Tuesday 22 March 2016

Islam liberal mengikut telunjuk Syaitan




MENITI cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam pada masa kini, sangat menggentarkan jiwa. Satu demi satu, usaha untuk mengganggu-gugat dan menjatuhkan martabat Islam giat dilakukan oleh musuh-musuhnya.
Tidak ketinggalan, musuh dalam diam yang merupakan salah satu cabaran terbesar umat Islam masa kini ialah fahaman liberalisme atau Islam liberal.
Apa itu liberalisme? Fenomena liberalisme atau Islam Liberal ini menurut Jurnal Hadhari  5(1) (2013)37-53 adalah satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada keterbukaan  dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di  dalam al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam  Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran  Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.
Muzakarah telah memutuskan bahawa Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi  fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.
Kelompok yang mengamalkan pemikiran ini dikategorikan sebagai perosak agama dan  musuh Islam kerana mereka menggunakan label Islam liberal untuk memperjuangkan hak  kebebasan dan hak asasi manusia.
Dalam tidak sedar, umat Islam masa kini secara perlahan-perlahan sudah diresapi pemikiran ini yang disifatkan cendekiawan, sebagai salah satu agenda doktrin Yahudi- Kristian untuk memesongkan akidah Muslim sekali gus menghancurkan Islam.
Sememangnya itulah misi utama mereka sehingga kiamat.
Kelompok ini memandang semua kebenaran adalah relatif (tidak pasti), sehingga tidak ada kebenaran mutlak, termasuk kebenaran agama.
Selain itu, gagasan pemikiran Islam Liberal juga menolak pelaksanaan Syariah Islam dengan mengatakan bahawa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi  kesan negatif kerana pelaksanaannya dianggap sangat bertentangan dengan hak-hak asasi  manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.
Mereka, seperti beberapa kumpulan Melayu yang mengaku diri mereka profesional, berasakan hukuman Islam secara zahirnya kelihatan kejam, sedangkan sebagai seorang  Muslim, haram hukumnya mempunyai perasaan seperti itu.
Dengan itu, aliran Islam Liberal ini tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang  sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, hukum hudud dan hukuman bunuh  ke atas Muslim yang murtad, kepimpinan wanita dalam solat, hak mutlak suami untuk  menceraikan isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia  (Riduan Mohamad Nor & Ahmad Adan Fadhil 2009).
Sayangnya di Malaysia, kelompok liberal ini membabitkan kalangan intelektual Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia. Apabila golongan berintelektual juga terpengaruh dengan fahaman seperti ini, apatah lagi orang yang kurang berpendidikan.

Taqrib Mazahib Antara Syiah dan Sunni Adalah Sia-Sia.



Perbalahan Mazhab antara Sunni dan Syiah telah berjalan begitu lama. Usaha untuk mendekatkan dua Mazhab ini melalui "Taqrib Mazahib"  telah lama dijalankan. Sebenarnya usaha ini adalah sia-sia sahaja.Ini kerana aqidah Syiah adalah sesat. 

Contoh seorang tokoh ulama’ sunni di Soviet Union( Rusia sebelum 80an) iaitu Syeikh Musa Jarullah yang merasa kepentingan kesatuan umat Islam amat penting. Terutama beliau tinggal di negara umat Islam merupakan golongan minoriti tentulah kesatuan umat amat penting untuk menjaga survival mereka.

Beliau mengambil inisiatif untuk pergi ke Iran dan tinggal di sana selama 6 bulan. Beliau berjumpa dengan semua pihak syiah. Antaranya berjumpa Ayatollah- Ayatollah, pergi ke hauzah hauzah di Qom dan di Najaf dan berjumpa tokoh tokoh kepimpinan mereka 
Akhirnya beliau buat kesimpulan boleh taqrib antara syiah dengan sunni dengan syarat mereka berhenti dari;
1.Berhenti mengkafirkan para sahabat-sahabat r.a.
2 Berhenti mengatakan al Quran tidak sempurna.
3.Berhenti dari mengkafir ummu mukminin Aisyah.
4.Berhenti mengatakan Imamah hak Ali dan 11 orang dari keturunannya berdasarkan wasiat dan nas.

