Monday, 25 April 2016

Lelaki Ini BONGKAR CERITA SEBENAR selepas KEMATIAN AYAH PIN yang MENYERAMKAN.

Written By canang on Ahad, 24 April 2016 | 4/24/2016 10:53:00 PTG



Mari ikuti Kisah Hj lokman ini dan semoga memberi manfaat kepada para pembaca sekalian..

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Namun, ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

11 Tip Mendidik Anak Rajin Solat


Mendidik kanak-kanak  melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib. Kewajipan mendidik kanak-kanak melakukan ibadat solat ketika mereka mencapai usia tujuh tahun dan dibolehkan memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan mereka jika enggan mengerjakan solat apabila mencapai usia sepuluh tahun. Ini ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)


Semoga panduan berikut boleh dipraktiskan oleh semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat.


1.Biasakan anak mendengar laungan azan

Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.


2.Ajar anak doa selepas azan

Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.


3.Didik solat sejak bayi

Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya. Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.


4.Ajar anak mengambil wuduk

Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

30 Keajaiban Selawat



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Misteri Kekuatan Amalan Zikir


Tidak perlu diragukan lagi bahawa zikir adalah modal utama dalam menjalankan tugas utama hidup kita, iaitu beribadah kepada Allah. Bahkan, inti seluruh ibadah adalah zikir dengan menyebut, mengingat, memahami, merenungkan, dan mengamalkan petunjuk Allah. Zikir adalah ibadah yang paling ringan dan murah. Zikir juga merupakan ibadah yang fleksibel, kerana boleh dilaksanakan di semua tempat, masa, dan keadaan. Oleh kerana itu, ia adalah ibadah sepanjang hayat.

Kita sudah biasa mendengar ceramah atau membaca penjelasan bahawa doa dan zikir mendatangkan ketenangan jiwa, meninggikan darjat, menambah pahala, dan menggugurkan dosa. Tetapi, bagaimana dengan sejumlah hal 'luar biasa' ini?

Tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir menjadi makanan dan minuman fizikal saat kaum muslimin mengalami bencana kemarau dan kelaparan melampau selama tiga tahun sebelum kemunculan Dajjal.

Tahlil dan takbir yang dilaungkan 70000 Bani Ishaq pasukan Al-Mahdi meruntuhkan benteng Konstantinopel di daratan, lautan, dan pintu gerbang kota.

Zikir dan doa sebagai modal kekuatan Dzul-Qarnain saat membina tembok sekatan, juga sebagai modal kekuatan bangsa Ya'juj dan Ma'juj untuk membuat lubang dan meruntuhkan benteng sekatan tersebut dan ajaibnya, sebagai senjata Nabi Isa dan kaum muslimin untuk menewaskan dan sekaligus menguburkan bangsa Ya'juj dan Ma'juj. Padahal, semua penduduk bumi dan langit tidak mampu membendung kekejaman dua bangsa perosak yang besar, kejam, dan dalam tempoh itu!

Zikir dan doa menyelematkan peribadi dari pembunuhan, mengukuhkan pasukan Islam, memporak-perandakan pasukan musuh, dan menghantar tentera muslim kepada mati syahid terutama di masa kekacauan akhir zaman dan perjuangan Al-Mahdi-Nabi Isa untuk memakmurkan dunia dengan syariat Allah.

Zikir dan doa menghindarkan harta dan nyawa kaum muslimin dari bencana alam di saat akhir zaman sering berlaku gempa bumi, hujan meteor, kegelapan dan pengubahan bentuk manusia. Bahkan, doa dan zikir boleh mengubah bencana menjadi sebuah berkat.

