KISAH Laut
Mati yang berkisar mengenai tragedi pembalikan bumi oleh ALLAH terhadap kaum
Nabi Luth dek kerana melanggar larangan ALLAH benar-benar memberi pengajaran
buat umat Islam.
Kisah kaum Nabi Luth (kaum
Sadum) yang dikaitkan dengan umat ketika itu yang menyukai sesama jenis telah
mendatangkan murka ALLAH lantas Dia menurunkan azab seksa yang pedih terhadap
mereka.
Sebagai satu iktibar kepada
umat-umat selepasnya, ALLAH meninggalkan laut mati buat umat Islam supaya
sentiasa memperingati kejadian itu sekali gus mengajak manusia agar berfikir
secara mendalam supaya menjauhi apa yang ditegah olehNYA.
Kisah azabnya umat Nabi Luth
terdapat dalam surah al-Anbiya: 74-75, Hud: 82-83, dan al-Qamar: 33-38. Kisah
kehancuran umat Luth ini, juga diceritakan dalam Perjanjian Lama.
Dalam surah Hud ayat 82
dijelaskan, umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan yang atas
ke bawah, dan bawah ke atas, lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar
secara bertubi-tubi.
Selama ribuan tahun
terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil
ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.
MANUSIA TIDAK
TENGGELAM
Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.
Pantainya berada di
kedudukan serendah 418 meter di bawah aras laut yang merupakan kedudukan
terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan
kedalaman 330 meter.
Tahap kemasinan airnya
adalah kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan
kemasinan sebanyak 33.7 peratus.
Ini lebih kurang 8.6 kali
lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu, tiada satu pun hidupan yang boleh
hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya.
Tasik ini berukuran 67 km
panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Dek kerana tahap kemasinan
yang tinggi inilah yang telah menyebabkan manusia akan sentiasa terapung
apabila mandi di tasik berkenaan
BUKTI KEKUASAAN ALLAH
Kesempatan Sinar Harian dan bersama NGO Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Astro Prima ke Laut Mati baru-baru ini benar-benar menginsafkan kami.
Benar! Sesungguhnya ALLAH
berkuasa untuk melakukan sesuatu berdasarkan kehendakNYA.
Cubaan kami untuk
menenggelamkan diri tidak berjaya dan ia benar-benar membuatkan kami berasa
kerdil dengan kekuasaanNya.Sungguh Dia maha berkuasa
No comments:
Post a Comment