Sehingga ke hari ini puak syiah tidak menjawab permintaan tersebut.

Syeikh Mustafa As Sibaie juga mengambil inisiatif yang sama. Beliau juga pergi menziarahi Ayatollah di Qom dan Najaf.Mereka bersetuju tidak mengkafirkan para sahabat r.a. 

Selepas beliau balik beberapa bulan ke negara, ulama syiah telah menulis buku mengkafirkan Abu Hurairah r.a.

Terkini Syeikh Yusoff al Qardawi berkata tujuan taqrib yang dianjurkan oleh syiah, adalah untuk mensyiahkan orang-orang sunni. 

Bukan nak cari penyelesaian antara syiah dengan sunni.

Syiah sekali-kali tidak bertolak ansur dengan 4 permintaan Syeikh Musa Jarullah kerana itu merupakan teras aqidah mereka.

Syiah Imam 12 adalah ajaran yang diasaskan oleh Abdullah Saba”. Bertopengkan ahli bait iaitu ahli keluarga Rasulullah dari keturunan Ali r.a, secara khusus dari zuriat syaidina Husein saja. Tujuannya untuk merosakkan Islam dan umat Islam dari dalam.

Sedangkan Ali r.a dan keturunannya tidak ada kena mengena dengan ajaran syiah imam 12.

sumber https://ustmuhammad.wordpress.com

DAP anti Islam Semakin Viral ?

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral. Ini terbukti  APABILA parti rasis dan cauvinis DAP sering menentang hal yang berkaitan dengan Islam di negara ini. Antara bukti-bukti tersebut ialah; 

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup. 

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama. BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu. 

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan. 

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta. 

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan. 

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik. DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

http://www.ismaweb.net/2015/09/

Wednesday 16 March 2016

Populasi Bangsa Cina Menyusut Bawah 20% Pada 2030?

  


Jumlah pekerja asing di negara ini mungkin mengatasi penduduk berbangsa Cina 14 tahun lagi iaitu pada 2030 apabila peratusan kaum itu menyusut ke paras di bawah 20 peratus.

Sinchew Daily melaporkan peratusan penduduk keturunan Cina di Malaysia akan menyusut ke 19.6 peratus pada 2030 dan dianggarkan menurun lagi ke 18.9 peratus pada 2035.

Dengan anggaran pekerja asing berdokumen dan tanpa izin yang mencecah enam juta orang dan rancangan untuk membawa masuk tambahan 1.5 juta pekerja baharu, keadaan itu menggugat kedudukan kaum Cina sebagai 'kaum kedua terbesar' Malaysia.

Terdapat lebih enam juta penduduk keturunan Cina di Malaysia pada ketika ini berbanding dua juta kaum India.

Ketua Perangkawan, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, walaupun populasi kaum Cina dijangka meningkat kepada 7.1 juta orang pada 2040, tetapi peratusannya berbanding kaum lain dijangka menurun kepada 18.4 peratus pada 2040 berbanding 21.4 peratus pada 2015.

"Populasi bumiputera sebaliknya akan meningkat daripada 19.2 juta orang kepada 26 juta orang.

"Dari segi peratusan berbanding kaum lain, bumiputera dijangka meningkat daripada 61.8 peratus kepada 67.5 peratus," katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Majlis Halal Malaysia Ditubuhkan



Putrajaya, 11 Februari – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan berkuat kuasa hari ini dan digantikan dengan Majlis Halal Malaysia (MHM). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MHM bakal menjadi entiti khas yang menyelaras semua agensi yang terbabit dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal global.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM), penubuhan MHM akan dibuat menerusi pembentangan akta khusus di Parlimen yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). YAB TPM turut menjelaskan  tentang bidang tugas agensi berkaitan di mana Jakim menerusi Bahagian Hab Halal akan berperanan dalam tadbir urus halal, pensijilan dan hal ehwal syariah manakala HDC (Perbadanan Pembangunan Industri Halal) akan menumpukan kepada dua perkara iaitu memperkasakan industri halal negara dan memperkembangkan industri halal  ke peringkat antarabangsa.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,  YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri dari beberapa kementerian serta agensi-agensi yang terbabit dalam industri halal.