Friday, 22 April 2016

Pengamal Homoseksual Ditelan Bumi

KISAH Laut Mati yang berkisar mengenai tragedi pembalikan bumi oleh ALLAH terhadap kaum Nabi Luth dek kerana melanggar larangan ALLAH benar-benar memberi pengajaran buat umat Islam.
Kisah kaum Nabi Luth (kaum Sadum) yang dikaitkan dengan umat ketika itu yang menyukai sesama jenis telah mendatangkan murka ALLAH lantas Dia menurunkan azab seksa yang pedih terhadap mereka.
Sebagai satu iktibar kepada umat-umat selepasnya, ALLAH meninggalkan laut mati buat umat Islam supaya sentiasa memperingati kejadian itu sekali gus mengajak manusia agar berfikir secara mendalam supaya  menjauhi apa yang ditegah olehNYA.

Kisah azabnya umat Nabi Luth terdapat dalam surah al-Anbiya: 74-75, Hud: 82-83, dan al-Qamar: 33-38. Kisah kehancuran umat Luth ini, juga diceritakan dalam Perjanjian Lama.
Dalam surah Hud ayat 82 dijelaskan, umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan yang atas ke bawah, dan bawah ke atas, lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi.
Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

MANUSIA TIDAK TENGGELAM

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.
Pantainya berada di kedudukan serendah 418 meter di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 meter.
Tahap kemasinan airnya adalah  kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 peratus.

Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu, tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya.
Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Dek kerana tahap kemasinan yang tinggi inilah yang telah menyebabkan manusia akan sentiasa terapung apabila mandi di tasik berkenaan

BUKTI KEKUASAAN ALLAH

Kesempatan Sinar Harian dan bersama  NGO Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Astro Prima ke Laut Mati baru-baru ini benar-benar menginsafkan kami.
Benar! Sesungguhnya ALLAH berkuasa untuk melakukan sesuatu berdasarkan kehendakNYA.
Cubaan kami untuk menenggelamkan diri tidak berjaya dan ia benar-benar membuatkan kami berasa kerdil dengan kekuasaanNya.Sungguh Dia maha berkuasa


Monday, 18 April 2016

Housefly Falls into One's Drink!



Abu Hurayrah narrated, "The Prophet (pbuh) said,
"If a housefly falls into the drink of anyone of you, he should immerse it completely in the liquid, then remove it, for one of its wings has the disease and the other has the cure."
Explanation of the Hadith
This Hadith means that the fly carries on one of its wings a disease, and on the other a cure from the same disease. When a fly falls into a container (of food or drink), it puts forward the wing carrying the microbe, as a self-defense. Imam Ibn Hajar said in his commentary on the hadith that one of the scholars observed that the fly protects itself with its left wing, so it can be deduced that it carries the cure or the antidote on the right wing. So if the fly is immersed in whatever it falls on, the antidote will destroy the venom or the microbe with the will of Allah.   Some people are not pleased with the idea of immersing a fly in one's food or drink. However, this can be only applied in cases of emergency. When, for example, someone is in a desert, having only little water or drink. Such a person has no choice but to do as the Prophet recommended. Otherwise, he will die from thirst or infection. If someone disdains eating that food or drink, he does not have to do so, but he does not have the right to disclaim the authenticity of the hadith. The hadith is strongly authentic, as it is narrated by Imam al-Bukhari.
  Flies are very common on earth. They are almost 87000 species. It has been scientifically proved that they feed on garbage and waste organic matter of the vast numbers of bacteria, viruses and other various microbes and germs.
  Bacteria are very small living organisms. They live in billions in one gram of agricultural land and in millions in one drop of saliva. The effect of bacteria on the biological life on earth is unlimited, without it no crops could grow, and without crops there would be no life for man and animals on earth. Most of the bacteria are harmless, but some cause several diseases.
  Viruses are, in fact, nucleic acids (either DNA or RNA). Allah the Almighty gave them the ability to enclose themselves by a protein coat, to form separate units called the "virion". The virus particle or the "virion" has the ability to invade living cells (host cell), inciting them to produce more viruses or destroying the tissues of this host cell. That is why viruses are responsible for many diseases, which affect plants, animals and man.


