Tahun baru 2012 akan tiba sehari lagi. Secara kebiasaannya ia akan disambut secara besar-besaran. Semua peringkat manusia gembira dengan kedatangan tahun baru Masehi ini. Terkadang saya terfikir juga yang beria-ia menyambutnya dengan penuh kegembiraan itu untuk apa ? Bagi saya tahun baru bermakna bertambah umur kita. Ini bermakna yang muda menjadi tua. yang dah tua semakin tua. Bukankah itu menunjukkan umur kehidupan kita di dunia semakin pendek ? Itu bermakna detik kematian semakin menghampiri kita.
Mungkin mereka semua gembira untuk meninggalkan dunia ini untuk masuk ke alam lain ? Sebab itu mereka menyambutnya. Tapi pelik..cara sambutannya bukan menunjukkan mereka sedia untuk mati..tapi menunjukkan mereka tidak takut mati bahkan mencabar Allah pula. Saya hendak mengulas sedikit perihal sambutan tahun baru masehi ini dari perspektif Islam. Sambutan tahun baru itu bagaimana statusnya di sudut agama Kristian ?
Sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :
For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]
Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :
‘Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it’. [ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ].

Berdasarkan kedua-dua keterangan tadi jelas perayaan sambutan tahun baru masehi bukanlah amalan Islam bahkan ia adalah amalan agama orang bukan Islam atau merujuk sebagai amalan Kristian dan pagan. Dalam kes ini adalah tidak wajar bagi umat Islam untuk meraya dan menyambutnya secara besar-besar dan membazir pula. Kalau begitu sifatnya ia adalah haram dan boleh merosakkan aqidah.
Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala yang bermaksud : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (menghadiri tempat yang melakukan perkara dilarang) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130]. Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.
Berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih]. Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Dalam konteks tahun baru ini di dunia Islam kita telah ada sambutannya sendiri iaitu sambutan tahun baru hijrah.
Namun, menurut Ustaz Dr Zaharudin Abd Rahman menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangannya ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat. Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan.
Namun begitu, beliau telah meletakkan syarat-syarat seperti berikut mesti diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adatdan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalahHARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah”
Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”. (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ;Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219). Terdapat satu keadah lain berbunyi : ” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat”
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority”. (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagaimengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
Seterusnya menurut bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman.
Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.
*Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,* katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya.
*Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,* katanya.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.
*Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,* katanya.

Apapun pandangan para ulama berkaitan sambutan tahun baru ini bagi saya biarlah umat Islam membina jati dirinya sendiri mengikut acuan Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah. Budaya meniru-niru budaya orang lain tanpa pegetahuan yang jelas adalah merbahaya. Sewajarnya sambutan ini dihentikan dan diganti dengan program lain. Berdasarkan pengalaman lepas kesan sambutan ini lebih membawa mudarat khususnya kepada jenerasi remaja dan belia.
Sekiranya ia hendak juga dibuat bagi ketua keluarga mereka hendaklah membimbing anak-anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Dipihak berkuasa di semua peringkat diharap mereka menjadi pihak berkuasa yang benar-benar bertanggungjawab terhadap Allah yang sesuai dengan amanah yang diberikan iaitu Khalifah di atas muka bumi ini. Bimbinglah rakyat kalian kejalanyang diredhai Allah. Jangan biarkan mereka bergelumang dengan maksiat angkara program program maksiat yang anda susun sendiri termasuk sambutan tahun baru 2012. Semuanya akan dipersoalkan oleh Allah kelak