Majlis ini juga akan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:-

i.           Menetapkan dasar, peraturan serta garis panduan bagi pengurusan halal Malaysia; 
ii.          Mengawal selia agenda pembangunan industri halal negara; dan
iii.        Menentukan Dasar Halal Negara berada pada landasan yang betul sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.








Tarikh: 
 Feb 12, 2016

·         1103 bacaan

Kecangihan Google Maps Membenarkan Sabda Rasulullah 14 Abad lalu


Para pengguna internet, tentunya mengenal betul dengan aplikasi Google Maps. Kecanggihan aplikasi ini dirancang khusus agar dapat digunakan untuk menemukan tempat atau lokasi dengan informasi peta yang telah ditawarkan.

Namun percayakah anda jika teknologi Google Maps ini ternyata mampu membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah pada 14 abad yang lalu.

Ucapan Rasulullah yang mengatakan tentang jarak antara dua pintu surga yakni perjalanan dari kota Makkah-Hajar.

Dan pernyataan dari Rasulullah ini telah dibuktikan dengan kecanggihan aplikasi Google Maps seperti dikutip dari palingseru.com.

Dalam kecanggihan teknologi di dunia modern ini, Google Maps memperlihatkan hasil jarak yang sama dengan apa yang diucapkan oleh Rasulullah.

Dalam hasil tersebut memperlihatkan jarak dari Makkah ke dua kota dengan menunjukan angka 1.272 km.

Sebelumnya Rasulullah pernah bersabda didepan para sahabatnya tentang jarak perjalanan dari kota Makkah-Hajar dalam hadits Abu Hurairah radhiallahu’anhU.

Bahwa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda dalam HR. Muslim no. 287 yang berbunyi :

"Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu surga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra." (HR. Muslim no. 287).

Dan jika dilihat dari Google Maps menunjukan jika jarak dari Makkah ke dua kota yang berbeda itu sama-sama menunjukan angka 1.272 km itu berarti jarak yang diucapkan oleh Rasulullah sesuai dengan hasil GPS, Satelit, Pesawat, UAV ataupun roket luar angkasa.

Ini pastinya menjadi mukjizat yang luar biasa.

Kenapa luar biasa? sebab dulu saat Rasulullah lahir di abad ke-7, belum ada satelit dan bahkan tidak ada alat-alat canggih seperti sekarang ini.

Namun wallahu a'lam jika hasil jarak antara Makkah dengan Hajar tersebut sama dengan hasil Google Maps.

sumber http://www.sukasaya.com/

Friday 11 March 2016

University of Colorado Boulder (November 26, 2014): Star Trek-like invisible shield found thousands of miles above Earth

"And We made the sky a protected ceiling, but they, from its signs, are turning away." (Quran 21:32)