Friday, 15 April 2016

Wanita Jepun Masuk Islam sambil menangis di Depan Dr Zakir Naik

Wanita Jepang masuk Islam

Dua wanita Jepun, Shiho Yamamoto dan Ayaka Fujiwara, mengajukan soalan kepada Dr Zakir Naik dalam sebuah forum terbuka. Tak disangka, jawapan Dr Zakir Naik membuat Shiho Yamamoto masuk Islam dalam suasana yang mengharukan.

"Aku punya soalan, aku ingin tahu apa tujuannya Tuhan menciptakan manusia? Apa yang dikehendaki-Nya dari kita? Dan aku menonton salah satu ceramahmu di Youtube, kau menjawab bahawa kita semua memilih menjadi manusia. Tapi sebelum itu, kenapa Tuhan mencipta manusia sebagai pilihan bagi kita? "Kata Shiho Yamamoto.

"Soalan yang sangat bagus," kata Dr Zakir Naik mengawali jawapannya.
"Saudari ini bertanya apa tujuan dari penciptaan kita di dunia dan kenapa Tuhan menciptakan manusia.

Manusia adalah salah satu makhluk Tuhan yang terbaik. Semua ciptaan Tuhan, sebagai contoh malaikat. Malaikat selalu mematuhi Tuhan. Apa yang difirmankan-Nya, sentiasa dipatuhi. Mereka tidak mempunyai pilihan kecuali patuh 100%.

Kita sebagai manusia diberikan kehendak bebas oleh Tuhan. Kau boleh memilih patuh atau kau boleh tidak mematuhi. Jadi kita adalah ciptaan yang berbeza. Itu artinya makhluk-makhluk lain taat 100%. Kita sebagai manusia punya pilihan untuk taat atau tidak taat. Jadi para malaikat lulus. Gunung juga muslim, lulus.

Sementara manusia punya dua pilihan. Jika kita patuh sementara punya kehendak bebas, kita boleh menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Jika kau tidak taat, kau seperti setan.

Kenapa Tuhan Tidak Ciptakan 1 Agama? Ini Penjelasan Dr Zakir Naik



Kenapa Tuhan Disebut Allah dalam Islam, kenapa Manusia Perlu Agama, Dr. Zakir Naik Memarahi Seorang Pemuda, Adakah Wanita Ada Hak Menuntut Cerai dalam Islam, Apa Ertinya bahawa Islam Adalah Jalan Hidup, Kenapa Umat Muslim Ingin Agar non-Muslim Masuk Islam, Kenapa Poligami Dibolehkan dalam Islam, Doktrin Trinitas Tidak Logis, Dr. Zakir Naik Berdiskusi dengan Seorang Doktor Kristian, Ternyata Penyaliban Yesus Palsu, Kenapa Islam Begitu Sensitif Terhadap Kritik, Yesus Kristus Terbukti Tidak Disalib, Merasa Ajaran Kristian Tidak Masuk Akal,

Wanita Ini Masuk Islam, Jawapan yang Mantap dari Dr. Zakir Naik Kepada Wanita Hindu !, Adakah Orang Kristian Akan Masuk Neraka, Wanita Ini Tak Kuasa Menahan Tangis di Acara Dr. Zakir Naik, Dr. Zakir Naik Membuktikan Bahawa Isa Hanya Nabi, Bukan Tuhan, Lelaki Sikh Menerima Kebenaran Islam, Orang Kristian Ini Masuk Islam, Penonton Pun Bahagia, Wanita Kristian Mencari Kedamaian Dalam Islam, Seorang Lelaki Kristian Masuk Islam di Acara Dr. Zakir Naik, Wanita Hindu Masuk Islam Setelah Berdiskusi Dengan Dr. Zakir Naik,

