Maksud Firman Allah:” Hai nafsu yg tenang. Kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dlm golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKU (Al Fajr:27-30).

Maksud Firman Allah:” Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh pada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguh Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Yusuf:33)

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah. Kita memohon pertolongan dan keampunanNya. Dan kita mohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan nafsu kita dan keburukan-keburukannya (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

3) Luaran

Alam yg tercemar
Kuman
Makanan tercemar/tabiat makan
Mengamalkan Gaya Hidup Tidak Sehat

Penyakit juga berlaku pada 3 tahap, dimana musuh/penyakit akan menyerang;

Roh
Aqal
Fizikal (tubuh badan)


Keharusan Berubat Menggunakan Al-Qur’an dan Amalan Sunnah

Imam as Syafie: “Tidak mengapa berubat dengan Kitab Allah dengan sesuatu yang diketahui dgn zikrullah

Ibnu Qayyim: “Apabila ternyata beberapa khasiat dan guna sesetengah ayat al-Qur’an maka tiadalah keraguan lagi terhadap hukum Tuhan Rabbul A’lamin”.
Al-Qurtubi : “Harus berubat dengan Kalamullah dan juga nama-namanya, dan jika terdapat pula kesan /hadith yg menerangkan demikian) maka adalah lebih disukai dan digalakkan”.

Al Imam as Syahid Hassan al Banna: “Jampi, mentara, mengaku perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi yang diterima drp Rasulullah s.a.w.

Qawai’d Lil I’laj (Kaedah Rawatan)

I’laj Al-Aqlu (terapi Kognitif)
I’laj Ar-Ruhi (Terapi Roh)
I’laj Jasadi ( Terapi Jasad/Fizikal).

I’laj Al-Aqlu (Terapi kognitif)

Objektif:

Menjauhkan Syaitan drp mempengaruhi pemikiran
Menjauhi was-was dan keraguan dlm pemikiran
Melahirkan ketenangan dlm pemikiran
Mendapatkan rasional dlm berfikir

Simtom penyakit Rohani dlm pemikiran:

Fikiran celaru dan sentiasa Rungsing
Suka Suu’ Zon (buruk sangka)
Berfikiran hasad dan khianat
Berfikiran Syirik/kufur

Kesan Penyakit:

Tidak mampu membuat keputusan
Sentiasa keliru dan rungsing/bimbang
Was-was dlm semua perkara terutama ketika beribadat
Tidak yakin pada diri sendiri
Suka aninaya org lain
Bisikan (halusinasi) spt ajakan membunuh diri, pijak Al-Qur’an, membunuh org d.l.l.
Gila

I’laj al Aqlu (Terapi Kognitif)

Merenung Tanda-tanda kebesaran Allah pda dirinya
Memikirkan segala nikmat-nikmat Allah yg telah diberikan
Merenung hakikat diri yg sekadar hamba Allah yg kerdil yg serba serbinya lemah spt tubuh badan, aqal dll,
Muhasabah diri terhadap dosa dan kesalahan yg pernah dilakukan
Muhasabah kembali menentukan matlamat hidup yg diamalkan selama ini
Manusia tiada yg sempurna
Hidup sentiasa akan diuji.
Hidup dunia hanyalah sementara
Hidup tidak boleh putus asa.
Hidup kena banyak sabar dan sanggup menerima taqdir Allah
Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Allah megetahui segala perkara.
Jangan bergantung selain drp allah.
Yakin bahawa Allah sentiasa menolong hamba-hambanya.
Yakin bahawa Allah maha pengampun
Hidup jangan bersangka buruk kpd Allah.
Jgn putus asa drp Rahmat Allah
Tidak ada masalah yg tidak boleh diselesaikan.
Bagi setiap kesukaran pastinya ada kesenangan.
Bagi setiap musibah itu ada hikmahnya.
Segala penyakit ada ubatnya kecuali mati
Jgn bersikap buruk sangka kpd semua perkara
Hindari pemikiran negatif

Proses dlm sesi :

Nasihah Bil Hikmah
Tazkirah (Peringatan)
Muzakarah (Bincang).
Mujadalah (berhujah)

Proses di luar sesi:

Halaqah ilmu, Usrah,Tafakur,
Mendengar tazkirah dan
Mendengar bayan dan taklim


Menghafal dan mengamalkan:

Ayat-ayat al-Qur’an, doa dan selawat Sifa’
Meminum air zam-zam atau air Yassin


I’laj Ruhi (Terapi Roh)

Objektif:

Menjauhkan diri drp Syaitan.
Penyucian diri drp kekotoran dan beban dosa
Melahirkan ketenangan dan kegembiraan

Simtom penyakit Rohani:

Bertingkahlaku buruk spt dlm tuturkata
Suka melakukan maksiat
Tidak takut berbuat dosa
Malas melakukan ibadat
Lupakan Allah
Lupakan Mati

Penyakit Rohani Yg Akan dihinggapi:

Keluh kesah
Berjiwa lemah
Teramat Mudah marah
Kesedihan melampau
Ketakutan melampau
Kegelisahan berpanjangan
Was-was
Jiwa tertekan/stress berpanjangan
Kegembiran melampau

Amalan Terapi I’laj Ruhi:

1. Melazimkan kekal dlm Berwudu’
2. Berdoa
3. Menunaikan Solat Fardhu dan Sunnat.
4. Membaca al-Qur’an
4. Zikir (Azan, Mathurat, Manzil, Zikir Saidina Ali,
Tahlil,Takbir dan Taqdis,Selawat dan Istighfar
5. Berpuasa,
6. bersedeqah,

Setiap amalan yg disebutkan di atas mempunyai Fadhilat tersendiri berdasarkan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Amalan tersebut hendaklah dilakukan secara ikhlas dan betul

Kaunseling Syarie: Konsep dan Amalannya

Muqadimah

Pada hakikatnya tidak ada pengertian khusus mengenai Kaunseling Syar’ie.

Namun konsep Konseling Syarie menghampiri makna ‘Din An-nasihah, ‘Al-Amru Bil Ma’ruf Wa Nahu Anil-Mungkar, Taujih Wal Irshad’ dan‘Islah Wa Da’wah’.

Berdasarkan konsep ini kaunseling Syar’ie ialah proses tolong bantu yg dilakukan oleh seorang kaunselor/Mualij yg berkemahiran kepada klien berpandukan prinsip al Qur’an, Sunnah dan Ijmak.

Mereka yg mengendalikan kaunseling Syarie ini dipanggil sebagai kaunselor Syarie

Konsep

Berasaskan al-Qur’an, Sunnah dan Ijmak Ulama,.
Bertujuan membantu mereka yg berhadapan dengan masalah
Dilakukan dengan penuh keikhlasan.
Dilaksanakan dengan penuh profesional dan mereka yg terlatih.
Perbincangan meliputi aspek iman, kepercayaan pada Allah, dosa, pahala dan kehidupan akhirat.

Prinsip

Memberi nasihat.
Menggalakan aktiviti yang sihat.
Mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Mempunyai keazaman untuk melakukan amalan Soleh dan menghindari dosa.
Membantu untuk meningkatkan diri dan mebuang segala sifat buruk.
Dilakukan oleh orang yang pakar dan mereka yang telah menjalani latihan khusus.
Dilakukan dengan secar sukarela dan penuh keikhlasan.
Dilaksanakan berasaskan Syariah Islam.

Fungsi

Bagi menyelesai masalah klien
Membantu klien memahami bagaimana masalah timbul dan menyelesaikannya.
Merawat klien secara rasional melalui pendekatan agama dan menghindari pengaruh nafsu dan Syaitan.
Menggalakan klien bersikap mulia, jujur dan mesra dengan pihak lain.
Memandu klien untuk mengelakkan gaya hidup negatif spt melakukan maksiat, dadah dan arak.
Menggalakan klien mengamalkan gaya hidup berdisiplin dalam kehidupan.

Ciri Mualij (Kaunselor Syarie)

Beriman & bertaqwa
Ikhlas
Amanah
Tidak Mudah Menghukum
Sabar
Berakhlak Mulia dan mampu berinteraksi dengan baik
Tolenrasi
Berkomunikasi dgn baik
Tidak Munafiq

Adab Ketika Sesi

Betulkan Niat (Ikhlas)
Minta izin utk masuk (klien)
Dlm berwuduk bagi kedua pihak Mualij dan klien
Duduk dgn tertib
Menutup Aurat
Hindari pergaulan bebas
Dahului dgn bacaan fatihah/doa
Tenang
Berbincang dgn suara yg rendah
Hindari pertengkaran
Elak dari menjatuhkan maruah
Elak dari ketawa dan bergurau
Sentiasa muhasabah diri
Jangan putus harapan
Dlm rawatan tidak menggunakan kaedah yg bertentangan dgn Syarak

Proses Kaunseling

Muqadimah (sambut klien, mula dgn Basmalah dan doa
Ta’aruf -membina kejelekitan
Bai’ah u’la ( Perjanjian pertama Mualij & klien)
Muhasabah diri (penerokaan/daignosis)
I’laj Ula’ -I’laj al aqlu (Terapi Kognitif)*
I’laj Thaniah-Ilaj Ruhi (Terapi Roh)+
Bai’ah thaniah ( Perjanjian kedua utk berpisah)
Penutupan sesi

*dlm sesi
+Luar sesi-dilakukan individu berbentuk amalan