A team led by the University of Colorado Boulder has discovered an invisible shield some 7,200 miles above Earth that blocks so-called “killer electrons,” which whip around the planet at near-light speed and have been known to threaten astronauts, fry satellites and degrade space systems during intense solar storms.
The barrier to the particle motion was discovered in the Van Allen radiation belts, two doughnut-shaped rings above Earth that are filled with high-energy electrons and protons, said Distinguished Professor Daniel Baker, director of CU-Boulder’s Laboratory for Atmospheric and Space Physics (LASP). Held in place by Earth’s magnetic field, the Van Allen radiation belts periodically swell and shrink in response to incoming energy disturbances from the sun.
As the first significant discovery of the space age, the Van Allen radiation belts were detected in 1958 by Professor James Van Allen and his team at the University of Iowa and were found to be comprised of an inner and outer belt extending up to 25,000 miles above Earth’s surface. In 2013, Baker -- who received his doctorate under Van Allen -- led a team that used the twin Van Allen Probes launched by NASA in 2012 to discover a third, transient “storage ring” between the inner and outer Van Allen radiation belts that seems to come and go with the intensity of space weather.
The latest mystery revolves around an “extremely sharp” boundary at the inner edge of the outer belt at roughly 7,200 miles in altitude that appears to block the ultrafast electrons from breeching the shield and moving deeper towards Earth’s atmosphere.
“It’s almost like theses electrons are running into a glass wall in space,” said Baker, the study’s lead author. “Somewhat like the shields created by force fields on Star Trek that were used to repel alien weapons, we are seeing an invisible shield blocking these electrons. It’s an extremely puzzling phenomenon.”
A paper on the subject was published in the Nov. 27 issue of Nature.
The team originally thought the highly charged electrons, which are looping around Earth at more than 100,000 miles per second, would slowly drift downward into the upper atmosphere and gradually be wiped out by interactions with air molecules. But the impenetrable barrier seen by the twin Van Allen belt spacecraft stops the electrons before they get that far, said Baker.

Mualaf Bercerita Tentang Daging Babi


Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf)

"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"

Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak' (Daging Babi masak kicap), resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.

Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.

Mengapa Agama Islam Haramkan Daging Anjing

Gambar cacing-cacing pita yang kotor yang boleh membunuh terdapat dicelah daging anjing.
Setiap yang Allah perintahkan atau larang pasti terdapat hikmah atasnya. Jika Allah mengharamkan sesuatu pasti terdapat keburukan di dalamnya, jika Allah menghalalkan sesuatu pasti ada kebaikan di dalamnya untuk kelangsungan hidup manusia di bumi ini. Kali ini, kita akan membahas mengapa daging anjing diharamkan? adakah sebab ilmiah yang dapat kita ketahui? Berikut penjelasannya.

Prof. Thabârah dalam kitab Rûh ad-Dîn al-Islâmi menyatakan, 

"Di antara hukum Islam bagi perlindungan badan adalah penetapan najisnya anjing. Ini adalah mu'jizat ilmiyah yang dimiliki Islam yang mendahului kedokteran modern. Kedokteran modern menetapkan bahawa anjing menyebarkan banyak penyakit kepada manusia, karena anjing mengandung cacing pita yang menularkannya kepada manusia dan menjadi sebab manusia terjangkit penyakit yang berbahaya, sehingga boleh membunuh. Sudah ditetapkan bahwa seluruh anjing tidak lepas dari cacing pita sehingga wajib menjauhkannya dari semua yang berhubungan dengan makanan dan minuman manusia. 
[Taudhîhul-Ahkam, Syaikh Ali Bassâm, 1/137].

Benarlah sabda Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِ كُم فَلْيُرِقْهُ ثُمَّ لِيَغْسِلْهُ سَبْعَ مِرَارٍ

Bila seekor anjing minum dari wadah milik kalian, maka tumpahkanlah, lalu cucilah 7 kali.
[HR al-Bukhâri no 418, Muslim no. 422.]

Dalam riwayat lain:

طَهُروْرُ إِنَاَءِ أَحَدِكُمْ إَِّا وَلَغَ فِيْهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ اُوْلاَهُنَّ بِالتُّرَابِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

" Sucinya bejana kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali, salah satunya dengan tanah"
[HR Muslim no. 420 dan Ahmad 2/427]

مَنِ اقْتَنَى كَمبًا إِلاَّ كَلْبَ مَا شِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَيْدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمِ قِيْرَاطُ

Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qirâth (satu qirâth adalah sebesar gunung Uhud)."
[HR. Muslim no. 2941].