Dr. Zakir Naik Menjelaskan Kesalahan Bible, Dr. Zakir Naik Berdebat Seru Dengan Orang Kristian _ Harus Nonton !, Sebelum Memeluk Islam, Wanita Ini Bertanya Pada Dr. Zakir Naik, Dr. Zakir Naik Menjawab Soalan Sulit Seorang Ateis Dengan Baik Dr. Zakir Naik Menjawab Soalan Sulit Seorang Ateis Dengan Baik Wanita dan Parfum - Nasihat Islam - Sheikh Assim Al Hakeem Cahaya islam, sunnah rasul, agama islam, kisah islam, Wanita dan Minyak wangi | Nasihat Islam | Syeikh Assim Al Hakeem Kenapa Kita Kadang-kadang Merasa Bosan? | Waseem Yousef Waktunya untuk Meninggalkan Dunia | Syeikh Mumtaz ul Haq Keutamaan Istighfar | Waseem Yousef Penyelesaian untuk Masalah Kewangan Anda Celaan dan Makian yang Diterima Nabi Muhammad Seperti Apa Isteri Kita di Syurga? Siapa yang Akan Masuk Syurga?

Dr. Zakir Naik Jelaskan Mengapa Daging Babi Haram Pada Doktor Jepun



Momoko: Selamat malam. Namaku Momoko Suzuki. Aku berkerja sebagai seorang doktor dan telah menjalani pengajian perubatan. Hari aku ingin menjadi Muslim dan mengucapkan dua kalimah syahadat.

(Para penonton bertepuk tangan dan melaungkan takbir!)

Mamoko: Ah, maaf. Sebelum ini aku ingin bertanya kenapa babi diharamkan dalam Islam?

Dr. Zakir Naik: Babi diharamkan dalam Quran tidak kurang dalam 3 ayat. Diharamkan disebutkan di surat Ma'idah [5]: 3, di surat Al-Baqarah [2]: 173, di surat An'am [6]: 145, dan surat An-Nahl [60]: 150. Allah berfirman dalam Quran "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah." (Qs. Al-Baqarah [2]: 173). Babi juga diharamkan dalam Bible, di kitab Ulangan 14: 8, di kitab Yesaya [65]: 5, dan juga kitab Imamat [11]: 7-8.
Mari kita bahas alasan logik, sebab saintifik kenapa babi diharamkan. Ilmu sains memberitahu kita bahawa jika kita makan babi, ada kemungkinan akan terdedah kepada kira-kira 70 macam parasit, di antaranya cacing pita, cacing tambang, pinworms, semuanya ada! Sebagai seorang doktor, tentunya kau pasti telah belajar di kuliah kedokteranmu, ada cacing yang dikenali sebagai tinia solium (cacing pita). Bahkan jika kau memasak daging babinya dengan baik, telur cacing ini tetap tidak akan mati. Jika telur cacing ini masuk ke dalam aliran darah, ia boleh terbawa hingga ke otak kamu dan menyebabkan kerosakan otak, ia juga boleh masuk ke mata dan menyebabkan buta, ia juga boleh masuk ke jantung dan menyebabkan kerosakan jantung, dan juga boleh masuk ke hati dan menyebabkan kerosakan hati. Pada saat kau sedar bahawa kau dijangkiti oleh cacing ini, telah berlaku kerosakan yang tidak boleh diubati. Jadi ini sangat berbahaya. Ada satu lagi parasit yang dikenali dengan nama trichura tichurasis. Ini adalah cacing yang ada dalam tubuh manusia dan menyebabkan kerosakan.

Di zaman sekarang sains juga memberitahu kita bahawa daging babi mempunyai kandungan lemak lebih banyak berbanding dagingnya. Dan oleh itu kita boleh diserang aterosklerosis (radang pembuluh darah). Ketika kau diserang penyakit ini, artinya lemak dalam daging babi itu telah menyumbat pembuluh darah kamu. Selain itu kau juga boleh terkena hipertensi (darah tinggi) kerana memakan daging babi. Dan itulah sebab orang yang makan babi punya banyak lipatan perut kerana mereka punya banyak lemak.

Sains juga memberitahu kita bahawa babi tinggal di tempat kotor dan suka memakan najis. Ia adalah binatang yang menjijikkan. Dan babi adalah satu-satunya binatang yang suka melihat temannya melakukan seks dengan babi lain. Babi adalah binatang yang paling tidak tahu malu di muka bumi ini. Inilah sebab kenapa kami sebagai Muslim tidak makan babi.

Monday, 11 April 2016

Permusuhan Syiah Terhadap Salahuddin al-Ayyubi


Salahuddin al-Ayyubi adalah sosok yang tentu tidak boleh dilupakan oleh para pengikut agama Syiah. Sebab, Salahuddin al-Ayyubi merupakan sosok yang telah melenyapkan kerajaan Syiah (Daulah Fathimiyah) di Tanah Kinanah, Mesir, dan kembali memberi ruang bagi Ahlussunnah wal Jamaah. Oleh sebab itu para pengikut agama syi'ah beberapa kali berusaha untuk membunuh Salahuddin, mereka bercita-cita tinggi mendirikan Daulah Fathimiyah yang anyar. Dalam segala bentuk konspirasinya, para penganut agama Syiah meminta bantuan kepada orang-orang asing. Lalu menghantar surat kepada mereka.

Dalam as-Suluk, Al-Maqrizi berkata, "Pada tahun 559 H, sekumpulan penduduk Mesir berkumpul untuk mengangkat salah seorang anak al-Adhid (khalifah terakhir Fathimiyah) dan membunuh Shalahuddin al-Ayyubi, dan menghantar surat kepada orang-orang asing guna memohon bantuan. Di antara mereka yakni; al-Qadhi al-Mufaddhal Dhiya'uddin Nasrullah bin Abdullah bin Kamil al-Qadhi, Syarif al-Julais, Najah al-Hamami, al-Faqih Imarah bin Ali al-Yamani, Abdusshamad al-Katib, al-Qadhi al-A ' az Salamah al-Uwairis seorang ketua pelaksana Dewan konsiderasi dan Kehakiman, pendakwah terkenal Abdul Jabir bin Islamil bin Abdul Qowi, dan Wa'iz Zainuddin bin Naja. Wa'iz memberi laporan mereka kepada Salahuddin selaku sultan dan meminta padanya untuk memberikan semua yang ada pada Ibnu Kamil ad-Da'i berupa jabatan dan semua kemudahan. Permintaannya itu dikabulkan, kemudian orang-orang tersebut dikepung dan semuanya dihukum gantung. Shalahuddin pun mengawasi setiap orang yang mempunyai keinginan kuat untuk membina kembali Kerajaan Syiah.

Shalahuddin lalu menghukum mati dan memenjarakan banyak orang syiah. Ia juga menangkap seorang laki-laki beranama Qadid pada hari ke-15 Ramadhan. Qadid tak lain adalah seorang propagandis Kerajaan Syiah di Iskandariah. "(As-Suluk li Ma'rifati Duwal al-Muluk, 1: 53-54).

Walaupun para pengkhianat macam penganut syiah yang telah membuat konspirasi telah dihukum mati, namun ternyata orang-orang asing (suruhan syiah) tetap berdatangan.

Al-Maqrizi pernah mengatakan, "Pada Dzulhijjah di tahun yang sama, armada Imarah al-Yamani (tentera asing) tiba-tiba berlabuh di Shaqaliah melalui pelabuhan Iskandariah. Orang yang telah mempersiapkan armada ini adalah Ghalyalam bin Rajar, pemilik kuasa Shaqaliyah yang berkuasa pada tahun 560 H. Saat armada berlabuh di dermaga, mereka menurunkan 1500 pasukan berkuda dari beberapa kapal perang mereka. Jumlahnya kurang lebih 30,000 askar, diantaranya pasukan berkuda dan pejalan kaki. Jumlah kapal yang mengangkut peralatan perang dan sekatan sebanyak enam kapal, dan yang mengangkut logistik dan para anggota sebanyak empat puluh kapal perang, jumlahnya kurang lebih 50.000 pejalan kaki.