Parasit Daging Babi Masuk ke Otak Manusia



Para doktor mengatakan bahawa penyakit-penyakit "cacing pita"
merupakan penyakit sangat berbahaya
yang berlaku melalui penggunaan daging babi.
Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia,
dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa.
Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar 1000 ekor
dengan panjang antara 4 - 10 meter, dan terus hidup di tubuh manusia
dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
♦♦♦
Para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas Mexico yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi, dan ketika dipasarkan di negara muslim diganti dengan daging lembu -pent).

Sang perempuan menegaskan bahawa dirinya merasa berpenat-penat (letih) selama 3 minggu selepas makan daging babi. Dan para doktor di rumah sakit "May Clinics" di negara bahagian "Arizona" telah melakukan pembedahan terhadapnya di rumah sakit tersebut setelah mereka berjaya mengetahui "adanya rasa sakit" di bahagian otak kerana adanya cacing yang tumbuh di dalamnya.

Dan akhirnya para doktor memberitahu bahawa mereka harus melakukan pembedahan secepat mungkin untuk boleh mengubati sang perempuan tersebut.

Para doktor menegaskan bahawa makanan daging babi yang terkenal itu telah dimakan oleh sang perempuan AS di Mexico, dan mengandung cacing yang dikenali dengan nama "taenia solium" iaitu cacing yang masuk ke dalam tubuh manusia dari jalan makanan yang tidak sempurna apabila dimasak.

Josef Seirphin, salah seorang doktor perempuan di rumah sakit tersebut menjelaskan bahawa telur cacing melekat pada dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke hujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak boleh keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak.

Down Piesira mengatakan, "Sesungguhnya pendapat yang mengatakan adanya cacing di dalam otak terasa sangat asing .... sangat mengejutkan sekali apabila aku mendapati mereka merasakan sakit di bahagian otaknya, dan keluarlah cacing dari otaknya. Kejadian ini adalah kejadian besar yang menyakitkan."

Akhirnya, sang perempuan menerima untuk dibedah --kejadian ini terjadi pada April 2001-- dalam masa 6 jam berturut-turut untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam otak kepalanya. Dan para doktor melakukan pembiusan tempatan, dimana sang perempuan harus dalam keadaan sedar dan boleh berfikir ketika dibedah, sebab hal itu dilakukan diorgan yang sangat penting, iaitu otak; dan harus diajak bicara selama operasi sehingga operasi itu tidak membawa kesan sampingan sedikitpun terhadap otak perempuan itu.

Mengapa Umat Islam Mengelilingi Kaabah? Zakir Naik Menjawab


Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri ribuan orang dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik mengapa umat Islam mengelilingi kabah saat haji dan umrah. Adakah alasan saintifik dan logiknya?

"Aku ingin mengetahui tentang Kaabah. Maksud saya, apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Kaabah? Dan mengapa umat Islam mengelilingi Ka'bah? "

Inilah jawapan Dr Zakir Naik mengapa Muslim mengelilingi Kaabah

Saudara ini bertanya dengan bagus. Apa pentingnya Kaabah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Kaabah?

Banyak non muslim beranggapan bahawa umat Islam menyembah Kaabah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan memberikan jawapan secara ilmiah. Saya akan satukan bersama. Menjawabmu dan menjawab non muslim lain atas salah faham ini.

Kaabah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur'an:

وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ


"Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke ke arah Kaabah" (QS. Al Baqarah: 144)

Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Kaabah hanya sebagai berjalan. Sebagai contoh, contohnya sekarang kita sembahyang, beberapa menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikuti? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah: Kaabah.

Jadi Kaabah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Kaabah.

Dan ketika yang berlainan geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat itu pertama kali. Adalah Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu. kutub selatan ada di atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka'bah berada di tengah-tengah.

Kemudian orang Barat melancarkan kartografi (pembuatan peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Kaabah masih tetap berada di tengah-tengah.

Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Kaabah dan Kaabah adalah kiblat.

Sekarang, apabila kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita melakukan thawaf mengelilingi Ka'bah. Kita berjalan mengelilingi Kaabah. Kenapa kami berjalan mengelilingi Kaabah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam melakukan itu.