Mereka pun melabuhkan diri tak jauh dari rumah api dan menyerang kaum muslim sampai mendesak ke as-Sur. Jumlah kaum muslim ketika itu yang terbunuh sangat banyak. Kapal perang asing bergerak perlahan demi perlahan ke pelabuhan, di sana terdapat pula kapal kaum muslim, lalu mereka menenggelamkannya. Mereka berjaya menguasai pantai dan membuat perkhemahan di sana. Jumlah perkhemahan mereka mencapai 300 buah, mereka bergerak terus untuk mengepung seluruh penjuru negeri, dan memasang tiga buah manjanik untuk menghancurleburkan benteng. Ketika itu, Salahuddin tidak di tempat, ia sedang berada di wilayah Faqus dan baru mendapat berita tentang penyerangan musuh ini setelah tiga hari. Sholahuddin pun mula bergerak dan menyiapkan pasukan juga membuka pintu gerbang. Kaum muslim pun melakukan serangan terhadap orang-orang asing dan membakar peralatan perang mereka. Allah menolong kaum muslim dengan perantara bantuan Shalahuddin.

Para asing utusan syiah pun banyak terbunuh. Kaum muslim pun mengambil peralatan perang mereka sebagai ghanimah. Sebahagian dari para asing utusan syiah yang selamat kembali belayar melarikan diri. Lari dengan kepengecutan yang tersisa. 

*sumber Bersamadakwah.ne

Friday, 8 April 2016

Ayat Al Qur'an Melembutkan Hati Saidina Umar Sehingga Membawa Kepada Pengislamannya

Umar bin Khattab ra terkenal sebagai orang yang berwatak keras dan bertubuh tegap. Sering kali pada awalnya ( sebelum masuk Islam ) kaum muslimin dikasari. Sebenarnya di dalam hati Umar sering berkecamuk perasaan-perasaan yang berlawanan antaranya pengagungannya terhadap ajaran nenek moyang, kesenangan terhadap hiburan dan mabuk dengan kekagumannya terhadap ketabahan kaum muslimin serta bisikan hatinya bahawa boleh jadi apa yang dibawa oleh Islam itu lebih mulia dan lebih baik.

Pada suatu hari, beliau berjalan dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasulullah SAW . Namun di tengah jalan, beliau dihadang oleh Abdullah an - Nahham al - ' Adawi seraya bertanya :

" Hendak kemana engkau , ya Umar ? "

" Aku hendak membunuh Muhammad , " jawabnya .

" Apakah engkau akan selamat dari Bani Hasyim dan Bani Zuhroh jika engkau membunuh Muhammad ? "

" Jangan- angan engkau sudah murtad dan meninggalkan agama asalmu ? " Tanya Umar .

" Mahukah engkau ku tunjukkan yang lebih memeranjatkan dari itu wahai Umar, sesungguhnya saudara perempuanmu dan iparmu telah murtad dan telah meninggalkan agamamu , " kata Abdullah .

Setelah mendengar hal tersebut, Umar terus menuju ke rumah adiknya. Saat itu di dalam rumah tersebut terdapat Khabbab bin Art yang sedang mengajarkan al-Quran kepada keduanya ( Fatimah , saudara perempuan Umar dan suaminya ). Namun ketika Khabbab merasakan kedatangan Umar, dia segera bersembunyi di balik rumah. Sementara Fatimah menutupi lembaran al - Quran .

Sebelum masuk ke rumah, rupanya Umar telah mendengar bacaan Khabbab, lalu dia bertanya : " Suara apakah yang tadi saya dengar dari kalian ? "

" Tidak ada suara apa-apa kecuali perbualan kami berdua saja , " jawab mereka.

" Pasti kalian telah murtad , " kata Umar dengan geram.

" Wahai Umar, bagaimana pendapatmu jika kebenaran bukan berada pada agamamu ? " Jawab ipar Umar .

Mendengar jawapan tersebut, Umar terus menendangnya dengan keras sehingga terjatuh dan berdarah. Fatimah segera membangunkan suaminya yang berlumuran darah itu. Namun Fatimah ditampar dengan keras hingga wajahnya berdarah, maka berkatalah Fatimah kepada Umar dengan penuh amarah : " Wahai Umar, jika kebenaran bukan terdapat pada agamamu , maka aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah . "

Melihat keadaan saudara perempuannya dalam keadaan berdarah, timbul penyesalan dan rasa malu di hati Umar. Lalu dia meminta lembaran Al-Quran tersebut. Namun Fatimah menolaknya dan mengatakan bahawa Umar najis, dan Al-Quran tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang telah bersuci. Fatimah memerintahkan Umar untuk mandi jika ingin menyentuh mushaf tersebut dan Umar pun menurutinya.


Selepas mandi, Umar membaca lembaran tersebut, lalu membaca : " Bismillahirrahmanirrahim . " Kemudian dia mengulas : " Ini adalah nama - nama yang indah nan suci. "

Kemudian beliau terus membaca :

Syiah Mengagungkan Abu lu'luah pembunuh Saidina Umar Al Khattab


Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh,  Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. 
06.jpg

Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara salah satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. 

Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. 

Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu.


Lihat bagaimana SYIAH mengangkat dia ni? 

Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

14 Fakta Menarik Berkaitan Saidina Umar al Khatab


UMAR bin Khattab adalah salah satu sahabat Rasulullah yang sudah dijamin masuk syurga. Hal itu ditegaskan dalam banyak keterangan hadis sahih. Ada beberapa yang menjadi fakta soal Umar ini. Berikut di antaranya.

1. Umar adalah penduduk Syurga yang berjalan di muka bumi. Hal ini dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau bersabda:
"Sewaktu tidur, aku bermimpi seolah-olah aku berada di Syurga. Kemudian aku melihat seorang wanita berwudhu di samping sebuah istana, maka aku bertanya, 'Milik siapa istana ini?' Mereka menjawab, 'Milik Umar'. Maka aku teringat akan iri hati Umar sehingga aku menjauhi istana itu ". Umar menangis dan berkata, "Demi Allah mana mungkin aku akan cemburu kepadamu, wahai Rasulullah," (HR. Bukhari).

2. Setan takut padanya. Ia adalah manusia yang begitu ditakuti syaitan. "Wahai Ibnul Khattab, demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah setan bertemu dengannmu di suatu jalan melainkan ia akan mengambil jalan yang lain dari jalanmu," (HR. Bukhari, no.3480).

3. Masuk Islam didoakan oleh Rasul. Suatu hari Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Ya Allah, muliakan Islam dengan salah satu dari dua orang yang engkau cintai yaitu Abu jahal bin Hisyam atau Umar bin Khattabb." Maka yang lebih Allah cintai dari kedua-duanya adalah Umar bin Khattab. (Lihat Shahih Sunan Ibnu Hibban 12/305)

4. Diberikan ilham, padahal bukan nabi. Umar juga termasuk seorang yang mendapat ilham, perkataannya sering bersesuaian dengan wahyu. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam berkata, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari Bani Israil ada yang diberikan ilham walaupun mereka bukan Nabi, jika salah seorang dari umatku mendapatkannya, maka Umar lah orangnya," "(HR. Bukhari)

5. Beliau masuk Islam setelah adiknya iaitu Fatimah binti Khatab dan suaminya membaca al-Quran Surah Toha ayat 1-8

6 .. Beliau adalah Khalifah ke-2 selepas Abu Bakar ra wafat selama 10 tahun iaitu pada 13-23 Hijrah (634-644 Masehi)